kereta yang remuk begitu juga hati yang remuk redam melihatnya |
Selepas kereta tersantak ke divider tepi jalan sebelah kiri..saya ketepikan air bag yang terkeluar di hadapan saya..terus pandang hubby dan anak-anak di belakang sambil cuba menarik hubby di sebelah saya,.namun saya gagal hubby menjerit kesakitan dan memaklumkan bahawa kakinya tersepit..Ya Allah..perasaan saya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata ketika itu. Anak-anak????? tidak seorang pun yang menangis..saya terus keluar sambil mendukung anak saya hayyan ketika itu berusia setahun tujuh bulan yang memeluk sangat erat ketakutan. Keadaan yang menggigil ketika tu kaki saya termasuk dalam longkang saya tak perasan kerana cuaca gelap hujan renyai-renyai turun..Pintu belakang kedua-dua belah tidak dapat dibuka..saya menjerit meminta tolong..alhamdulillah kebetulan ada polis peronda sampai dan meminta saya bersabar. Keadaan saya pada masa tu bagaikan orang hilang arah..apa yang saya fikir suami, anak-anak dan amat saya takutkan kereta akan terbakar..namun ia tidak berlaku...syukur..
Selang beberapa minit anak yang sulong dan kedua dikeluarkan..alhamdulillah mereka selamat dan sedar walaupun tudung, baju dan kain saya berlumuran darah selepas memeluk anak-anak saya. Yer..hidung dan mulut Abang Afiq masih berdarah, dahi dan kaki Kakak Ayra berdarah. Tak lama kemudian anak ketiga Amir berjaya dikeluarkan namun masih belum sedarkan diri. Hubby sahaja yang belum dapat dikeluarkan kerana tersepit..anak-anak semua atas riba saya. Banyak kereta berhenti dan saya cuba telefon semua adik beradik saya dan suami tetepi gagal....
Ketika itu ramai yang menghulurkan air agar saya lebih tenang...agak hairan saya ketika itu kerana banyak betul bekas botol air depan saya, air zamzam, air penenang, air yassin...subhanaAllah..dari mana air ni...saya minum seteguk dua tapi tak ingat...kereta banyak sangat masa tue...dalam banyak-banyak kereta ada hamba Allah yang sangat baik hati menumpangkan saya dan anak- anak dikereta naza ria beliau sementara menunggu ambulance dan hubby dikeluarkan...
Bila adik-adik saya sampai tiada kata-kata yang keluar dari mulut saya....ambulance sampai suami berjaya dikeluarkan dari kereta kami sekeluarga turut menaiki ambulance bersama adik lelaki saya yang meriba anak lelaki ketiga yang masih belum sedarkan diri....
Ambulance menuju ke hospital dengan fikiran saya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...tak sanggup untuk mengingati sesuatu yang pahit...ianya akan membuatkan hati saya amat sayu dan pedihhhhh.....
No comments:
Post a Comment