Syukur padaMu Ya Allah..
Sedari pagi berada di Pantai Hospital untuk menemani my lovely hubby untuk sesi minor operation.
Duduk keseorangan menunggu dari jam 11.30am hubby ditolak ke OT. Menunggu adinda bongsu menghantar nasi..sambil melayan whatsapp my twin. Search resepi..itulah aktiviti yang paling saya suka..then reading magazine..impiana dapur keluaran november disember..hmm aduii boring juga sambil memohon pada Allah semoga hubby selamat menjalani sesi operation.
Jam 4 pm baru hubby dibawa masuk ke ward semula..lega alhamdulillah. Semoga sembuh seperti sediakala..teringat pulak tiga tahun yang lalu bila hubby menjalani pembedahan di Hospital Sg Buloh dan ditukarkan ke KPJ Ampang untuk memasukkan besi ke kakinya.
Kali ini saya rasa lebih tenang tidak seperti 3 tahun dulu..semoga urusan kami dipermudahkan Allah S.W.T..kami terima dugaan Mu ini dengan redha. Kami bersyukur di atas nikmat kebahagiaan yang dikurniakan oleh Mu..semoga kebahagian menjadi milik kami selamanya..aaminn ya rabb..
Saya perlu balik untuk uruskan anak-anak di rumah pula..terima kasih sudi membaca..
Assalam..
No comments:
Post a Comment