Showing posts with label ANNIVERSARY. Show all posts
Showing posts with label ANNIVERSARY. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

Bubur Candil Keladi..Kesyukuran Amsyar 2 Tahun...

Alhamdulillah syukur...si bongsu Amsyar Hayy genap dua tahun hari ni. Saya teringat arwah mak selalu buat  bubur candil ni bila ada sesuatu yang baik-baik berlaku umpamanya tanda kesyukuran. 


Sedap tau candil ni bila dikunyah liat- liat gitu..


Candil ni di buat dari tepung pulut, air masak dan sedikit garam. Saya bancuh agak-agak jer tidak terlalu keras dan yg pasti tidak lembik untuk dibentuk bulat kecik seperti gambar di atas. Sebelum direbus ke dalam air panas yg diletak daun pandan adunan yg dibentuk kecik tadi ditekan tengahnya. 


Rebus hingga timbul dan toskan, begitu juga keladi yg dipotong dadu direbus dahulu dan tos. 


Keladi kuning ni memang sedap dan empuk sekali ditambah dgn lemak.


Bahan untuk bubur santan pekat dan santan cair, gula pasir dan sekeping gula kabung. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga kuah mendidih perlahan sebelum masukkan candil dan keladi tadi. Rasalah ikut tekak masing-masing tambah mana yang perlu. Saya dan hubby memang tak suka bubur yang manis. Tekak kami suka yang sedang-sedang sahaja itu susah sikit nak bagi sukatan. Arwah mak pesan kita ni orang perempuan kena pandan agak-agak.


Ini dia anakanda yang cumel dimata mama sangat petah bercakap bahasa dia. Suka menyanyi Pak Atan ada kucing nama dia Bingo dan suka berjoget ikut rentak lagu. Nyanyi-nyanyi juga sayang mama doakan Amsyar jadi anak yang soleh dunia akhirat. Aaminn...

::yms::

Thursday, 1 January 2015

1.1.2015 ~ Genap 5 Tahun Usia Ammar Hayyan di Tahun Baru

Alhamdulillah..Terima Kasih Allah Taala memberi kami semua nafas dimuka bumi ini.

Walaupun pelbagai dugaan diakhir 2014 dan menjelang 2015 yang menimpa negara yang tercinta ini namun kita perlu redha dengan ujian yang diberikan. Saya hanya mampu mengungkapkan kata dan doa yang dapat dititipkan agar mangsa semua tabah. Benar..bahu yang memikul lagi berat dari mata yang memandang...

Disebabkan itu kami bersetuju untuk tidak membeli atau membuat kek sempena hari lahir buah hati kesayangan kami Muhammad Ammar Hayyan  pada tanggal 1.1.2015 ini. Alhamdulillah Cinta Hati kami yang ke-4 ini tidak banyak kerenah meronta-meronta minta kek. Jadilah anak yang bersyukur ye sayangku...Hari ini kami menghabiskan masa bersama bonda mertua di kampung Tanjung Karang dan makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Sg Leman (nanti saya kongsikan tempatnya dan apa yang menarik di sana).





Muhammad Ammar Hayyan ini dilahirkan pada jam 12.30am selepas dentuman bunga api bergema di udara hehehe pada 1.1.2010 @ Poliklinik Bersalin An-Nur, Saujana Utama, Sg Buloh Country Resort. Alhamdulillah kelahirannya sangat mudah..syukur semuanya selamat setelah 4 tahun tidak melahirkan.



                  


Ammar Hayyan punya ciri-ciri yang agak cerewet..yer saya mengaku beliau mewarisi sikap mamanya dalam tindak tanduk perlakuannya. Apapun..mama sangat menyayangi kamu sayang..
Bercakap dengannya perlu berlembut dan usah ditanya berulangkali...pinggan yang digunakan perlu bersih, makanan perlu lengkap, suka sayur dan buah-buahan dan yang paling penting tandas perlu bersih...haaa itula sedikit sebanyak perangai insan kecil benama Ammar Hayyan ni. Semua ibubapa punya anak-anak yang pelbagai ragam kan..terima seadanya perangai anak-anak ni kan..yang penting doakan semoaga menjadi insan yang soleh, berguna pada masyarakat dan yang paling utama TAAT pada Tuhan yakni Allah S.W.T,,aamin.





Tahun 2015 kami bersetuju untuk hantar Ammar Hayyan ke tadika (Children Islamic Centre ~ Where the Leaders Are Born) semoga Allah S.W.T melapangkan dadamu untuk menerima ilmu di sini dan terus dilimpahi rahmat dan hidayah. 

InshaaAllah..semoga permulaan tahun 2015 ini akan memberi sinar bahagia untuk kami semua dan pembaca blog YMS CREATIONS yang budiman..aaamin ya rabb 




~yms~



Sunday, 16 November 2014

Ulang Tahun Yang Pertama YMS Creations

Assalamualaikum w.b.t semua yang sudi membaca Blog YMS Creations..

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T kerana diberi minat, kesihatan dan ruang waktu untuk saya cari bagi membuat sesuatu yang saya suka dari zaman muda-muda dulu lagi.  Sangat suka menulis cerita dalam diari, Banyak yang saya kumpul dan ianya tinggal begitu sahaja. Harapan saya agar blog ini menjadi tatapan anakanda tersayang dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba resepi di sini dipersilakan, saya ikhlas dan sudi-sudikan join member dan follow blog saya yang serba sederhana ini.


 


 Semoga blog ini menjadi tatapan yang paling manis kami sekeluarga dan menjadi info yang berguna buat pembaca sekalian. Sehingga entri ini ditulis, page view yang dicatat adalah 1346. Sedikit, tetapi ianya tidak menjejaskan diri saya untuk terus menulis entri seterusnya. Blog ini masih sangat muda,  walaupun sebenarnya sejak tahun 2010 lagi minat untuk berblog timbul namun blog saya sekadar wujud sahaja tidak pernah ada entri kerana masa saya tiada untuk blog ketika itu hehe. InshaaAllah ini adalah satu permulaan untuk saya terus mengorak langkah. Moga Allah S.W.T memberi ruang waktu dan semangat untuk menulis entri yang bermanfaat buat tatapan pembaca sekalian. Aamin...

~YMS~

Monday, 13 October 2014

My Birthday Celebrations @ Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang..

Assalamualaikum semua...

Entri ni dah siap ditulis semalam..aduilaaa...xsempat save la ni jugak..hmmm...shhhhh...belajar dari kesilapan ye yuslina..awak ni baru nak belajar jadi blogger so be patience.

Hoho...saya celebrate my birthday this year at Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang..wow kat hotel tu kan..

Apalah yang nak dibanggakan sangat kan...kebetulan my office ade buat bengkel di sini. Rasa terharu adalah.. coz my subordinate buat suprise before ending session on thursday 9 Oktober 2014.

Kak Maslina..u are the best person that giving me an opportunity to share with u everything. I am proud of u...banyak moment manis dengan Kak Mas..semoga Allah beri lagi peluang seperti ini...aamin.


Happy...happy..happy..alhamdulillah..syukur kerana masih ada nafas..boleh kecap kebahagian bersama insan tersayang dan my subordinates yang sporting..bila kerja kita kerja, bila suka kita suka..bila ada perkara tak settle kita settle kan...ehemm...

# Kek aiskrim tu sedap !!! Macam tau saya suka aiskrim !!! Sayang dengan u all guys...
# Teringat insan-insan tersayang ketika ini...walau jauh dimata namun dekat dihati..love u my   
   sweethearts...
# Terima seadanya...


Best..best...best...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...