Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, 7 February 2017

Sandwich Telor & Sosej

Assalam, pagi ni saya sediakan sarapan berasaskan roti. Sandwich Telor & Sosej diberi nama hehehe.



Mudah sahaja penyediaannya..

Resepi Sandwich Telor dan Sosej
ymscreations

8-10 keping roti
3 batang sosej dihiris serong
1/2 biji bawang
2 biji telor direbus
2 sdb mayonis
1/2 sdk serbuk lada sulah
Sos cili secukupnya
Mentega utk disapu ke atas roti


Panaskan kuali dan letak planta satu sudu besar dan goreng bawang yg dihiris 
Masukkan sosej dan goreng sekejap 
Lecek telor hingga hancur
Masukkan sosej tadi beserta sedikit garam, mayo dan lada sulah gaul rata
Masukkan sos cili secukupnya jika tak letak pun takpe sebab dah ada lada sulah
Sapu planta di atas roti dan letakkan telor & sosej 
Boleh potong ikut suka dan hidangkan

Saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah hari ini..

Alhamdulillah

~yms~









Tuesday, 13 September 2016

Homemade Roti Canai Lagi....


Jom kita sarapan roti canai buat sendiri...saya guna mixer untuk uli kali ni mudah dan tidak memenatkan hehe...

Kebetulan ada kuah kari daging lebihan semalam...saya uli doh roti canai ni..
Masa saya remaja dan kami sekeluarga menetap di Kuala Lipis dulu..menu ni memang pilihan kami bila semua balik bercuti saya uli sehingga sekilo jenuh juga laa..sekarang tiada alasan jika ada alat yang memudahkan utk kita menguli!


Saya pernah kongsikan resepi roti canai sebelum ni...cuma kali ni saya letak telor sebiji dan gunakan air suam.

Resepi Roti Canai
ymscreations

4 cawan tepung
2 sdb planta
1 1/2 cawan air suam
1 sdb susu pekat
1 sdb gula
1 sdk garam

Masukkan kesemua bahan dalam bekas mixer dan kemudian adun gunakan mixer.

Biarkan mixer hingga 10 minit nampak adunan lembut dan licin boleh dikeluarkan

Bulatkan seperti gambar no1 di bawah dan sapukan dengan planta di seluruh adunan yang dibulatkan tadi, buat satu persatu.

Perapkan..saya perap sejam sahaja (kalau nak lg lembut uli malam dan tebar pagi).

Tebar di atas dulang hingga nipis spt gambar no2 lipat 4 spt no3.

Panaskan kuali leper dan leperkan spt no 4 gunakan  api kecil ketika menggoreng (goreng ertinya letak sedikit minyak dan planta atas kuali leper). Balik2 kan hingga masak spt no 6.

Boleh di angkat dan dimakan panas2
 dengan kari daging


Oh ya..jgn lupa ditepuk sebaik shj diangkat dari kuali spt gambar di bawah yer..



Hati-hati ye saya guna plastik utk kurangkan rasa panas.


Jom makan semua...wahhh enak banget kok..alhamdulillah...terliur ker! jom la buat!

~yms~

Monday, 4 July 2016

Roti John Cheese Menu Bersahur Penghujung Ramadhan...


Assalam, 

Semoga kita masih diberi kekuatan untuk     beribadah di bulan mulia ini...

Menu kami bersahur bagi melunaskan ibadah bersahur sejak akhir-akhir ni adalah Roti John...

Kebetulan saya membeli daging kambing di Berkat Madinah Ampang. Ternampak roti ni masa tu panas-panas lagi baru letak dalam bakul..sebatang RM0.50..murah dan sedap!




Resepi Roti John Cheese
YMSCREATIONS

4 keping roti yang bentuk memanjang 
2 biji telor
4 sdb daging ayam cincang
2 sdb serbuk kari
1 biji bawang potong dadu
Hirisan daun sup
Garam secukup rasa
2 sdb planta
Mayonis
Cheese (yg sudah bercampur)
Sos cili
Minyak utk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu
Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing dan masukkan ayam cincang
Biarkan hingga daging ayam masak perasakan garam boleh diangkat
Pukul telor dan masukkan ke dalam daging tumis tadi dan tabur daun sup
Panaskan kuali leper dan masukkan sesudu planta
Letakkan bahan tadi muat-muat utk 2 batang roti yang dibelah, rujuk gambar di bawah



Balikkan roti dan taburkan cheese
Balikkan bbrp saat bg cheese mencair


Angkat roti dan sapukan mayonis serta sos cili
Potongkan utk dimakan..wallaaa...
Buat utk bekal anak-anak ke sekolah, minum petang dan sarapan pagi memang berkhasiat..



Alhamdulillah 

~yms~



Saturday, 27 February 2016

Kisah Roti Jala..

Roti jala ni ada kisah sendiri disebalik kejadiannya...teringat hari isnin lepas saya berpuasa dan hadir mesyuarat di Putrajaya. Dalam mesyuarat tu dihidangkan roti jala..aduhaii tergoda la pulak dugaan betul puasa hari tu hehehe. Hari ni juga jiran dan hubby saya telefon berkali- kali kerana Ayra tak keluar rumah utk ke sekolah. Satu lagi kejadian yang membuatkan saya runsing, baca whatsapp yang minta saya respon cepat dari hubby dan jiran saya Nur rupanya mereka sedang susah hati Ayra tak menjawab walaupun pintu diketuk dengan kuat berkali-kali. Hubby minta saya balik kebetulan saya yang membawa yang membawa kereta. Saya keluar awal dari bilik mesyuarat alhamdulillah sudah selesai. Berjalan dengan cepat dan sebaik masuk kereta saya pecut untuk segera sampai ke rumah.. Allahuakbar semoga Dia melindungi anak perempuan tunggal saya dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Dipendekkan cerita Nur dapat membuka pintu rumah dan Ayra elok tido dengan lena...aduhailaaa anak !!!. Saya tetap pulang ke rumah dan ke pejabat semula aduhai memang dugaan puasa saya hari ni..

Balik dari pejabat memang saya nekad nak menjala petang ni..alhamdulillah memang menjadi!  Walaupun sempat menjala 5 keping sahaja sebelum berbuka, saya sambung selepas solat maghrib.
Ermm macam biasa laa macam kilat habis dipinggan, hubby minta saya bancuh lagi alamak penat donggg. Next time buat banyak fuhh penat tau dengan kejadian petang pagi tadi...tapi camane tak abis tengok warnanya..mengodakan hahaha


Resepi Roti Jala
ymscreations 

2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung kastard
1 biji telor
1 1/2cawan air ( saya agak-agak jer jgn cair dan pekat sgt)
1 sdb mentega cair

Gaulkan semua bahan untuk jadikan adunan seperti lempeng dan tapis agar tiada berbintil-bintil.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan jala menggunakan acuan jala.
Api jangan terlalu panas dan perlahan.
Biarkan hingga garing dan sedikit terangkat boleh lah diangkat.


Letak atas pinggan lebar dan gulung seperti gambar di bawah.
Lipatkan ke dalam kiri dan kanan kemudian gulung dari atas ke bawah.


Hidangkan dengan kuah kari ayam dan kentang yang dipotong kecil.
Kuah kari yang pekat lagi sedap, kuah saya ni tepaksa dicairkan untuk sarapan keesokan pagi tu saya sambung menjala. 


~yms~

Tuesday, 9 February 2016

Roti Cheese lagi...

Bila anak2 minta lagi roti cheese macam ni ermm saya tidak kata tidak sebab membuatnya memang senang kebetulan ada lebihan kuah spagetthi..

Mudah sahaja cuma sapukan planta di atas roti dan sapukan sos spagetthi kemudian taburkan cheese mozarella.

Panaskan oven dan bakar dgn kepanasan sederhana hingga cheese masak. 



Haa kalau ada lebihan sos spagetthi jom kita buat roti macam ni sedap sangat..


Jangan fikir yang susah yg mudah2 jer..

::yms::

Wednesday, 13 January 2016

Roti Sardin Cheese..

Terbayang menu roti ni dari minggu lepas lagi. Pagi ni saya lontarkan idea ni dan sambutan dari anak-anak dan suami sangat memberansangkan..alhamdulillah..


Roti Sardin Cheese
ymscreations.blogspot.my

10 keping roti sandwich gardenia
Planta utk disapu pd roti
Cheese cheddar yg ditabur atas roti

Sambal sardin utk letak atas roti
Sardin dlm tin
1 sdb cili kisar
Sos cili 
Sos tomato
Jus limau kasturi sebiji
Bawang putih dan merah di cincang
Sedikit garam

Panaskan minyak dan tumis bawang
Masukkan cili kisar, sos cili dan tomato
Masak mcm buat sambal sardin
Jangan masin sangat sbb akan letak cheese

Panaskan oven 
Sapu roti dgn planta dan letak rata sambal sardin
Taburkan cheese
Bakar dlm oven selama 10 minit api atas shj
Bila cheese dah cair blh tutup oven dan hidang panas-panas
Sedap!!



Alhamdulillah..

~yms~

Sunday, 5 April 2015

Roti Canai Homemade...

Teringat dulu-dulu, mesti buat roti canai sendiri bila adik beradik semua balik bercuti semester baru puas makan. 

Sekarang beli aje bula nak makan, nak dapat yang mengikut tekak memangla susah nak dapat. Jalannya buat sendiri haa baru puas hati dapat roti yg garing dan kuah yg pekat!!


Kali ni saya buat kuah kari tulang yang menusuk kalbu, gunakan pressure cooker untuk dapatkan tulang yg lembut dan enak dimakan bersama roti yang garing mabeles .



Resepi Roti Canai Homemade
YMS Creations

Tepung gandum setengah kilo
Air garam ( 1 cawan air suam dicampur sesudu garam )
1 sdb susu pekat
1 telor
1/2 cawan minyak
Marjerin planta

Campurkan tepung, susu, telor yg dikacau ringan, minyak 1/4 cawan dan gaulkan dgn air sedikit demi sedikit 
Uli dengan sabar yer nak guna machine atau tangan pun boleh
Bila dah agak lembut baru bulat-bulatkan dengan marjerin, susun elok-elok di dlm loyang dan perap sekejap lg elok semalaman
Bila dah perap, tepek dan canai dalam dulang bulat guna minyak biar tidak pecah
Buat lipatan 4 segi atau bulatan haa yg ni..kena ada skill
Bila nak goreng letakkan sedikit marjerin dan minyak
Masak hingga kuning dan garing


Hidang dengan kuah kari atau yang disukai, saya buat kari tulang yang diletak kentang resepi dilain entri yer



Anak-anak suka sangat kalau gi mamak hmm tak tau kedai mana yang dpt roti garing dan kuah yang pekat.

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang dan ruang..

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...