Kunjungan ke Kota Bharu sempat singgah di Pasar Khadijah, capai beras nasi dagang ni, pulut susu, ragi dan lada solok. Hubby tunggu di dalam kereta, hanya puteri tunggal Ayra yang teman saya keluar.
Hanya capai 3 bungkus sahaja beras ni, sebab teringat dulu saya tak sempat masak pun berkapuk macam tu dalam kabinet dapur..haa jangan tamak yer kak.
Saya pun masak ikut resepi Kak Azlita Masam Manis, memang kak Ita tak pakai rempah khas untuk buat kuahnya. Saya pun ikutlah sebiji resepi Kak Ita...hasilnya memang sedap lah...
Resepi Nasi Dagang Kelantan
ymscreations (asal : blog masam manis)
6 pot kecil beras nasi dagang
6 pot santan yang telah dibancuh (sedang shj kepekatannya)
3 ulas bawang merah kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 helai daun pandan disimpul
1 sdk garam
Basuh dan rendam seketika (20 minit) beras nasi dagang
Beras ditos dan masukkan bahan yang telah dihiris serta santan
Masukkan daun pandan dan garam
Msak hingga tanak
Kuah Nasi Dagang
ymscreations (asal : blog masam manis)
3 keping ikan tenggiri (kebetulan saiz besar je yg ada)
5 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
3 sudu besar cili kisar*
segenggam kelapa parut*
2-3 asam keping
1 sdk lada hitam*
4 biji lada solok
1 sdk gula
garam secukup rasa
Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat
Panaskan sedikit minyak masak untuk menumis
Tumiskan bahan kisar hingga garing
Masukkan santan dan biarkan menggelegak dengan dikacau sentiasa
Masukkan ikan, garam, gula,asam keping dan lada solok
Biarkan gulai ini masak dengan sempurna hingga naik minyak
Hidangkan untuk sarapan pagi bersama acar timun dan karot.
Gambar ni diambil pagi isnin kelam kelibut masak alhamdulillah menjadi dan dapatlah rakan pejabat rasa serba sedikit hasil air tangan saya.
Dapat message dari Abg Haikal 'sedap nasi dagang mama'
Alhamdulillah..
~yms~
No comments:
Post a Comment