Monday, 6 October 2014

8 November 2011 ~ Amat Mengerikan Hidup Kami..

Part II

Tanggal 8 November 2011 bersamaan 12 Zulhijjah 1432 Hijrah iaitu Hari Raya Kedua Aidiladha, meninggalkan kenangan pahit untuk dikenang. Tarikh ini juga saya tidak dapat bersama-sama dengan Majlis Korban yang diadakan di JPS Ampang.

...Petanda yang masih saya ingat sebelum kejadian...beberapa hari sebelum itu keempat-empat anak-anak kami demam tidak surut-surut..yang abang afiq makin teruk dengan mulut dicelah-celah giginya berdarah. Saya sudah luahkan hasrat hati saya untuk tidak pulang ke kampung kerana keadaan anak-anak masih tidak sihat...penat sangat bila jaga anak-anak demam ni..semua ibu-ibu pernah rasakan penatnya bagaimana..namun hubby nak pulang juga..ok..saya patuh..dengan hati yang berat..saya syaratkan..kita balik hari sahaja... 

Ok..bergerak kami ke kampung di Tg Karang..sudah selesai malam tu juga kami balik dan terus pulang ke rumah kami dan maklumkan pada abah saya untuk balik sahaja itupun tengok keadaan anak masih tidak sihat. Anak-anak ketika ni demam bersilih ganti bila sorang reda yang lain pulak suhu mendadak naik..Ya Allah..dugaan apakah yang akan kau berikan pada ku Ya Allah..saya berbisik dalam hati dalam keadaan yang amat penat ketika itu.

Keesokan paginya, Kak Yus (kanda saya yang sulong) message..katanya "Na, akak dah siapkan semua sarapan pagi..tak perlu buat apa2 lagi ye..lontong ada lagi ni..akak dah nak balik ke Lipis"..."ok" jawapan saya..membaca message itu hati mula cair sbb kakak dah susah-susah siapkan segalanya unuk saya balik ke rumah abah juga. Saya akur..dan kami balik dengan membawa apa yang patut sahaja terutama ubat-ubat anak. 

Mlm tu hubby susah hati dengan keaddan abg afiq yang masih berdarah gusinya lagi, saya minta dibawakan ke klinik lagi sekali malam tu dengan ditemani adik saya anip. Tak lama lepas tu dapat msg dari hubby 'abg  bawa anak ke Hospital SMC di Shah Alam kena refer hospital ni..' Allahuakbar..semoga tiada apa yang mengejukan hasil pemeriksaan di hospital harapan saya pada masa tu..

Alhamdulillah jam 11.00 mlm hubby balik dengan membawa keputusan yang melegakan saya..abag afiq negatif denggi hasil pemeriksaan darah. Syukur...saya kemudiannya menyuapkan nasi afiq sebab abg tak lalu makan sejak demam tu dan bagi ubat. Sementara tu kakak ayra puteri tunggal saya masih demam dan merengek berterusan. Tengok keadaan tu suami saya ajak pulang ke rumah..jam dah menghampiri 12 tgh mlm..kami serba salah..hubby pun bekerja esok hari..wpun saya masih bercuti. Nak dijadikan sebab..ohhh berus gigi dan set mandian tak bawa..jomla kita balik...sama-sama buat keputusan.

Semua berlaku dengan pantai kaki kami pun laju keluar dari rumah abah dan bawa anak 2 orang yang sudah tido..cuma abg afiq & kakak ayra yang berjaga. Selepas salam dengan abah dan adik-adik..kami bergerak balik. 

Dalam kereta kami dengar kakak dan abg bercerita pengalaman abg kena ambik darah..hubby driving macam biasa tak laju dan tak perlahan..jalan lengang..tiba-tiba sampai satu selekoh..cahaya lampu yang sangat tepay menghala ke arah kami...BERDENTUMMMM!!!!!!...hubby hanya sempat sebut YA ALLAH....saya menjerit ABANG!!!!!!!....kereta kami berpusing 5 ke 6 kali....dan tersantak ke divider sebelah kiri jalan...kami KEMALANGAN....

stop sini dulu sebelum juraian mutiara ini menitis...sambungan di PART III ok..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...