Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

Betik Oh Betik..


Betik depan rumah yang saya tanam dengan tangan saya sendiri sudah pun berbuah..spesies betik panjang, merah dan sangat manis..

Alangkah beruntungnya kita bila berbudi pada tanah walaupun tanah tidak sebenar mana yang penting kita gunakan sebaik mungkin..



Itu rezeki saya selepas habis berpantang, sebelum ni ada dua biji yang telah masak ranum..


Tuuu diaa sudah masak dipokok tinggal diambil sahaja..


Ermmm sedapnya betik ni...kalau kita semai dari baka yang baik hasilnya juga baik..begitu juga manusia kan..
Jom makan buah-buahan yang berkhasiat ni..yummy



Sebelum ni saya ada juga share pokok betik yang satu lagi..itu yang spesies bulat, merah dan lagi sedap sebab bila dimakan tidak lembik ada rasa rangup.
Ermm memang sedaplah..betik ni boleh melawaskan usus jadi sangat baik jika dimakan..

Nak tau khasiat betik..saya ada kongsikn sebelum ini..jom kita makan betik utk kesihatan!

Alhamdulillah..
~yms~

Friday, 27 January 2017

Sambal Belacan Kuinin

Sedapnya sambal kuinin...makan pulak dengan lauk kari ikan pergghhh memang letup! 


Resepi Sambal Belacan Kuinin
ymscreations

1 biji buah kuinin
1 biji cili besar merah
3-5 biji cili api
1 inci belacan dibakar atau digoreng
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk semua bahan hingga lumat kecuali buah kuinin
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cincang buah kuinin dan masukkan dalam sambal belacan tadi
Dah siap..mudah jer

Makan pulak dgn lauk pauk seperti di bawah memang nasi bertambah laa jawabnya..hehehe..


Alhamdulillah..

~yms~

Friday, 16 September 2016

Manisnya Betik @ My Garden


Syukur alhamdulillah pokok betik saya berbuah cuma 2 biji sahaja setakat ni...apapun saya tetap bersyukur dari tak berbuah langsung!..

Nampak je dah kuning saya minta hubby petik dari pokok dan keesokkannya saya kupas...ermmm rupanya masih keras isinya walaupun dah bewarna merah..

Sebab tak sabar la jadi macam ni..ermmm saya simpan dalam peti..selepas dua hari wahh dah masak sepenuhnya...


Saya potong-potong dan cicah dengan kuah rojak mak bee. Saya suka lebih kacang tumbuk yang fresh!..sedap sungguh laaa tak makan lain dah...


Ni haaa rupa buah betik yang baru dipetik dari pokok..belum masak sepenuhnya tapi risau dipatuk burung
saya minta hubby petik..


Ada tinggal sebiji lagi dipokok masih hijau dan cumel...hehehe

Alhamdulillah...

~yms~

Pokok Nenas Sudah Berputik....

Senangnya dalam hati...pokok nenas yang ditanam pada akhir tahun 2014 sudah berputik..fuhh lama juga nak tunggu nenas ni berputik hati berkata-kata mandul ke pokok nenas ni...


Saya tanam sendiri menggunakan ..yang saya beli buahnya ketika saya bekerja di Kuala Selangor, ada program MAHA Peringkat Negeri Selangor ketika tu..hati teruja bila merasa potongan nenas yang dipotong dan diberi rasa kepada pelanggan berkunjung. Saya membeli sebiji kerana buahnya agak besar harga saya dan tak berapa ingat tetapi puluhan ringgit. 



Bila dikupas dan dipotong uishhh banyak juga satu bekas  tupperware yang selalu saya simpan ikan kembung sekilo.

Rasanya manis & rangup tidak berair seperti sesetengah nenas yang saya pernah makan sebelum ni..

Aduhh tak sabar rasanya nak tunggu buah nenas ni membesar huhu...berapa lama agaknya ye tu..saya ni memang penggemar nenas fuhhh bagi sebiji boleh habis tu..

Alhamdulillah bersyukur kurniaan Ilahi...

~yms~

Friday, 1 April 2016

Sedapnyer baby nenas di Pasar Payang KT

Alhamdulillah percutian tidak dirancang saya sekeluarga membawa anak-anak di Janda Baik mulanya untuk makan Lempeng Sambal Hijau (saya akan kongsikan)..

Anak-anak dah bising-bising katanya takkan makan lempeng je maa...kamika cuti sekolah..hehehe

Memang kami dah siap packing cuma hala tuju belum diputuskan hubby lagi...
Selepas makan tu kami menuju terus ke Lebuhraya Karak dan LPT...ermm ke Kuala Terengganu la nampaknya.


Alhamdulillah ada juga hotel yg available kerana kami main terjah jer tanpa ada tempahan..

Petang saya dan hubby ke Pasar Payang sekejap semata-mata mencari buah baby nenas..olaalaaa sedapnya...

Buah ni macam dibuat jeruk tetapi manis rasanya..di tempat yang sama saya ternampak pulak buah kundang adoii sedapnya. Sekilo RM42...mak aii mahal betul..ambil bbrp biji RM16 ermm jadilah...


Sedap sungguh..nenas ni dlm beg plastik  adalah dlm 7 biji harganya RM20..berbaloi la dengan rasanya yg enak..alhamdulillah..

~yms~

Sunday, 30 August 2015

Cempedak Goreng Rangup


Ermmm harumnya bau cempedak... Tengah musim buah-buahan kan sekarang ni kan..dan masa inilah anak-anak demam batuk selsema. Ye ke teori tu mungkin kebetulan kan..

Kebetulan di rumah abah memang ada pokok cempedak, yang sedikit pelik buah cempedak ni ada dua jenis disatu pokok.
Maksudnya di sini satu jenis isinya tebal dan satu lagi tidak berapa tebal 'just nice' orang kata. Haaa kali ni saya goreng yang isinya tebal..manis betul cempedak ni..bijinya pulak kadang-kadang tiada.



CEMPEDAK GORENG RANGUP

1 mangkuk cempedak yg telah dikupas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar planta
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Campurkan kedua-dua tepung dengan planta hingga sebati seperti serbuk roti
Masukkan air hingga bancuhan likat (anggarkan kuantiti air)
Masukkan sedikit garam
Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing dan berwarna keemasan



Hidangkan waktu minum petang memang buat keluarga tersenyum..saya goreng untuk minum pagi..waktu menggoreng  bau cempedak ni dah menarik anak-anak dan suami turun ke bawah..tak perlu panggil lagi kan mudah tu..

Alhamdulillah 


Friday, 15 May 2015

Sambal Belacan Buah Kuinin

Assalam...

Semoga Jumaat Penghulu Segala Hari ini semuanya dilimpahi kerahmatan dari yang Maha Esa. Jom baca dan dengarkan ayat-ayat suci dari Surah Al-Kahfi...fahami maksudnya semoga kita beroleh kemanisan dalam apa jua yang kita kerjakan InshaaAllah.

Hidup di dunia ini jika tidak disulami dengan ilmu akhirat tak rasa manisnyakan..jom kita cari sama-sama ilmu yang bermanfaat dan dikongsikan dengan insan di sekeliling kita. 

Umpamanya bila makan nasi dengan lauk-lauk lain perlu ada sambal belacan kan dah tekaknya orang melayu. Sambal belacan ni pulak macam-macam versi boleh buat. Ada yang sambal belacan biasa sahaja perahkan limau kasturi, kulit limau tu biasanya saya hiris halus dan letak dalam sambal tu memang sedap sangat. 

Kali ni saya buat sambal belacan kuinin, kebetulan gi pasar sabtu yang lepas saya ada beli tiga biji kuinin ni. Aduhai harumnya bau kuinin ni...




Makan dengan sambal camni memang bertambahlah En Hubby saya hehe. Saya tak ingat dah lauk apa yang saya hidangkan hari tu, tetapi yang saya ingat sambal ni memang licin berebut dengan anak-anak lagi..
Memang sedap tau..jom saya kongsi resepi yang mudah aje ni..

SAMBAL BELACAN KUININ

1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 biji buah kuinin (dihiris memanjang)  
1/2 sdk gula
1 sdk garam

Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan kuinin yang dah diris tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati

*Nota : Jika tak cukup garam atau gula sila tambah yer sebab ikut kemanisan buah kuinin.


                       

Alhamdulilah....

~yms~


Thursday, 14 May 2015

Harumanis Import dari Perlis..Alhamdulillah !


Assalam,

Saya mengidam Mangga Harumanis sejak anak no empat masih dalam kandungan, bila berpeluang ke Perlis saya cari tapi tak jumpa..sedihnya.

Bila kami bercuti ke Langkawi tahun lepas ternampak-nampak mangga harumanis dijual di deretan kedai berhadapan Jeti Kuala Perlis hingga Hubby sanggup berpusing dua kali semata-mata nak mencari buah itu. Tetapi hampa bayangan saya rupanya..alahai teruknya bila teringin sangat nak makan spesis buah tu.






Baru-baru ni bila member masa sama-sama menuntut di SMT Kuantan maklumkan ada member dari Perlis buat bisnes jual harumanis secara pos saya tak fikir panjang dah terus order. Sekotak dijual dengan harga RM88.00 termasuk pengeposan.





Alhamdulillah akhirnya rasa mengidam itu dah terbalas bila kotak harumanis sampi ke pejabat Hubby di Lembah Pantai.

Hati berlagu riang nak balik cepat tak sabar nak buka kotak tu, tetapi telah ditulis di atas kotak sila buka pada 8.5.2015 . Oh..begitu ye..biar buah masak ranum dulu baru blh dibuka.

Dan.....bila dibuka inilah dia gerangan buah yang teringin sangat tekak ni nak makan hehehe..






Rupanya memang sekarang ni musim Mangga Harumanis dan mangga-mangga yang sewaktu dengannya..hahaha..aduhai teringat pulak dengan pokok mangga saya yang dah mati punya buah yang lebat dan sangat sedap tak lembik dan manis masam yang sesuai dengan tekak saya.





Sekarang sudah tanam pokok mangga yang baru tetapi bukan jenis mangga yang seperti dulu susah juga nak dapat anak pokok Chokanan, kalau tak silap saya baka dari Thailand.

Takpe lah rezeki hanya setakat itu sahaja..

Apapun terima kasih kepada Eim atau Azimah kerana maklumkan pada saya ada jualan secara pos harumanis ni.








Alhamdulillah....

~yms~

Thursday, 26 February 2015

Paceri Nenas Special


Nenas, buah-buahan yang saya dan anak-anak saya suka. Selain dimakan begitu shaja sedap juga dimasak lemak, asam pedas dan paceri. Enri kali ni bercerita tentang Paceri Nenas Special. Sebab apa yer special? Kerana rempahnye dibuat sendiri, resepi from my mother in law (MIL) . Jom tengok resepi...




RESEPI PACERI NENAS SPECIAL
yms creations

Bahan-bahan :

1 biji nenas moris atau madu - sederhana besar
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah kecil*
1 inci kunyit hidup* 
1 sb udang kering / ikan bilis*
1/2 inci halia* 
10 tangkai cili kering disiang dan rendam dgn air panas*
1 sb ketumbar*- rendam 
1 sk jintan halus* - rendam 
1 sk jintan manis* - rendam
1/4 cawan air asam jawa
1-2 sb kerisik
1 batang kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga 
1 cawan santan pekat
1-2 sb gula melaka
1-2 sb gula 
Garam secukup rasa
2-3 cawan air masak untuk merebus nenas 
minyak masak - dalam 1 senduk


Cara Memasak :

Nenas dikupas dan dipotong empat dan direbus. Apabila telah empuk toskan dan airnya boleh dibuat jus. 

Cili kering yang telah direndam di basuh dan ditos, digoreng bersama dengan bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan halus dan ketumbar biji. 

Apabila telah layu, diangkat dan dikisar bersama dengan halia dan kunyit hingga halus.

Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus bersama bahan kisar tadi. Biarkan hingga garing dan naik minyak, masukkan udang kering atau pun ikan bilis.

Setelah naik minyak masukkan santan pekat, gula melaka, gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sebati dengan cukup rasa manis, masin dan masam. Akhir sekali masukkan kerisik.







Masak lauk ini memang kena sabar, biarkan hingga naik minyak untuk mendapatkan rasa rempahnya.

Lauk paceri ni perlu ada rasa manis sikit tapi jangan manis sangat elakkan diabetis hehe.

Hidangkan dengan nasi minyak, ayam goreng atau nasi puti dan ikan goreng atau telur dadar.

Memang sangat sedap!..cuba yer jangan tak cuba.




~yms~

Tuesday, 20 January 2015

Pucuk Ubi Tumis Bersama Nanas


Assalam,

Nanas @ Nenas is my favorite fruit..sedari kecil saya suka buah-buahan. Hari ni saya nak kongsi nanas ini boleh dijadikan sayur selain dari makan begitu sahaja. Ini juga pada saya salah satu masakan jawa kerana nenek dan atok saya sangat suka masak lauk macam ni. Nanas dikombinasi bersama pucuk ubi memang sangat memikat selera. Tak percaya cubalah sendiri, tak tipu punya hahaha.

Pucuk ubi juga sayur yang sangat saya suka, pucuk ubi ni ada jenis yang boleh bagi kita hangin satu badan, ada yang tidak. Setakat bagi sendawa je takpe jangan perut penuh hangi dan merebak satu badan sudah..

Nak kongsi bahawa kedua-dua ciptaan Allah S.W.T ini punya khasiat yang sangat baik unuk kesihatan..nak tau info lanjut sila ke laman berkaitan untuk NANAS dan PUCUK UBI.







RESEPI PUCUK UBI TUMIS BERSAMA NANAS
ymscreations

Bahan yang diperlukan :

Secekak pucuk ubi
Sebiji nenas moris atau yang sederhana
2 ulas bawang kecil dihiris
1 batang cili merah dihiris
3 biji cili api dihiris bulat
2 ulas bawang putih -dihiris
1/2 inci belacan
ikan bilis secukupnya
sedikit air
garam secukupnya
gula secubit sahaja
minyak untuk menumis

Cara memasak :

Rebus pucuk ubi selepas disiang (perah hingga hilang air rebusan)
Nanas dikupas, dibuang mata (empulur jangan buang inilah yang plg baik untuk mencegah kanser) dan di hiris kecil (lihat gambar)
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hirisan, ikan bilis dan belacan hingga sedikit garing
Masukkan garam dan gula, diikuti rebusan pucuk ubi dan nanas
Gaul hingga sebati dan sayur cukup lembut dan masak sempurna
Angkat dan hidangkan dengan lauk lain.


Sangat sedap hasilnya!!!

Nota : Pucuk ubi yang lembut ketika merebus sila letakkan sesedu teh garam dan 2-3 titik minyak masak yang bersih.





nanas..saya suka nanas - gambar dari google
Pucuk ubi - gambar dari google
Pucuk ubi rebus - gambar dari google


Saya kalau makan pucuk ubi memang suka tang pucuk bersama batangnya sangat sedap dan disitu letaknya khasiat sayur ni. Memang saya akan makan nasi bertambah jika ada lauk ini. Teringat zaman sekolah dulu, arwah mak bawakkan bekal sayur ini bersama ikan selar masak kicap..Allahuakbar sedapnya waktu rehat saya bila makan kombinasi lauk itu. Memang tak pandang makanan yang dijual di kantin sekolah. Huhh semeamngnya nostalgia..tidak boleh diundurkan semula waktu itu..hanya tinggal kenangan. Bila teringatkan masakan yang arwah masak, saya cari dan ingat kembali arwah ajar dan saya masak sendiri. Yelah siapa yang nak masakkan kita..lainlah kalau arwah masih ada..apapun saya redha semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang berimam di sisi Allah Taala..aamin





~yms~

Wednesday, 14 January 2015

Khasiat Pucuk Betik dan Buah Betik

Assalam,

Kenal tak daun ni?...sangat sedap dibuat ulam atau kerabu..saya amat menyukai mu pucuk betik hehe



Ihsan dari google

Bicara hari ini perihal pucuk betik yang sedap dimakan walaupun rasanya agak pahit, tapi saya suka. Pahit tu ubat kan...jadi cubalah telan kerana ianya penawar dan memberi khasiat yang sangat tinggi. Di teratak kami, saya seorang saja yang suka makan pucuk betik ni, sedap direbus hingga lembut dan cicah dengan sambal belacan atau tempoyak. Saya cuba tanam popok betik dengan menabur benih dari buah yang merah dan manis dari Pasar Tani tapi belum ada rezeki pokok betik ni hidup subur di laman kami. Baru nak hidup tercantas pulak oleh mamat yang mesin rumput di laman kami tu..hmm memang belum ada rezeki namanya.Teringat untuk menulis artikel ni bila semalan mendapat berita anak rakan baik saya Kak CT Khadijah warded di HKL kerana serangan demam denggi. Semoga Allah S.W.T beri kekuatan kepada  Luqman untuk melawan virus denggi yang jahat itu..aamin. 



Teruja nampak pucuk betik, saya beli di kedai pasar nelayan ambik sekali ulam-ulaman dan sayur kampung 

Petang itu juga saya rebus untuk dimakan dengan sambal tempoyak..hmmm saya seorang je yang makan..sedapp sangat!!

Jom kita lihat apa khasiat pucuk betik ni :


Khasiat Pucuk dan Daun Betik

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Menggunakan pucuk dan bunga betik boleh menurunkan darah tinggi atau hypertension . Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Pucuk betik juga dapat memperbanyakkkan susu badan bagi yang menyusukan badan.

Jika anak atau orang dewasa demam jus betik boleh dicampur dengan air biasa dan dimandikan selama tiga hari berturut-turut. Ianya dapat menurunkan panas badan.

Selain pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah atau penyakit. Contohnya apabila diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi

1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan           
    sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-

1. Bersih pucuk betik/daun
2. Keratkan sepanjang 1 sentimeter
3. Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
4. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

Daun betik yang dilayur di atas api dan dilekapkan pada bahagian yang sakit otot boleh mengubati sakit otot. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu. 

Info asal dari sini



Ihsan dari google




Khasiat Buah Betik

Macam-macam khasiat yang terdapat pada betik. Dari daun, getah, butir semua mempunyai khasiat yang tersendiri! 

Dikalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak – khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).


Merawat hemoroid atau buasir dan sembelit

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat buasir, memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. 

Merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan

Caranya, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. 

Mengubati tumit pecah-pecah

Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. InsyaAllah masalah tumit pecah akan dapat diatasi. 

Wajah sentiasa awet muda

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah awet muda macam wajah saya nie. Barunie kawan tempat keje kabo kita baru 19 tahun. Mungkin effect makan betik jugak kot nie huahuah! 

Menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit

Biji betik pula dapat menyingkirkan cacing gelang pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segenggam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut. Tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung. 

Melegakan kesakitan gigi yang berlubang

Getah betik berguna bagi  melegakan sakit gigi berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. 

Menghentikan pendarahan

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.


Buah betik memang punya khasiat yang sangat baik, bukan sahaja rasanya manis, sedap dimakan tetapi memberi kesan yang sangat baik untuk kesihatan Hiduplah pokok betik yang saya cuba tanam baru-baru ni semoga hidup dengan subur tanpa gangguan..aamin.



Ihsan dari google
                                   


~yms~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...