Asam pedas...menu paling laris dan popular dalam keluarga kami samada di sebelah hubby yang memang asal dari Melaka mahupun sebelah saya. Cuba lah tengok gambar bawah ni...adulahai...mengancam!!!! tekak saya la...hahaha.
Bila sebut asam pedas, pelbagai variasi resepi yang ada contohnya asam pedas melaka, asam pedas muar dan asam pedas baba nyonya. Saya mendominasikan resepi asam pedas melaka dan orang jawa..hahaha..gitew..sebab saya mmg asal orang jawa dan mak mentua orang melaka.
Arwah mak memang suka mempelbagaikan resepi kerana kami merantau berbelas-belas tahun...memang seronok terutama dalam bab masakan arwah mak memang suka bertanya tentang resepi lauk pauk pada rakan-rakan dan jiran tetangga.
Hmm..kali ini saya nak kongsi resepi rangkuman arwah mak dan mak mertua saya yang memikat selera sesiapa sahaja yang merasainya..jom kita lihat resepi asam pedas ni..
ASAM PEDAS YMS CREATIONS
Oleh : Arwah Bonda dan Bonda Mertua
Bahan-bahannya:
Ikan Jenahak - 3 keping dan kepala
Segenggam cili kering - siang buang biji, rebus, basuh, perah dan kisar halus
5 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah kecil - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 inci belacan - tumbuk
1 sb ketumbar - rendam dan kisar bersama cili kering
1 sk jintan halus - rendam dan kisar bersama cili kering
1/2 cawan air asam jawa
1-2 helai daun limau purut
2-3 cawan air masak - mengikut kepekatan dan selera masing-masing
garam secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak - dalam 1 senduk
Cara memasak :
~ Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk bersama-sama ye bukan asing-asing hehehe.
~ Tumis hingga garing dan wangi baru masukkan cili dan rempah yang telah dikisar. Tumis lagi hingga garing.
~ Masukkan air asam jawa biar sebati dan mesra kemudian masukkan ikan yang telah dicuci bersih dengan air limau kasturi
~ Biarkan seketika bar masukkan air, agak-agak ye air ni jangan cair sangat sesuaikan dengan kepekatan dan kuantiti ikan.
~ Masukkan daun limau purut yang telah disiat
~ Sesuaikan dengan garam, api jangn besar sangat nanti ikan pecah. Biarkan mendidih beberapa kali dan kuah nampak cantik seperti gambar di bawah baru boleh tutup api ye.
Nota : Selalunya saya memang tidak pernah miss letak sayur bendi , terung atau kacang panjang tapi kali ni sayur tersebut tiada..tapi...tetap meletop!!!!
Tak percaya ? cubalah...jika ada kemusykilan boleh hantar email di yuslinamohdsani@gmail.com
atau tinggalkan komen anda di sini...
Silakan mencuba ye...
Haaa sayur lain takde, saya petik pucuk kedondong di depan rumah selepas terbaca dalam FB Datin Aliah beliau makan nasi berulamkan pucuk kedondong..sedap rupanya |
Pengalaman saya yang punya tekak cerewat ni...susah nak dapatkan asam pedas yang memikat selera kecuali masakan arwah bonda, mak mertua dan kakak suami di Serkam, Melaka. Hmm kecur air liur dah..sesiapa yang nak berniaga tu masaklah dengan jiwa dan kasih sayang jadi berbaloilah pelanggan yang datang dari jauh datang untuk bersantap dek teringin sangat nak mencuba. Bukan main recommend lagi tapi hurmmmm mengecewakan..
Dapat pulak pelangan macam kami ni..(saya, suami dan anak-anak yang agak cerewet bab makan ni) hmm indah khabar dari rupa je lah..namun disantap jugalah itu rezeki kami pada waktu itu..tapi yang jenis tak kisah ok kot..apa-apapun tempat tak mahu share di sini. Pandai-pandailah deme cari yer...hehehe..
Memang makan bertambah tau... |
No comments:
Post a Comment