Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Thursday, 19 March 2015

Pergedil...amboi cepatnya licin..

Pergedil ! Pergedil ! Dulu sebelum saya berjaya buat sendiri pergedil ni terasa sangat susah rasanya     nak buat. Tetapi sekali buat alhamdulillah tak la susah mana hendak seribu daya tak hendak seribu     dalih. 

Mudah aje rupanya, jom lihat resepi




RESEPI PERGEDIL 

Bahan-bahan :

3 biji kentang import (yang besar sikit) dipotong bulat dan digoreng empuk
10 ulas bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng
2 sudu besar udang kering direndam, digoreng dan ditumbuk halus
1 pokok daun sup dihiris halus
2 biji telor
sedikit garam sekukup rasa
sedikit lada sulah

Cara membuat :

Kentang yang telah digoreng dilenyekkan hingga halus
Masukkan garam dan lada sulah (agak-agaklah jangan terlalu masin)
Masukkan bawang goreng, udang goreng yang telah halus dan daun sup
Gaulkan hingga sebati
Masukkan 1/2 biji telur yang telah dipukul
Bentukkan bulat dan tekan sedikit agar nampak leper
Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak yang panas
Pastikan api jangan kuat dan jangan hangus
Hidangkan dengan mee hoon sup, soto atau makan begitu saja




Wahh memang sedap nih..kadang-kadang saya buat rencah ayam atau daging. Anak-anak saya sangat suka ni..sekejap je duk dalam pinggan tak sedar licin dah hehehe

Alhamdulillah..

~yms~

Sunday, 12 October 2014

Kentang Masak Kicap


Assalam...

Kadang-kadang tekak kita ni dah bosan dengan lauk yang agak renyah penyediaannya..sesekali nak yang mudah dan simple.

Bila teringat zaman kanak-kanak dulu..arwah mak mesti ada sahaja idea nak masak untuk anak-anaknya. Sedang berfikir apa lauk yang mudah umtuk dimasak pagi esok...haaa lauk kentang masak kicap!..memang best dan membuka selera..yang penting cepat disediakan!




Fikir yang mudah-mudah aje yer bila kita kesuntukan masa atau kita nak ubah selera kepada yang simple.

KENTANG MASAK KICAP
YMS Creations

Bahan-bahan :
2-3 biji kentang
Segenggam ikan bilis dibasuh
1-2 biji cili hijau
5 biji cili padi
Sedikit belacan
Sebiji bawang besar
Seulas bawang putih
Sebiji telor
Kicap sekukup rasa

Cara-cara :
Kentang dikupas dan dipotong kecil dan boleh rendam untuk elak dari lebam. Goreng kentang hingga ikan bilis digoreng hingga goreng garing.
Kurangkan minyak dalam kuali tadi dan tumis bawang putih dan bawang besar yang telah mayang kasar. Biarkan bawang layu masukkan belacan, kacau hingga sebati.
Masukkan cili hijau dan cili api, dan pecahkan telor kacau biar hancur.
Masukkan kentang dan kicap mengikut citarasa. 
Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan tutupkan api.
Siap dan boleh dihidang dengan nasi panas.




Memang sedap tau lauk ni especially time tak ada selera nak makan..boleh juga jadikan menu untuk bersahur dan ketika dalam pantang. Tapi jangan letak belacan dan cili api nanti perut memulas pulak.
Memang tak rugila mencuba!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...