Showing posts with label Pisang. Show all posts
Showing posts with label Pisang. Show all posts

Friday, 29 September 2017

Kolak Pisang...

Teringat arwah mak...tanggal 29 September arwah mak dilahirkan..Allah SWT beri pinjam setakat umurnya 46 tahun sahaja...saya kadang-kadang cemburu sesiapa yang masih punya emak, ibu dan mama ketika umur 40an. Ketika inilah keberadaannya sangat diperlukan untuk berkongsi segala..


Namun saya bersyukur dengan ketentuan ini..semua yang berlaku Allah SWT telah atur. Hanya kita hambaNya yang tidak tahu..


Tatkala rindu menjengah hati...masa inilah  terasa-rasa sentuhan tangannya uang memukau selera...salah satunya pisang..

Arwah mak sangat suka makan pisang yang dibuat 'kolak'..macam sira pisang tapi bukan...mcm pengat tp bukan...

Kolak Pisang
ymscreations

Sesisir pisang raja/ sematu
Gula secukupnya (manis buah shj)
3 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
Air masak

Didihkan air, masukkan gula dan bahan-bahan lain biar hingga mendidih
Selesai masak boleh diangkat dan hidang

Sedap makan waktu suam atau disejukkan dalam peti, saya dulu suka letakkan ais dan makan selepas berbuka aduhh nyaman sungguh

Alhamdulillah
~yms~

Wednesday, 8 February 2017

Lamanya tak makan Pengat Pisang..

Teringin sungguh nak makan Pengat Pisang! Kebetulan pisang ni ala-ala lembik bila digoreng pagi semalam ermm mungkin lama sangat diperam. Pisang kalau tak masak kat pokok macam nilah..tapi apa nak buat tanam pokok pisang pun macam tak nak berbuah..
Jomlah kita masak pengat pisang yang tak banyak sangat ni..


Resepi Pengat Pisang
ymscreations

8-10 biji pisang
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 keping gula melaka
3-4 sdb gula (ikut kemanisan masing2)
1/3 sdk garam
1 helai daun pandan
2 sdb sagu dibasuh dan tos

Panaskan air dan gula melaka beserta daun pandan biarkan mendidih
Masukkan gula pasir, garam dan pisang yang telah dipotong serong
Biarkan seketika hingga mendidih 
Masukkan santan dan sentiasa kacau untuk elakkan dari pecah santan


Bila mula mendidih masukkan sagu yg telah ditoskan tadi
Kacau lagi hingga sagu telah kembang dan rasa cukup gula bolehlah diangkat dan dihidang


Hmm yummy...sedap sungguh laa...
Sedap rasa tekak yang tak de selera akhir-akhir ni..

Alhamdulillah

~yms~

Saturday, 3 September 2016

Lepat Pisang Sedap!

Cerita pasal pisang yang masak mendadak ni pening juga..lepas selesai masak rehat sekejap dan terus lenyek pisang dalam 3 sisir untuk dibuat Lepat Pisang..


Lepat Pisang
ymscreations

3 cawan pisang dilecek
1/2 cawan tepung gandum
4 sdb tepung beras
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan
1/2 keping gula kabung dihiris
1/2 sdk garam
1 cawan kelapa putih digaul dgn sedikit garam
Daun pisang dilayur, dilap dan dipotong mengikut saiz

Campurkan pisang lenyek, tepung gandum, tepung beras, garam dan santan ke dalam bekas dan gaul rata
Panaskan kukusan air
Letakkan sesudu bahan adunan ke atas daun dan letak kelapa kemudian tambah sesudu lagi adunan dan bungkus seeloknya


Saya rujuk resepi Masam Manis yang mana turut mengambil resepi dari Sinar Kehidupanku..terima kasih Kak Azlita dan Kak Yatie..

Alhamdulillah sedap resepi ni..
~yms~

Masak Lemak Cili Api Pisang Muda..

Assalam...

Lama tak bersiaran...hari ni saya nak kongsi menu yang menarik tertarik!
Pisang lemak manis ni hubby tebang waktu balik ke kampung waktu cuti hari merdeka baru-baru ni..
Setandan dibawa balik, saya simpan dalam peti sesisir pisang muda utk dimasak lauk..
Selebihnya terus masak keesokan harinya..



Ini dia..Masak Lemak Cili Padi Pisang Muda..ermmmm sedap sungguh!!..pisang muda ni jika dimasak kari pun sedap..kali ni teringin Masak Lemak Cili Padi..jom resepi!

Resepi Masak Lemak Cili Padi Pisang Muda
ymscreations

1 sisir pisang muda lemak manis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
7 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
1/2 gengam ikan bilis
1 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah kecil*
1 batang serai
Garam secukup rasa

Bersihkan pisang, asingkan kulit dan isi pisang  dipotong dan dicelur
Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat dan tumbuk ikan bilis kasar
Panaskan periuk dan masukkan santan cair bersama bahan tumbuk serta ikan bilis
Masukkan serai yang diketuk
Biarkan hingga mendidih dan pisang serta kulit pisang empuk
Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa
Jika dah sebati boleh ditutup api dan dihidang


Sedap sangat menu ni..rugi kalau tak cuba..
Saya sangat suka kulit pisang tu...nampak tak..sedap tau!


Alhamdulillah..

~yms~

Saturday, 30 January 2016

Kek Pisang..ermmmm

Assalam...lama tak menulis blog ni melepaskan minggu-minggu yang sibuk.

Teringin nak makan kek pisang kebetulan My MIL bagi pisang setandan nama pisang tu tak pasti pulak..pisang selom ke apa.


Kek Pisang
ymscreation.blogspot.my

1 buku butter (anchor-salted)
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum diayak
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk soda bikarbonat
1 cawan pisang dilecek lumat
4 biji telor gred A
1/2 sdk esen vanila

Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu (low speed, medium & high)
Masukkan telor sebiji dan putar setiap kali telor dimasukkan hingga habis
Masukkan esen vanila dan pisang yg telah dilecek bersama soda bikarbonat, putar lagi hingga kembang
Panaskan oven dan sediakan bekas pembakar kek 
Masukkan tepong yg telah diayak bersama serbuk penaik, putar perlahan
Masukkan adunan dalam bekas pembakar kek dan bakar menggunakan api atas bawah selama 45 minit dgn kepanasan 170 darjah celcius

Alhamdulillah menjadi dan kek ni boleh habis tak sampai 48 jam.

~yms~






Wednesday, 4 March 2015

Kek Pisang Minyak Pulak!

Semangat membuat kek membuak-buak hehe..kali ni kek pisang menggunakan minyak jagung. Pernah juga gagal buat kek macam ni dulu, ketika tu saya gunakan blender seperti di dalam resepi yang saya salin. Buat kek ni kena study juga yer bukan main copy & paste je, banyak yang mempengaruhi keberhasilan kek ni. Haaa bila kek yang dibuat dah mula menjadi ni, mulalah bersemangat untuk cuba resepi- resepi pelbagai kek yang lain pulak!.

Kali ni saya kongsikan resepi kek pisang yang menggunakan minyak yer..teksturnya lembab sikit.
Biasanya saya guna butter apapun rasanya tetap enak!

Kek Pisang Minyak
yms  creations

Bahan-bahan :

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor
1 cawan pisang berangan yang telah dilecek
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila


Cara membuat :

Pukul telor dan gula hingga kembang dan masukkan gula castor. 
Masukkan minyak dan esen vanila pukul lagi hingga sebati.
Berhenti menggunakan mixer.
Masukkan pisang dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin keliling dan di atas kertas.
Masuk adunan ke dlam acuan berselang seli dan lorekkan mengikut kesukaan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.






alhamdulillah..

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...