Showing posts with label Kerang. Show all posts
Showing posts with label Kerang. Show all posts

Monday, 6 February 2017

Sambal Kerang

Pernah masak sambal kerang dgn kulit kerang?..manalah tau kan ada yang tak biasa..saya dah biasa sedari kecil arwah  mak memang suka masak kerang sambal dgn kulit..sedap nak makan gaulkan nasi kat kerang tu memang rasa kemanisan kerang tu pada nasi..sedap!


Resepi Sambal Kerang
ymscreations

1 mangkuk kerang dibasuh bersih
3 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk 
1/2 inci belacan ditumbuk
3 sdb cili kisar
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak (agak-agak)
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
Masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing
Masukkan garam & gula hingga naik minyak
Masukkan air asam jawa dan kerang
Biarkan seketika hingga kerang masak dan masukkan bawang potong
Bila dah sebati rasanya boleh diangkat


Saya hidangkan sekali dengan kari ikan tanpa santan dan sayur bayam tumis..aduhai selera anak-anak makan..

Alhamdulillah..

~yms~

Wednesday, 25 January 2017

Nasi Lemak Sambal Kerang

Sebelum bertolak ke Seberang Perai hari ni saya sediakan dulu nasi lemak sambal kerang untuk anak-anak yang ditinggalkan. Resepi nasi lemak saya dah pernah kongsikan dalam blog ni dah ada cuma Sambal Kerang sahaja yang belum. 



Kali ni saya dapat kerang yang kecik-kecik sangat..tapi bersyukurlah dpt juga sbb dah lama tak jumpa kerang. Memikirkan khasiat kerang yang boleh tambah hemoglobin saya yang sangat rendah belilah juga..


Dalam sambal tu tersoroklah kerang-kerang yang sudah dikupas isinya memang tak nampak sebab halus sangat hehehe

Resepi Sambal Kerang

1/2 kilo kerang (dibasuh dan masukkan dalam periuk biarkan terbuka, biar sejuk dan kupas)
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji cili merah besar
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
4 sdb cili kisar
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan belacan 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan cili kisar
Masukkan garam dan gula secukupnya dan sedikit air biar ada kuah sedikit
Biarkan hingga garing dan masukkan air asam dan kacau
Masukkan kerang yang dikupas dan bawang yang dihiris kasar
Bila dah sebati boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi lemak..



Alhamdulillah

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...