Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Mee Kari Ketam..Iftar Ramadhan ke-3


Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah sudah Ramadhan ketiga...
Hari ni masak Mee Kari Ketam..
Al-Kisahnya teringin nak makan Mee Kari Kerang tapi tiada kerang jumpa ketam aje..


Resepi Mee Kari Ketam
YMSCREATIONS

Bahan utk mee :
2 bungkus mee kuning
2 pokok sawi dicelur
2 batang daun sup dihiris
4-5 ulas bawang merah kecil dan putih digoreng garing
3 biji telor rebus (saya tak letak kali ni)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
5 biji limau kasturi dibelah dua

Bahan utk kuah :
3 ekor ketam dibelah 4
3 ulas bawang merah kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 sdb ketumbar biji *
1/2 sdk jintan manis *
1 batang serai dititik
1/2 paket rempah raja kari faiza
1 sdb cili kisar
2 keping kek ikan dan bbrp biji bebola ikan
2 helai daun kari
2 cawan santan pekat
2 cawan air (atau secukupnya)
Minyak utk menumis
Garam

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (yang bertanda * dikisar sekali)
Tumis hingga garing dan masukkan serai
Masukkan rempah kari dan cili kisar tumis hingga garing
Masukkan ketam dan kek ikan serta bebola ikan kacau sekejap
Masukkan santan dan air (jangan cair atau pekat sgt)
Masukkan garam dan biar mereneh (jangan guna api kuat)
Bila sudah sebati boleh dihidang dgn mee yg sudah siapkan 



Alhamdulillah syukur...bila dah makan mee sahur baru makan nasi dengan selera!

~yms~




Sunday, 13 December 2015

Mee Goreng Basah Permata Hati..

Mee goreng basah lagi...sedapnyer anak- anak memang suka kalau hidangan ni ada atas meja...diperahkan dengan limau nipis dan potongkan cili hijau hmmm memang licin la jawabnya...

Saya bahagia kalau suami dan anak-anak berebut makan hasil air tangan saya..hilang rasa penat di dapur..



Masing-masing ada cara mencari bahagia...rezeki Allah luas..pelbagai cara dan dari mana datang rezeki tu hanya Allah yang berhak menentukan..kita tak salah untuk meminta dan menerima kerana Dia sahaja yang tahu apa yang berhak kita terima...


Ok..untuk resepi mee ni ada dlm blog ni cuba cari yer mudah jerr...

Alhamdulilah 

~yms~

Wednesday, 29 April 2015

Mee Goreng Basah Yang Hot !!


Inilah menu yang paling laris apabila dihidangkan di Teratak kami sekeluarga bila hujung minggu..

Bila ditanya mee yang beli tadi nak dimasak apa? Jawapan my hubby 'mee goreng basah Ma..' uitt ingat nak buat mee kari lama betul rasanya tak buat menu tu..

Takpelah demi hubby dan anak-anak, saya buat mee goreng basah yang hot !!




RESEPI MEE GORENG BASAH
ymscreations

4 ulas bawang putih  - tumbuk kasar
1 ulas bawang merah kecil - tumbuk kasar
sedikit hirisan bawang besar
2 paket mee kuning
1 sdb kici kisar
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato 
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap lemak manis
1 mangkuk kecil potongan ayam
1 mangkuk kecil udang sederhana
1 mangkuk kecil potongan kek ikan
2 biji tomato dipotong 4 atau kecil 
2 pokok sawi di hiris sederhana
1 pokok daun sup
1 cawan air panas
garam dan gula secukup rasa
limau kasturi dan cili hijau - sampingan
Minyak zaitun - untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang-bawang tadi
Masukkan cili kisar, tumis hingga garing dan masukkan potongan ayam
Bila ayam hampir masak, masukkan sos-sos tadi, kicap dan sedikit air biarkan mereneh masukkan udang dan kek ikan 
Masukkan air panas, garam (jgn byk sbb mee dah masin) dan gula (jgn byk sbb kicap dah manis), rasakan ikut kesesuaian
Masukkan mee yang telah dibasuh dan ditos beserta sawi
Gaulkan hingga mesra dan masukkan buah tomato dan daun sup
Bila sudah sebati angkat cepat dan hidangkan panas-panas..

Memang hot mee ni sebab anak-anak berebut-rebut..hehehe
Hidangkan pula dgn belahan limau kasturi wow memang mabeles la..
Membelah jiwa...hehe

Satu lagi petua...mulakan apa sahaja aktiviti di dapur dgn kalimah yang sangat bermakna memberi beribu keajaiban iaitu...Bismillahirrahmanirrahimm...inshaaAllah Dia akan bantu kita untuk hasilkan sesuatu yang terbaik..

Selamat Mencuba!!!! Mee Goreng Basah Yang Hottt !!



Alhamdulillah...

~yms~

Monday, 16 February 2015

Mee Rebus Tulang


Cerita ini perihal TULANG lembu yer...hmm sedapnye buat sup!! Tapi kali ni saya buat MEE REBUS TULANG..permintaan suami yang memang sukakan tulang. Air manis tulang lembu ni terutama yang di bahagian rusuk memang menawan kalbu hehe. Sedap dimasak apapun.kari ke, sup ke..kuah jadi manis dan sedap.

Haa gambar bawah ni anak perempuan tunggal saya yang buat..seronok sangat dia makan berulang kali & sempat snap gambar yang pinggannya agak comot..maafkanje la ye..anak-anak. Mama..tengok ni macam dalam majalah tak..hehe iye..tapi pinggan tu kenapa comot. Apa pun saya sangat menghargai suami dan anak-anak saya kerana sangat menyukai menu ini. Sebab itu saya gunakan juga gambar ini tanda penghargaan saya kepada anak saya Ayra Hadirah. 





Resepi ni cukup untuk kami sekeluarga jika untuk jemput tetamu perlu tambah la ye..jom layan resepi.


RESEPI MEE REBUS TULANG !
ymscreations

Bahan-bahan:

Mee kuning - 2 paket dicelur
Tulang bahagian rusuk - sekilo
Udang - 1 mangkuk kecil
Udang kering* - 1 sudu besar direndam
Bawang besar* - 2 biji
Bawang putih* - 3 ulas
Keledek - 2 biji yang sederhana direbus dan lecek halus
Halia* - 1 inci
Lengkuas* - 1/2 inci
Serai - 2 batang diketuk
Rempah kari daging - 2 sudu besar ( saya guna rempah kari cap O dari Alor Setar)
Jintan kasar* - 1/2 sudu teh
Jintan halus* - 1 sudu teh
Ketumbar biji* - 1 sudu besar
Cili kering yang sudah dikisar - 2 sudu besar
Air rebusan daging/tulang
Bawang kecil 5 ulas hiris halus dan goreng
Tomato - 1 biji
Sawi - 2 pokok
Telor rebus
Limau kasturi 
Garam dan gula - secukup rasa
Cili hijau dan merah di hiris serong
Minyak


Cara membuat :

Rebus tulang yang telah dibasuh dengan menggunakan peruik noxxa (atau preesure cooker lain)
Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus
Panaskan minyak dalam suku cawan dan tumiskan bahan kisar, masukkan serai dan tumis hingga garing 
Masukkan cili kisar, udang kering  dan rempah kari, tumis lagi hingga naik minyak
Letakkan sedikit air rebusan tulang dan tulang biarkan hingga sebati
Agak-agak tulang dah meresap dengan bahan tumis tadi masukkan udang dan stok air rebusan tulang hingga habis serta keledek yang telah lumat
Anggarkan kuantiti air yang dimasukkkan dengan kuantiti mee
Letakkan garam dan gula
Sebatikan rasa ada manis tetapi jangan terlebih manis yer, biar rasa manis tu dari tulang dan udang
Bila tulang sudah empuk dan udang telah masak dan biarkan mendidih beberapa kali, masukkan sawi dan tomato yang dipotong. Boleh ditutup api.
Hidangkan mee dengan telor rebus, bawang goreng, limau kasturi, cili hijau dan merah, tahu dan taugeh (saya letak sawi je kali ni) & cedoklah kuah yang dah dimasak tadi..

Makanlah dengan keluarga tersayang semoga kasih sayang semakin erat dengan hidangan yang kita sediakan aminn..alhamdulillah






Tulang atau daging akan lembut sekali dengan menggunakan periuk Noxxa...sila rujuk di SINI





Bertambah suami dan anak-anak makan..memang berbaloi..jika nak belipun saya belum jumpa yang kena dengan tekak lagipun boleh makan berulang-ulang, yang penting tahap kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan terjaga.

~yms~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...