Showing posts with label Telor. Show all posts
Showing posts with label Telor. Show all posts

Friday, 10 February 2017

Telor Dadar Cendawan Kukur

Sejak akhir-akhir ni saya sangat rindu dengan masakan arwah mak yang tercinta..terasa rasa ditekak ni..

Apakan daya arwah telah pergi meninggalkan kami lebih 16 tahun dulu..
Sebab itu bila ada yang terlalu gembira bila dapat menatap ibu sendiri di depan mata saya ada sedikit rasa cemburu..
Kepada yang masih ada ibu untuk dikasihi jagalah pertuturan agar yang sudah tiada ibu di dunia ini tidak terasa betapa kurangnya kita dari mereka..
Sebak pulak..ok cukup jom kita lihat resepi mudah ni..


Resepi Telor Dadar Cendawan Kukur
ymscreations

2-3 sdb cendawan kukur
2 biji telor
3 biji cili api ( sebenarnya lagi pedas lagi sedap tp sy mmg tak boleh mkn pedas)
2 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
 
Tumbuk cili api dan bawang hingga lumat dan masukkan cendawan kukur yang telah direndam dan dibersihkan, tumbuk jangan hancur sangat dan campurkan garam
Kacau sebati dengan garfu
Panaskan kuali dan sedikit minyak 
Tuangkan dalam kuali seperti buat telor dadar biasa
Terbalikkan dan masak mcm biasa
Boleh dihidang dengan lauk lain


Saya hidangkan dengan lauk seperti di atas..Ikan Cencaru Sumbat (saya tak berapa puas hati dgn kejadian menu ni sbb baru mencuba resepi ni tapi tak kena dengan tekak saya..jadi saya tak behasrat bak kongsi resepinya), haa sayur kobis ni memang hubby suka...katanya mama tumis simple mcm ni pun lagi sedap dari di kedak mamak..ermm memangla..alahai suami..
Apapun syukur alhamdulillah..

~yms~

Friday, 10 June 2016

Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Salad Telor Iftar 5 Ramadhan...

Alhamdulillah..sudah ramadhan ke lima ketika saya sediakan sajian utk iftar.

Oleh kerana semalam saya tidak menyediakan menu untuk iftar ramadhan ke empat kerana ke HUKM melawat ayahanda..hari ni saya gagahkan diri untuk ke dapur walaupun penat driving ke Sg Besar kerana ada kerja yang perlu diuruskan.

Puasa pada tahun ini saya cuba untuk minimise hidangan berbuka puasa tidak mahu pembaziran berlaku dengan membuang lebihan makanan. Nasi tomato ni saya sediakan dengan kirma ayam dan salad telor sahaja. Alhamdulillah habis semuanya...syukur!


Resepi Nasi Tomato 
YMSCREATIONS

5 pot kecil beras (dicuci dan tos)
5 ulas bawang merah kecil dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia
1/2 biji tomato di potong dadu
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3-4 bunga cengkih
2 helai daun pandan disimpul
1 sdb minyak sapi
1 sdb planta
1 sdb tomato puri
1 1/2 sdb sos tomato
1 sdk garam

Panaskan periuk noxxa (guna stir fry)
Masukkan minyak sapi dan planta
Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih)
Masukkan hirisan bawang dan tumis hingga kekuningan
Masukkan tomato puri dan sos tomato tumis hingga garing & tomato yg dipotong dadu 
Masukkan beras kacau sekejap dan masukkan air, garam dan daun pandan
Tukarkan kepada high pressure 7 minit dan biarkan masak



Resepi Kurma Ayam
YMSCREATIONS

8 potong ayam
1/2 paket kurma faiza
1 sdb ketumbar biji rendam dan dikisar
1/2 sdk jintan halus rendam dan dikisar
3 ulas bawang merah kecil dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
Sebatang serai
2 batang daun sup disimpul
2 hirisan kobis
1 sdk jus lemon
2 biji kentang dipotong 4
1/2 biji tomato dan potong baji 
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 beradik rempah bahan tumis
Sedikit minyak untuk menumis 
Garam secukup rasa

Kisar sekali bahan-bahan yang perlu dikisar dan serai yang dititik
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Masukkan rempah kurma dan tumis hingga garing
Masukkan ayam dan biar hingga kecut
Masukkan santan dan kentang
Biar hingga kentang empuk dan masukkan jus lemon, daun sup dan kobis
Perasakan garam dan biar semua sebati boleh diangkat



Resepi Salad Telor
YMSCREATIONS

4 biji telor direbus
Sebiji timun dihiris serong
Sos cili

Susun timun dan telor dihiris bulat dan tuangkan sos


Alhamdulillah tertunai permintaan suami dan anak-anak...buat yang mudah janji anak-anak dan suami suka!..

~yms~

Sunday, 23 August 2015

Sup Telor Mudah dan Cepat

Masak yang mudah-mudah bila masa cemburu dan rasa kurang sihat..

Jom masak yg mudah..


Sup Telor 
ymscreations

2 biji telor
1 biji ubi kentang dipotong kecil
5 biji fish ball
1/2 biji tomato merah dipotong baji
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
1/2 sdk serbuk lada putih
2 cawan air atau lebih
3 btg daun sup dihiris kasar
Sedikit suhun direndam
Minyak utk menumis
 
Panaskan minyak dan tumis bwg putih yg diketuk dan dan bawang merah yg dihiris serta serbuk lada sulah
Masukkan kentang biar empuk dan fish ball
Masukkan air biarkan mendidih dan masukkan tomato dan pecahkan telor dan biarkan menggelegak 
Masukkan suhun dan garam
Taburkan daun sup
Tutupkan api


Hidangkan dengan nasi panas memang segar dan nyaman..

Alhamdulillah

~yms~



Thursday, 18 September 2014

Tumis Telor

Hi guys...Salam kebahagiaan buat semua..

Kali ni saya nak share masakan arwah bonda saya bila datang rasa jemu dengan lauk ikan or ayam..hmm kita tukar selera dengan resepi yang mudah dan cepat dimasak dan sedap dimakan. Sedap sangat lauk Tumis Telor ni tau, sesiapa yang takde selera makan tu boleh cuba ye resepi ni...cincai je resepinya tapi ingat jangan cincai dalam penyediaannya walaupun simple ye..malula perempuan buat keje cincai macai ni...tak mau...tak mau yer...


Hmmm tengok gambar pun sedapkan..anak-anak suka sangat termasuk ammar hayyan yang suka makanan pedas tuh...aduhai anak...

RESEPI TUMIS TELOR
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan

3-4 biji telor ayam
7 biji cili api
1biji cili besar merah
5 ulas bawang merah
1ulas bawang putih
Sedikit belacan/ikan bilis (agak-agak la)
1-2 cawan air suam
1 sudu garam (ikut selera masing-masing)
Minyak utk menumis

Cara:

Tumbuk cili-cili, bawang-bawang, belacan/ikan bilis hingga lumat (saya suka kasar sikit).
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi hingga garing dan naik bau. Masukkan air suam biarkan menggelegak baru masukkan telor satu persatu. Perlahan api ketika ini, biarkan telor masak dengan sempurna dan perasakan garam. Cepatkan..dah siap la tu. Boleh hidangkan dengan nasi panas dan ikan masin...hmmm memang sedaplah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...