Showing posts with label Talam. Show all posts
Showing posts with label Talam. Show all posts

Sunday, 12 June 2016

Talam Berlauk Keladi...Iftar ke-6

Salam Ramadhan ke-6, hari ni kami berbuka di Meru rumah ayahanda kami. Alhamdulillah sudah keluar wad semalam dan akan sambung rawatan pada hari isnin nanti.


Ketika dipotong kuih ni masih panas lagi, gambar di bawah sesudah sejuk dan bila dipotong agak bersepah sedikit kerana ada keladi. Rupa bukan penentu segala yang penting rasanya kan...

Alhamdulillah..pertama kali saya buat Talam Berlauk Keladi...rasanya lemak sebati dengan santan dan bahan-bahan lain yang disatukan mesra. Nak tau kena cuba yer..




Resepi Talam Berlauk Keladi
YMSCREATIONS

1 mangkuk keladi yang dipotong dadu (direbus dan ditos)
10 ekor udang dipotong kecil
1/2 sdk lada sulah
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sdb tepung ubi
4 gelas santan (santan pekat + santan cair)
1 biji bawang besar dihiris nipis dan goreng garing
1 pokok daun sup dihiris
1 sdb udang kering (rendam, goreng & kisar halus)
1 biji telor dibuat telor dadar dan dihiris 
1 biji cili merah & 1 biji cili hijau
1 sdb kacang tanah kisar 
Garam secukupnya


Bancuh sukatan tepung dan santan di dalam bekas dan tapis
Letakkan garam dan ketepikan 
Sementara itu panaskan minyak, goreng udang dan letakkan lada sulah
Masukkan udang tadi dan keladi ke dalam bancuhan tepung 
Panaskan kukusan dan biar air menggelegak
Panaskan periuk dan jerang bancuhan tepung tadi hingga berasap api perlahan sahaja
Masukkan ke dalam loyang seperti gambar di bawah dan kukus selama 45 minit


Selepas 45 minit boleh taburkan cili potong dan daun sup
Selepas 1 jam boleh letakkan udang kering yang dikisar, kacang tanah kisar dan bawang goreng seperti gambar di bawah


Saya taburkan telor dadar yang dihiris akhir sekali..boleh juga disusun tabur ikut kreativiti masing-masing


Hidang kan dengan sos yang enak..

#15 minit terakhir buka penutup kukusan untuk beri air kering di permukaan
#saya suka kejadian kuih ini agak lembik sedikit sangat sedap dimakan dengan sos!


Resepi Sos Talam Berlauk
YMSCREATIONS

2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 ulas bawang merah kecil ditumbuk halus
2 sdb cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
3-4 sdb gula ( ikut citarasa masing-masing 
2nsdb cili sos
Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan dan renihkan hingga mendidih
Perasakan garam 

#Rasa sos lebih sedap bila cukup rasa masam, manis dan masin sekadarnya



Walaupun penyediaan kuih ini agak leceh sikit tapi berbaloi dengan rasanya

Alhamdulillah..

~yms~

Monday, 18 August 2014

Talam Belauk Yang Marbeles



Lihatlah gambar kuih TALAM BELAUK di bawah ni...aduhai..terasa keenakan bila di makan bersama-sama sos yang cukup rasa masam manis masin. Gambar ini diambil ketika masih di dalam kukusan lagi kerana baru ditutup apinya. Oppss sos terlupa nak snap gambar!!!

Talam belauk yang siap dikukus untuk juadah berbuka puasa
Talam belauk ni saya sediakan ketika ingin berbuka puasa bersama keluarga saya di Meru, Klang. Suami, anak-anak dan adik beradik saya amat menggemari kuih talam ni. Talam belauk ni juga kesukaan arwah bonda saya yang tercinta, syahdu pula bila teringatkan kehilangan bonda tercinta..hanya yang tinggal pesanan arwah #walau setinggi manapun wanita punya pelajaran dan kerjaya..jangan lupa turun ke dapur..kerana ia adalah kunci kebahagiaan keluarga#..insyaAllah bonda..selagi hayat masih ada pesanan ini akan ku semat dalam hati. Apa yang penting sering mohon pada Allah S.W.T agar diberi kesihatan sepanjang hayat semoga dapat menyediakan juadah terindah untuk insan-insan tersayang...aminnn. InshaaAllah saya akan share resepi untuk entri akan datang sebab tiada gambar sos dalam enti kali ni..huh saya akan share resepi bila ada gambar sos nya sekali..siapa kenal yuslina inilah dia..semua nak complete hehehe. Semestinya talam belauk ni menjadi menu utama keluarga dalam masa terdekat. Ok kita jumpa di lain entri yerrrr....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...