Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, 15 May 2017

Puding Marble

Musim panas ni sangat sedap kalau buat puding atau agar-agar yang disimpan dalam peti sejuk..bila nak makan keluarkan dan masuk mulut..waduh-waduh enak banget!

Saya pertama kali buat puding ni sangat enak bila saya buat lebihkan sedikit air 'texture' sangat halus dan bila dimakan bagai meletop letop dalam mulut...haaa gitu gambaran yang saya dapat berikan bila menikmati puding marble yang meletop kebabom ni..


Buatnya mudah aje..jom saya kongsikan resepi..ni resepi kembar saya beri pada saya..
Saya lebihkan koko sebab sangat suka rasa koko yang lazat ermm yummy!

Puding Marble
ymscreations

1 paket agar-agar tali 18gram
4 mug air ( saya guna sukatan 1 paket agar-agar)
1 tin susu cair
2 sdb tepung kastard
2 biji telor
2 sdb serbuk koko
1 1/2 cawan gula
1 sdb butter

Masak agar-agar dengan air yang disukat hingga cair masukkan gula dan kacau dgn api sederhana
Masukkan susu, butter & telor ke dalam blender dan kisar
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi kacau hingga pekat
Sediakan bekas dan asingkan 1 bahagian
Bancuh koko yang ditapis dgn sedikit air supaya tidak berketul dan masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati
Sediakan bekas atau acuan dan isikan puding menggunakan senduk dengan cara bergilir-gilir 
Teknik yang digunakan adalah tindihkan puding kuning di atas puding koko bergilir-gilir sehingga habis


Bila nak hidang potong ikut kesukaan masing-masing yang penting terlajak sedap! 

Tak sempat nak potong cantik-cantik  si kecil Amsyar tak sabar nak makan..hihi
nak tunjuk bahawa marble saya menjadi berselang seli walaupun bahagian koko 
lebih byk..ermm sedap sgt!

Alhamdulillah

~yms~

Saturday, 18 April 2015

Puding Jagung Manjanye Rasa Dia.....

Assalam,

Lamanya tak update blog!!! Bila dah berpindah tempat baru ni memang mencabar..time lunch mesti ada aktiviti tidak seperti sebelum ni saya hanya waktu rehat duduk di opis sahaja so ada masa untuk jenguk dan up-date blog kesayangan dalam masa sejam tuh..kini saya waktu penuh terisi kecuali jumaat tetapi masih juga kurang ruang..waktu di rumah curi-curi dengan anak-anak especially si kecil Amsyar yang dah mula nak berjalan..haaa kena selalu diperhatikan anak comel ni hehe. Jom cerita masak-masak..

Lamanya tak buat Puding Jagung...



Teringat ketika di UiTM masa buat degree dulu, ada aje yang minta buatkan Puding Jagung nih..aduhai tangan anak dara la masa tu kan..

Tapi sekarang air tangan mak dara pun masih meletop lagi I tell U..hehehe

Mudah aje nak buat Puding Jagung ni..

RESEPI PUDING JAGUNG
ymscreations

1 tin jagung manis 
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
3/4 cawan gula
Secubit garam
Sehelai daun pandan disimpul

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau biar sebati 
Buka api dapur perlahan sahaja
Kacau jangan biarkan berketul dan menggelegak 
Lebih kurang sejam juga utk adunan menjadi likat dan berkilat cantik
Jangan lupa sentiasa dikacau yer
Sediakan tempat utk dijadikan acuan dan tuangkan adunan dgn cepat utk mendapatkan tekstur yang cantik 
Saya gunakan plastik seperti di atas mudah untuk disimpan dlm peti sejuk kerana boleh ditutup dengan rapi
Oooh saya alaskan dengan daun pisang ermmm harumnya melekat kat puding tu sedap!!



Boleh dihidang ketika sejuk sebagai dessert utk tetamu atau keluarga tercinta...

Alhamdulillah...

~yms~






Tuesday, 19 August 2014

Caramel Cinta Hati Yang Mula Di Tempah


Caramel Cinta Hati diberi nama kerana ianya dihasilkan dengan penuh kasih sayang di dalam jiwa. Bila sesuatu yang kita 'create' untuk mendapatkan hasil yang terbaik ianya akan meresap ke dalam jiwa. Benar...itu yang saya rasakan. Dulu saya memang sangat suka caramel tetapi masih mencari-cari resepi yang paling kena dengan tekak saya yang sedikit cerewet ni..sedikit ke?? hehe my hubby boleh jawab dengan tepat!. Sehingga satu ketika saya terjumpa resepi caramel yang sangat sedap dihasilkan oleh blog kak Azie Kitchen..terima kasih Kak Azie!..saya salin resepi ni dan cuba buat sendiri, namun saya olah ikut kehendak dan kreativiti saya sendiri kerana tekak saya tidak boleh menerima sesuatu yang agak manis,  juga rasa telor yang kurang hanyir. Maka terhasil lah Caramel Cinta Hati ni dek kerana cintee diri sendiri, my lovely hubby and children. 

Keenakan caramel ini turut dirasakan oleh rakan-rakan yang boleh menilai keberhasilannya. Sesetengah orang lain citarasanya, ada juga yang tiada punya deria rasa yang sedap dikatakan biasa-biasa aje, yang biasa-biasa dikatakan sedap ishh pelikkan manusia ni. Begitulah lumrah manusia kan..ianya anugerah Allah S.W.T, apapun bersyukur di atas pemberianNya.

Di bawah ni tempahan untuk Kak CT Khadijah awal tahun ini, saya pun dah terlupa bila tarikhnya yang pasti ianya ditempah untuk meraikan sambutan hari lahir anak beliau. 100 bekas kesemuanya haa itu dia Kak CT Khadijah yang mempunyai 'bisness minded'. Dia lah insan yang mengajar dan memujuk untuk saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan..Hahaha macam besar je bunyinye kan..inshaaAllah suatu hari nanti saya akan ke situ jua dengan izinNya kerana 'Perniagaan adalah satu Sunnah Rasullullah'. Masih terngiang di telinga ni bila ex-bos ketika di Shah Alam sering mengingatkan, katanya 'jika ada ruang, berjinak-jinaklah dengan dunia perniagaan mula dari sekarang!'..haa apakan daya saya masih merangkak lagi kerna anak-anak masih kecil ketika itu dan perlukan perhatian penuh ibubapa. Saya tetap tanamkan dalam jiwa moga saya berpeluang untuk bergelar seorang peniaga wpun secara-kecil kecilan.  Niat di hati ingin meneruskan cita-cita arwah bonda yang belum kesampaian. Ianya sudah ada dalam benak fikiran cuma untuk dizahirkan namun hanya menunggu masa dan keadaan yang sesuai. InshaaAllah,  moga Allah perkenankan tanpa ada rasa riak dan jauhkan dari sikap cemburu manusia di sekeliling kita. Aaminn

Oppss sudah jauh meleret jom kita layan resepi puding ni dulu. 

RESEPI PUDING CARAMEL 
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan utk puding :

1 tin susu cair
1/3 susu pekat
1 tin air
4-5 biji telor
sedikit esen vanila

Utk  caramel :
4 cawan air 
2 cawan gula pasir

Cara-caranya :

1. Masukkan gula dlm kuali panas, biarkan hingga cair dan bewarna perang.
2. Masukkan air biarkan larut dgn sebati.
3. Sementara tunggu caramel sejuk, sediakan bancuhan puding dengan masukkan susu cair, susu pekat dan air.
4. Pecahkan telor dan pukul ringan sahaja. (buang mata telor atau tapiskan sebelum masukkan ke dlm bancuhan tadi)
5. Masukkan esen vanila.
6. Tapiskan bancuhan tadi sebelu dituang ke dalam acuan. 
7. Masukkan gula caramel ke dalam acuan (agak-agakla ye) dan tuang bancuhan puding.
7. Kukus sehingga masak dlm 15 minit. Siapkan sehingga bancuhan habis.
8. Bila sudah sejuk dari kukusan blh masukkan ke dalam peti sejuk atau letakkan puding bersama ais dalam bekas.  
   
Nota :

Biasanya satu adunan dapat dalam 20 bekas seperti di bawah, terpulang pada kuantiti yang dituang dalam setiap bekas.




Gambar di bawah puding Caramel Cinta Hati yang telah sejuk dan sangat cantik tekstur nya siap sedia untuk di telan. Ehem terasa kenikmatannya..alhamdulillah..saya suka caramel yang sedikit pahit sangat eksklusif!!!


Friday, 15 August 2014

Caramel Jagung Yang Sangat Sedap

Alhamdulillah ahad lepas 10hb Ogos 2014 saya ada menyediakan Caramel Jagung yang sangat saya suka.
Pada saya bila dapat telan keenakan dan kelemakan caramel jagung ni..Ya Allah satu kenikmatan yang Allah S.W.T beri pada hambanya. Teringat saya pada rakan saya ketika berkhidmat di SUK Selangor pada tahun 2007/2008 dulu, beliau memberikan resepi puding ni ketika saya menghadiri rumah terbuka beliau. Beliau blend semua bahan-bahannya, tetapi saya tidak. Saya lebih suka kacau mesra sahaja bagi menjaga tekstur dan rasa caramel itu sendiri. Hmm unikkan setiap masakan yang diberi oleh Allah akal fikiran manusia. Terima kasih padaMu Ya Allah kerana beri saya kesempatan waktu untuk menyediakan caramel ini walaupun terbehenti beberapa kali dek melayan si bongsu kecil. Biasanya saya akan sediakan dalam bekas kecil terutama jika ada tempahan, tetapi dek kerana masa yang amat terbatas saya tuang dalam acuan sekali gus. Alhamdulillah yang penting rasa tetapi dari segi kekemasan kurang bagi saya. Jomm! kita layan dulu resepi caramel jagung yang best nih...

RESEPI PUDING CARAMEL JAGUNG
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan utk puding :

1 tin susu cair
1/3 susu pekat
1 tin air
5/6 biji telor
3-5 sudu besar jagung dlm tin
sedikit esen vanila

Utk  caramel :
1 setengah cawan air 
1 cawan gula pasir

Cara-caranya :

1. Masukkan gula dlm kuali panas, biarkan hingga cair dan bewarna perang.
2. Masukkan air biarkan larut dgn sebati.
3. Sementara tunggu caramel sejuk, sediakan bancuhan puding dengan masukkan susu cair, susu pekat, jagung dan air.
4. Pecahkan telor dan pukul ringan sahaja. (buang mata telor atau tapiskan sebelum masukkan ke dlm bancuhan tadi)
5. Masukkan esen vanila.
6. Masukkan gula caramel dan bancuhan puding ke dalam acuan selepas di tapis.
7. Kukus sehingga masak dlm 1/2 jam.


Inilah hasilnya 

Masukkan dalam peti sejuk apabila telah sejuk dari pengukus. Anak saya sangat suka puding ni kerana ianya sangat2 sedap. Cuba ye..kita jumpa di entri akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...