Thursday, 2 October 2014

Kuih Lompang Pandan

Assalam semua,

Sabtu lepas saya teringatkan arwah bonda sempena ulangtahun kelahiran arwah...rindu dengan kuih lompang..kuih lompang ni ada ceritanya sendiri..

Arwah selalu dapat tempahan kuih lompang macam-macam kaler lompang, gula melaka dan warna warni guna gula biasa.. best tolong mak masa tu. Cuma takde perisa pandan masa tu, warna hijau adalah.

Kebetulan raya tahun ni ada jemputan rumah terbuka Kak Zarina ex-housemate & senior di UiTM dulu di Puchong, ada kuih kasui perisa pandan..sedap sangat saya makan. Hati berkata, saya nak cuba la buat kasui pandan lepas ni. Tapi minggu lepas saya dah menyediakan kuih kasui gula melaka yang mendapat sambutan tu hahaha. Nah kita cuba buat lompang pandan pulak lah...



Cantikkan warna hijaunyer... anak-anak ada yang tak suka dibubuh kelapa..
Saya pulak sangat suka diletakkan kelapa yang banyak..hmmm sedapnyer..adunan ni saya study melalui google..dan saya olah ikut kreativiti saya, hasilnya alhamdulillah sangat menepati tekak saya ni. Dapatkan resepi di bawah ni yer..

Resepi Kuih Lompang Pandan
YMS Creations

Bahan-bahannya :

1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan air pandan
1/2 sudu teh kapur makan 
Kelapa parut yang putih
Sedikit garam
Sedikit minyak

Cara-caranya :

Rebus gula bersama air pandan, biarkan sejuk
Bancuh tepung beras dan air 
Masukkan air rebusan tadi dan bancuhan air kapur yang ditapis
Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak
Kacau bancuhan adunan tadi sebelum tuang ke dalam acuan dan cepat- cepat kukus selama 15-20 minit.
Pastikan wap air kukus tidak bertakung dalam kuih 
Setelah masak biarkan kuih sejuk sebelum dicungkil dengan hujung pisau tajam
Boleh diletakkan kelapa putih yang digaul dengan sedikit sahaja garam sesuaikan rasa ye..

Tadaaa...boleh dibuat minum petang dengan secawan kopi panas...wow memang meletops..
Boleh juga dibuat untuk juadah kenduri kendara dan majlis high tea. Cuba lah yer...inshaAllah menjadi!











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...