Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Friday, 10 June 2016

Cucur Udang Lembut..sedap!



Cucur udang ni hubby sangat suka...sajian yang sesuai untuk berbuka puasa, sedap dan ambil masa yang singkat untuk sediakan. Bila nak ke dapur  selepas pulang dari kerja memang kena cari menu yang mudah...kita pun penat sangat dan tak serik dapur.





Resepi Cucur Udang
YMSCREATIONS

3 cawan tepung gandum
1 sdb yis
1cawan air (secukupnya)
6 pokok daun kucai
Segenggam taugeh
1/2 biji bawang dihiris
1/2 cawan udang 
1/2 sdk serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Campurkan tepong, yis, kunyit dan garam dan masukkan air bancuh rata
Masukkan kucai, taugeh dan udang
Biarkan setengah jam biarkan sedikit naik dan goreng (saya tak suka lama sangat nanti menyerap minyak)
Goreng dalam minyak panas (besar cucur anggaran seperti gambar di bawah)


Sejukkan sekejap sebelum dipotong...


Dah siap dipotong....


Resepi Kuah Cucur
YMSCREATIONS

2 sdb cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
2 sdb cili sos
2 sdb gula (ikut suka tahap kemanisan)
Sedikit garam
Air masak (jgn cair sangat)
Sedikit kacang tanah kisar

Tumbuk bawang putih dan merah
Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan-bahan lain dalam periuk
Renehkan hingga jadi pekat
Perasakan garam dan gula
Taburkan kacang bila sudah sejuk


#sangat sesuai untuk kuah popia dan tauhu sumbat sedap!

Alhamdulillah...

~yms~

Saturday, 12 December 2015

Cucur Udang Kuah Kacang

Salam Rabiul Awal..bulan kelahiran Nabi SAW..moga dibulan yg mulia ini kita beroleh keberkatan dalam apa jua yg kita laksanakan..aamin..

Alhamdulillah masih diberi ruang olehNya untuk saya menulis di blog yg lama sepi ni..

Bukan terlupa tetapi masa penuh terisi..subhanaaAllah betapa setiap minit itu beharga sekiranya diisi dgn perkara yg disukai olehNya..

Saya sempat sediakan Cucur Udang dengan Kuah Kacang pagi ni..sambil memasak Asam Pedas Ikan Bagok. 

Mudah sahaja sediakan Cucur ni...
Bancuh macam nak buat cekodok cuma saya tambahkan 1 sudu teh yis & 1/2 sudu teh bikarbonat.

Sos atau kuah kacang tu saya kisar sebiji cili besar merah dan seulas bawang putih. Masukkan air asam jawa, gula, garam & sos cili. Masak atas api hingga mendidih dan masukkan segenggam kacang tanah yg dikisar. 


Alhamdulillah mudah jer tiada yg susah pun jika kita suka memasak yg penting anak terjaga kesihatan dan kebersihan.

~yms~


Saturday, 17 October 2015

Udang Segar Goreng Kunyit

Rezeki dapat udang segar dari Pasar LKIM Kuala Selangor pada cuti Awal Muharram yang lepas. Alhamdulilah Kak Zie (tauke ikan) simpankan udang basah dua kilo, sotong sekilo serta ikan jenahak merah dan ikan nyok nyok.

Bila kita berkawan tak kira siapa dia, datang kejujuran dan ikhlas alhamdulillah
hidup kita ceria. Seronok bila kita kenal sahabat yang benar-benar jujur berkawan  dengan kita.

Udang segar ni saya masak goreng kunyit hasil perhatian saya ketika kakak saya memasak Ayam Kampung Goreng Kunyit tempohari. Cuma saya olah ikut kreativiti saya, yang seronok anak- anak minta dimasak lagi keesokannya. Wahh resepi ni akan menjadi resepi favorite kami.


Resepi Udang Segar Goreng Kunyit
ymscreations 

1 mangkuk udang basah segar
1/2 biji bawang merah besar dipotong baji
2 ulas bawang putih dihiris halus
1/2 inci halia dihiris nipis
1/2 sdk serbuk kunyit 
1/2 sdk garam atau secukup rasa
1/2 mangkuk brokoli dipotong sedang
Minyak utk menumis 

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris
Apabila sudah layu masukkan  serbuk kunyit
Masukkan udang dan brokoli serta garam
Bila brokoli dan udang agak sudah masak tutup api 
Jangan biarkan lama sangat atas api utk menjaga kesegaran udang dan brokoli 

Mudahkan resepi ni sangat mudah dan sedap dimakan dengan lauk paul lain


Alhamdulilah 

::yms::

Saturday, 18 April 2015

Lemak Udang Nenas


Masak lemak nenas adalah menu kegemaran keluarga kami juga... Buktinya lauk dlm pinggan di bawah ni habis licin sekali hadap je hehe..




Bila anak-anak tak de selera makan haaa ini menu yg cepat dimasak enak dimakan.

RESEPI LEMAK UDANG NENAS
yms creations

Sebiji nenas yang agak masak
1 mangkuk udang saiz sedang
7 biji cili api
Seulas bawang putih
Seulas bawang merah kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa

Kupas nenas dan hiris sedang-sedang nipis
Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga lumat
Masukkan sesenduk santan pekat dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk
Tumiskan hingga sedikit garing dan tambah santan cair 
Masak dgn api perlahan dan kacau jgn biarkan
Masukkan nenas dan udang, bila hampir masak masukkan santan pekat dan daun kunyit
Perasakan garam dan tutup api
Hidang dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman

*Saya suka gunakan nenas yang agak masak kerana manisnya akan bercampur manis udang memang sedap sekali




Alhamdulillah...

~yms~

Wednesday, 11 March 2015

Nasi Lemak Sambal Udang

Lagi lagi..dan lagi..Nasi Lemak !! Bila ditanya Hubby nak breakfat apa esok pagi? jawapannya Nasi Lemak! Kali ni Sambal Udang Fresh !! memang enak sangat aduhai lah..memang meletop..

Saya dapat udang fresh ni di Pasar Nelayan saya pernah cerita perihal ikan segar di SINI, Kak Zie akan hubungi saya ikan dan udang yang saya booking sudah ada. Petang saya akan datang ambil, senangkan..yang pasti fresh!

Sebelum ni saya ada kongsi resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Petai seperti di SINI..haaa kali ni saya sediakan Sambal Udang Petai. Resepi sambal sama sahaja bezanya cuma udang, saya goreng dulu udang tu biar layu dan diangkat. Masak macm biasa selepas letak asam jawa, garam dan gula, baru masukkan udang. Masak sambal ni kena sabar hingga naik minyak dan betul-betul garing untuk dapatkan kualiti yang baik, sedap dan menyihatkan.





Kali ni saya nasi lemak dimakan dengan ikan bilis goreng, telor goreng dan timun yang segar. 

Satu lagi..daun pisang..haaa ni daun pisang depan rumah tau...berbudi pada tanah kita yang dapat hasilkan. Janganla tanam pokok yang buat semak mata memandang tapi kita tak dapat manfaaat pun dari pokok tu. Daun pisang ni hubby selalu cantas daunnya saya ni geram tengok daun pisang ni ada je nak dibuatnya. Tapi sekarang ni tak sempat hubby cantas ada manusia lain yang cantas..hmmmm pelik dengan perangai manusia ni tiada adab berjiran, budi bahasa hilang..nak ambil mintala izin tuan punya pokok. Kita ni kalau orang berbudi bahasa kan seronok, jangan di cantas batang pokok tu sudahla. Sebab pernah berlaku dulu pokok kari dan pandan saya memang sihat dan subur tetapi ada manusia yang tak berhati perut ni boleh matikan pokok tu saja-saja. Saya nak juga rasa bersedekah dengan orang tapi bila orang buat tak baik macam tu adoiii susah nak cakap. Sekarang tanam pokok kari dan pokok pandan dalam kawasan pagar rumah. Ada juga yang diluar, hanya mampu berdoa agar manusia yang suka mengambil hak jiran tu dilembutkan hatinya agar tidak merosakkan pokok tu. Ambillah...saya sedekah tetapi jangan sekali-kali ambil tanpa sebab apatah lagi nak rosakkan pokok tu. Aduhaila manusia...membebel dah saya ni..

Ok! Kali ni saya bungkus nasi lemak dengan daun pisang, ermmm terasa wangi nasi tu..jangan lupa basuh dan lapkan daun pisang tu yer. Kebersihan perlu jaga..maklumlah depan rumah saya ni macam jalan utama kereta lalu lalang habuk dan macam-macam yang menyinggah kat pokok pisang ni.

Nak cerita memang licin nasi lemak kami hari tu..wah seronoknya..tunggu la mesti selang seminggu menu ni akan muncul kembali hehehe..





Alhamdulillah...

~yms~

Tuesday, 27 January 2015

Asam Rebus Batang Keladi Bersama Udang


Saya suka sayur batang keladi, saya suka masak asam rebus, ana-anak saya pun suka hehehe macam tengah belajar buat ayat pualk gayanyer..hehehe.

Nak cerita kami sekeluarga memang menyukai menu ini, mudah dimasak dan sangat selera dimakan.

Nak siang dan bersihkan batang keladi ni kena la rajun sikit ye dak..kalau tidak macamana nak dimasak batang keladi ni..

Masak yang mudah-muadah ajer janji dapat dinikmati dengan penuh kebahagiaan hahaha.






RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI BERSAMA UDANG
YMS Creations

Bahan-bahan :

Seikat batang keladi (biasanya terdapat 2 pokok) siangkan dan rebus
5 biji cili api
Sebatang cili besar merah
Seulas bawang merah kecil
Seulas bawang putih 
1/2 ini belacan
Ikan bilis (agak-agakla buat perencah)
6-7 ekor udang segar
2 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
sekeping asam keping 
2-3 cawan air / secukupnya

Cara memasak :

Keladi direbus terlebih dahulu kemudian dibasuh lagi dan ditos
Tumbukkan bawang, cili dan belacan
Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi 
Bila mendidih masukkan udang, daun kesum dan keladi yang telah direbus dan ditos
Masukkan asam keping dan garam
Bila dah mendidih dan rasanya sebati boleh diangkat 
Hidangkan dengan lauk pauk lain, ulam dan sambal belacan

Tengok kat bawah ni..haaaa tu dia sambal belacan dalam lesung batu..baru makan selera..sedap!!!

Terliur tak hahaha..ulam-ulaman jangan tinggal kalau nak kekal awet muda huhu (pucuk betik tuuuu & kecipir/kacang botol). 

Mudahkan..tak susah memasak..boleh menjimatkan dan kebersihan diutamakan...memang selera kami makan time nih! 

Alhamduliilah janji kita sihat untuk memasak..oleh itu jaga kesihatan dengan memakan makanan yang berkhasiat..

Sekian, pesanan untuk penaja!



                                      


~yms~

Monday, 26 January 2015

Udang Galah Goreng Berempah

Assalam,

Udang galah lagiii...kali ni saya goreng je..selebihnya saya buat rendang untuk kali kedua dan buat sambal. Nantikan entrinya yer..

Goreng udang ni menu yang simple dan cepat namun tetap meletop bila di goreng hahaha. 




RESEPI UDANG GALAH GORENG BEREMPAH
YMS Creations

Bahan-bahan :

Udang galah (10 ekor)
Ketumbar biji - 1 camca besar (rendam)
Jintan halus - 1 sudu teh (rendam)
Jintan kasar - 1/2 sudu teh (rendam)
Rempah kari  - 1 camca besar
Sebuk kunyit  - 1 sudu teh
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
2 sudu tepung beras
1 biji telor
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Tumbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar hingga lumat
Masukkan bawang putih dan merah tumbuk lagi hingga lumat dan sebati
Masukkan tepung beras, kunyit, serbuk kari dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati
Masukkan bahan tumbuk tadi dan telor yang dipukul ringan ke dalam bekas
Gaulkan hingga likat bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
Panaskan minyak dan celupkan udang, kemudian goreng hingga masak dan garing.
Hidangkan panas-panas ye ketika udang rangup cicah dengan sos yang disukai atau makan beserta lauk lain.

Yummmy!!!!

`yms~

Wednesday, 19 November 2014

Rendang Udang Galah

Assalamualaikum..

Balik dari melawat kawasan berkaitan projek di Sg Burong, Tanjong Karang dan kebetulan during lunch hour saya singgah di Pasar Nelayan, LKIM Pasar Nelayan. Langit dah mulai gelap, cuaca mendung kedai Hasni tak buka lagi.hmm cuba pergi kedai hujung ni la..wahh alhamdulillah ada udang galah besar cuba tengok gambar bawah ni. Terujanya saya..lama tak makan sejak Athirah dari Rompin datang bawa ke Ampang tahun lepas. Saya tidak lepaskan peluang, bak mai 1/2 kilo hubby sangat suka ni..anak-anak tak berapa suka sebab susah sikit nak makan. Selain udang ni saya nampak ikan belanak kecik yang masih hidup..wah best ikan ni sangat manis di masak asam rebus (nanti saya share ye). Petang sikit saya message hubby nak masak apa udang galah ni ye..saya tanya tp saya yang bagi idea huhu Rendang!! huh..sudahnya memang hubby setuju sangat la..udang galah memang favorite dia & of course the rendang..



Apa yang buat saya terkejut..anak-anak biasanya tak mahu makan udang galah ni susah nak makan katanya..tapi kali ni Abang Haikal & Kakak Ayra punya lah suka. Saya pulak masak tiga ekor sahaja itupun dah penuh satu pinggan. Takpelah makanlah anak-anak, macam biasa mama mengalah..inshaaAllah nanti masak lagi.





   
Fresh kan udang galah ni...
  



Resepi Rendang Udang Galah
    YMS Creations
  
    Bahan-bahan :

    Udang galah - 3 Ekor Besar
    1 sudu besar ketumbar biji*
    1 sudu teh jintan halus*
    1/2 inci halia *
    1 inci kunyit hidup*
    1/2 inci lengkuas*
    1 biji bawang besar*
    2 ulas bawang putih*
    1 batang serai - diketuk
    2 sudu besar cili kisar
    1 sudu besar kerisik
    1 cawan santan pekat
    Sedikit air masak
    1 sudu besar 
    Minyak untuk menumis
    1 helai daun limau purut
    1 helai daun kunyit - di hiris halus
    
    Cara-caranya :
     
     Panaskan kuali dan minyak masak  
     Kisar semua bahan-bahan yang bertanda* dan  tumiskan hingga garing
     Masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing masukkan sedikit air dan santan.
     Masukkan serai biarkan mendidih, kecilkan api.
     Masukkan daun limau purut, masakkan dengan api yang perlahan.
     Masukkan udang galah dan kerisik, gaul biarkan sebati.
     Masukkan daun kunyit yang dihiris halus
    Jangan biarkan lama sangat ye nanti udang keras dan tak sedap, agak-agak dah masak boleh angkat     dan di hidangkan dengan nasi panas.




masak rendang kena sabar..hehe

    



dah siap..boleh hidangkan..



Saya hidang lauk ni dah tak perlu lauk lain,,hubby tak sentuh pun yang lain tu. saya ada sediakan sayur cendawan tumis dengan hati..yang ini disentuhla..

Alhamdulillah seronok sangat tengok hubby dan anak-anak makan, kecuali Amir dia memang tak suka udang. Ammar makan ikan belanak goreng dengan rempah rendang tu aje..sudahnya memang licin rendang udang galah ni..tak ada saki baki rencah pun yang tertinggal hehe..first time masak rendang udang..boleh masak lagi lepas ni..






Cubalah..memang tak rugi..

~YMS~


Monday, 8 September 2014

Butter Prawn Membuat Hatiku Girang

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini. Maklumlah tuan punya blog pun bukan hari-hari dapat menjengah apalagi menulis untuk perkongsian bersama. Saya curi masa rehat saya sekejap sebelum urusan lawatan tapak petang ini. InshaaAllah mohon padaNya agar diberi ruang dan peluang untuk menghilangkan rasa hati yang sunyi dan kadang-kadang rasa sedih melalui penulisan. Bila mula menaip saya cuba lari dari tumpuan kerja dunia, juga cuba lari dari dugaan dunia..jika difikirkan terus menerus tidak akan habis..itulah dunia. Apa yang penting Allah S.W.T yang perlu kita ingat No 1. Apa yang perlu kita kejar di dunia??? PANGKAT , HARTA, semua sementara namun pencarian redha ALLAH itulah kunci utama dalam kehidupan. Saya juga manusia biasa tidak punya apa-apa, saya hanya mahukan Allah S.W.T berikan saya kebahagiaan sementara saya masih bernafas di dunia ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk mencari redha Allah S.W.T. .sekadar perkongsian, maafkan saya jika saya tersilap. 

Ok...jom kita bercerita berkenaan Butter Prawn atau Udang Mentega yang membuatkan hati saya girang tak terkata. Saya sediakan juadah ini untuk bersahur ketika bulan ramadhan tahun ini. Allahamdulillah selesai tanggungjawab bersujud padaNya saya terus ke dapur..teringin sangat nak makan udang mentega nih..beberapa tahun dulu saya ada cuba namun hasilnya sangat mendukacitakan saya sampai putus asa dibuatnya. Tetapi kali ni rasa sangat-sangat teringin nak buat sekali lagi hinggalah saya jumpa resepi ini di..tak lain tak bukan Azie Kitchen. kak Azie terima kasih sangat sudi kongsikan langkah demi langkah dalam penyediaan resepi ni...


Bila saya hidangkan di atas meja anak-anak saya terdiam seketika dan bertanya 'mama masak ke mama beli ni...' aduhai 'mama masak la sayang....' seronok anak-anak lagi seronok la saya. Nikmatnya dapat menikmati hidangan yang kita idam-idamkan. Terima kasih Allah..

Jom lihat resepinya.

RESEPI BUTTER PRAWN 
Oleh: YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu cair)
Sedikit butter/marjerin  untuk menumis (saya guna butter)
Sedikit serbuk lada hitam/putih 
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak
Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk bulat tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. (saya putar ikut arah tawaf / lawan jam)
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus jer.
Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak (sekejap shj) 
Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. 
Bila sudah agak kering sikit boleh diangkat dan tabur telor yang yang dibuat floss tadi


Aduhaiii sedapnya...terliur dibuatnya tengahari macam ni..hehehe
Ini resepi yang sangat menjadi dan membuatkan saya happy tak terkata. Ratah sahaja pun sedap ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...