Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Tuesday, 20 November 2018

Pucuk Ubi Tumis Bersama Nenas

As salam dan Salam Sejahtera, bertemu kembali di alam maya...

Lama sangat saya tinggalkan blog ni...byk resepi nak dikongsi bersama sebenarnya tetapi saya tak dapat luangkan masa utk menulis di blog ini..inshaaAllah saya cuba urus masa sebaik mungkin yer..
Kali ni nak kongsi resepi dari bahan yang cukup baik untuk kesihatan iaitu buah nenas yang dimasaak bersama pucuk ubi..

Menu ni mengingatkan saya dengan Arwah Mak tersayang...saya pernah bawa bekal lauk ni bersama ikan masak kicap..sedap sangat tau..sesiapa yang belum rasa boleh rujuk resepi di bawah yer..cuba jangan tak cuba..




Resepi Pucuk Ubi Tumis Nenas

Secekak pucuk ubi 
1/2 biji nenas masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
9 biji cili api 
1 biji cili besar merah
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
garam & gula secukup rasa

Pucuk ubi diambil pucuk (saya suka batang yg lembut) diletakkan sesudu kecil garam dan air, ramas hingga keluar air hijau ulang 2-3 kali dan bilas.
Nenas dikupas dan dibuang mata serta dihiris kecil.
Cili besar, cili api, bawang kecil & bawang putih dihiris.
Panaskan minyak, tumis bahan hiris, ikan bilis dan belacan hingga layu dan wangi.
Masukkan pucuk ubi dan sedikit air, tutup utk bagi pucuk ubi lembut.
Masukkan nenas, garam dan gula, tumis pagi hingga sebati.
Boleh hidang dengan lauk pauk lain, makan dengan ikan goreng saja pun sedap..

Alhamdulillah
~yms~

Wednesday, 18 October 2017

Sup Bayam Kentang Karot & Telor

Sayur ni saya lawankan dengan Ikan Sebelah Goreng Berlado...kau ado hehehe..saja gurau dengan pelayar setia blog ymscreations ni..

Mudah aje nak buat sup bayam campur kentang, karot dan telur ni..


Sup Bayam Karot Kentang Telor
ymscreations

2 ikat bayam cina
1/2 biji kentang potong kecil
1/2 biji karot potong bulat
1 biji telor
1/2 biji cili merah potong serong
3 ulas bawang putih tumbuk kasar
1 ulas bawang merah kecil hiris nipis
serbuk maggi cukup rasa 
minyak untuk tumis
air masak secukupnya

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah
Masukkan kentang biarkan hingga separa empuk dan masukkan air dan karot biar mendidih
Masukkan bayam dan pecahkan telor
Perlahankan api biar sekejap dan masukkan serbuk maggi secukup rasa
Siap dan hidangkan

Mudahkan...silakan cuba makan dgn ikan goreng pun sedap!!

Alhamdulillah

~yms~


Thursday, 25 May 2017

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Campur ymscreations

Ikan Siakap ni hubby beli di Pasar Nelayan Kuala Selangor..besar juga..saya masakkan menu ini utk juadah petang balik dari kampung hubby..


Mudah jer masak menu ni..macam masam manis juga cuma saya letak hirisan serai dan hirisan daun limau purut..mudah saja..pssstt kalau nak resepi komen di bawah ni..tapi saya rasa dah ada saya kongsikan dlm blog ni..


Saya gandingkan dgn sayur campur versi ymscreations hehe boleh nampakkan bendi, sawi, karot yang ditumis dgn sos tiram dan sotong yg segar hahh licin tau..

Jom ler masak yang mudah-mudah jika nak jimat masa yang pasti sedap..nak sedap ikhlaskan hati..terutama di bulan ramadhan..Salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..

~yms~

Thursday, 11 May 2017

Tumis Air Lobak Putih dan Khasiatnya

Lobak putih punya khasiat utk tambah air susu ibu..dalam pantang elok sangat kalau jadikan menu berpantang..

Saya amalkan sayur ni dan sawi utk banyakkan susu ibu. Jika dah abis pantang pon elok diamalkan makan lobak putih ni..

Saya biasanya masak tumis air je yang mudah kerana masih lagi berpantang makan santan hehehe..



Lobak Putih Tumis Air
ymscreations

Lobak putih dibersihkan dipotong nipis
1 biji cili merah dihiris
1/2 biji bawang merah besar dihiris
2 ulas putih dihiris
Sedikit udang atau ikan bilis direndam
Sedikit belacan
Sedikit mintak untuk menumis
Sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan masukkan lobak putih 
Biarkan empuk masukkan udang tumis lagi masukkan air dan perasakan garam
Belacan/ udang utk orang berpantang janganla masukkan hehe

Siap dan hidang

Alhamdulillah

~yms~

Kerabu Pegaga...Sedap!

Aduhh sedap sungguh kerabu pegaga ni...buatnya pun mudah aje tak perlu susah-susah...


Khasiat pegaga ni pun bagus yer...
boleh mengawal tekanan darah tinggi dan juga menambah susu badan.. 

Rasanya pun sedap! Jom buat kerabu..

Kerabu Pegaga
ymscreations

Seikat pegaga dibasuh dan dipotong
3 sdb kelapa parut yang putih sahaja
1 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah kecil*
1/3 inci belacan*
1 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Bahan yang bertanda * ditumbuk jgn terlalu halus
Sangan bahan tumbuk tadi dan masukkan kelapa
Biarkan sebati hingga kelapa dan bahan tumbuk tdk basah tp jgn sampai kering sangat gunakan api kecil shj
Masukkan garam, air limau kasturi dan sedikit saja gula
Akhir sekali masukkan pegaga gaul sebati

Waduhhh makan dgn ikan goreng je pun da sedap! 

Alhamdulillah
~yms~

Friday, 21 April 2017

SAWI..teman setia dlm berpantang..

Sawi...sayuran yang banyak khasiat bagus dimakan ketika berpantang dan hari-hari biasa untuk melawas dan mengelakkan dari terkena sembelit.

Kita boleh tanya google tentang khasiat sayur Sawi ni..memang tidak dinafikan banyak khasiatnya terutama antioksidan yang boleh mengelak kanser dan puluhan kebaikan lain yang terdapat dalam sawi.

        Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Ketika berpantang inilah sayuran saya hari-hari dan boleh menangis jika tiada sawi untuk hidangan..

Sawi ni saya biasa masak bening atau rebus air sahaja utk minggu pertama, minggu kedua ke atas saya tumis sawi.
Bila sudah sebulan saya tumis dengan telor. Sawi pulak ada beberapa jenis yang biasa suami saya beli adalah Sawi Cameron, Sawi Hijau Pendek dan Sawi Pak Choy. Ketiga-tiga sawi ni tak rasa pahit, malah sangat sedap dan menjadi pilihan saya walaupun bukan waktu berpantang.

                  Sawi Tumis Telor

                Sawi Cameron 

Makanlah makanan sawi yang banyak khasiat ini..namun untuk membasuh sawi saya rendam dengan sedikit garam supaya racun yang digunakan hilang.

Alhamdulillah

~yms~

Wednesday, 25 January 2017

Nasi Goreng Pucuk Paku Sedap!

Ishhh teringin sangat nak makan nasi goreng pucuk paku ! Bila dapat masuk dalam mulut aduhh nikmat tak terkata..haa jangan main-main bila mak buyong ngidam anak ke-6 hahaha..


Abaikan gambar yang tak menarik ni yer..yang penting kesedapan nasi goreng ni..

Resepi Nasi Goreng Pucuk Paku

2 pot nasi yang telah dimasak
5 biji cili api (terpulang ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang merah dihiris
(1 ulas ditumbuk)
1/2 genggam ikan bilis ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci belacan ditumbuk
1/2 ikat pucuk paku (saya beli pucuk paku yg seikat banyak)
1 biji telor
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan pucuk paku dan kacau sebati
Masukkan telor dan kacau serta garam
Masukkan nasi ke dalam kuali dan kacau sebatikan dengan garam
Biarkan hingga sebati dan boleh la diangkat 

Mudahkan..mana ada susah hehe janji kena rajin la..

Alhamdulillah 

~yms~




Tuesday, 24 January 2017

Tumis Peria

Peria menang sayuran yang berkhasiat..walaupun pahit tetapi ianya ubat untuk pelbagai penyakit..

Saya sangat suka jika peria ni ditumis dengan belacan dan pedas sedikit..cuma sekarang saya kena pantang makan pedas..tetapi tetap sedap!


Resepi Tumis Peria

2 biji peria ketak (dihiris dan direndam dgn air garam bila basuh ramas sedikit)
1 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
3 ulas cili api dihiris
1/2 cili merah dihiris
1/2 inci belacan
1/3 genggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak untuk menumis
Masukkan bawang merah & putih, cili api & cili besar yg dihiris, ikan bilis dan belacan
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing
Masukkan peria dan garam secukupnya
Tutup hingga peria empuk
Letak sedikit air masak agar tidak kering sangat

Alahai sedap sangat bila makan denganl kauk kari ikan atau asam pedas lagi2 nasi panas. Teringat dulu-dulu arwah mak letak cili api shj ada dalam segenggam..
Bila makan memang terangkat segala tp memang sedap hilang rasa pahit peria tu..



Sedapnya wehhhh

Alhamdulillah

~yms~

Petola Masak Lemak Putih

Bila masak petola masak lemak memang licin..hubby & anak-anak memang suka lauk ni..lagi lah berselera jika dimakan dengan sambal ikan ermmm enak banget!..


Resepi Petola Masak Lemak Putih

Sebiji petola saiz sederhana dikupas dan potong ( saya tak suka buang semua kulit cuma buang yg tajam shj )
Seulas bawang merah kecil dihiris
Seulas bawang putih dihiris
1/3 gengam ikan bilis
1/2 biji cili merah dihiris
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Suhun direndam (agak-agak)
Garam secukupnya

Masukkan santan cair dan semua bahan hiris serta ikan bilis ke dalam periuk
Buka api biarkan hingga mendidih dan jangan biarkan meluap dengan kerap mengacau
Masukkan sayur petola yg telah dipotong  dan dibasuh serta masukkan santan pekat
Biarkan sayur hingga empuk dan masukkan suhun dan garam, kacau seketika dan padamkan api

Siap untuk dihidang..

Alhamdulillah

~yms~



Tuesday, 21 June 2016

Saya dah tau buat rojak!


Rojak! Makanan kegemaran suami dan anak-anak...mulanya dulu saya rasa macam susah sangat nak buat kuah rojak ni...nak dapat resepi yang sedap bukan mudah ada saja yang tetinggal itu ini...ermmm inshaaAllah saya cuba gali dan gali hingga dapat yang kena dengan tekak.



Alhamdulillah anak-anak semua suka habis licin rojak ni..gembira rasa hati walaupun pada mulanya ada sedikit kekurangan tapi selepas berbuka saya alter kasi secukup rasa!.

Resepi Kuah Rojak Sempoi
YMSCREATIONS

1 mangkuk kacang tanah digoreng dan dikisar
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah kecil
1 sdb ikan bilis halus
1 inci belacan
6-7 tangkai cili kering direbus dan tos
4 keping biskut lemak dikisar halus
Air masak
1/3 cawan air asam jawa
1 senduk gula
Garam

Cili kering, bawang putih, bawang merah, belacan, ikan bilis digoreng hingga layu
Kisar halus bahan-bahan yang telah digoreng
Panaskan periuk yang berisi air dan masukkan bahan kisar tadi, biarkan hingga mendidih
Masukkan kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula
Masak hingga kuah menjadi pekat 
Masukkan biskut yg sudah dikisar

nota: kuah rojak ni sedikit manis baru sedap dimakan bersama bahan-bahan lain


Sayur-sayuran seperti sengkuang, timun dan salad. Tauhu digoreng dan saya sediakan cekodok mudah kerana nak jimat masa. Telor direbus...bahan-bahan ikut suka kita sayur mana yang menjadi pilihan hati....yg penting kuah rojak sedap!


Cekodok ni saya sediakan sebab anak-anak request . Tepung gandum, yis, ikan bilis halus ditumbuk, garam dan sedikit gula. Biarkan sekejap dan boleh goreng dan dipotong.

Walaupun sempoi tetap sedap ditekak anak-anak dan hubby!..hubby bg markah  100%...at last!

~yms~

Monday, 20 June 2016

Lemak Cili Api Daun Mamam! Kau Memang Sedap!

Syukur..syukur..alhamdulillah...sekian lama rindukan daun maman dimasak Lemak Cili Api bersama ayam. Bila pagi sabtu baru-baru ni kakak saya text nak daun maman kan...rasa macam nak menangis sebab memang teringin sangat nak makan menu ni. Lagi-lagi dibulan puasa ini memori bersama arwah mak segar dalam ingatan...


Iftar hari ke 14 saya dapat menyiang, memasak dan memakan dikau wahai daun maman hehehe..

Siapa yang tak atau belum mengenali daun maman ni gambar di bawah..susah nak dapat daun ni tau..ini diimport khas dari Kuala Lipis Pahang..

Nak siang kena hati-hati jangan kena kuku yer nti pahit..



Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam & Daun Maman 
YMSCREATIONS

1/2 ekor ayam dipotong kecil
Seikat daun maman
13 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 keping asam keping
1  1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Tumbuk lumat cili, kunyit dan garam
Panaskan kuali dan jerang ayam bersama bahan tumbuk tadi
Masukkan serai dan sedikit santan 
Biarkan air ayam kering baru masukkan 1/2 santan pekat dan air biarkan mendidih
Masukkan daun maman dan asam keping
Bila daun maman sudah layu dan kuah agak sedikit kering boleh diangkat


Nota : jangan kerap sangat mengacau nanti akan membuatkan daun maman menjadi pahit.


Nampak tak daun maman tu disaluti dengan santan ermmm itu yang buat sedap! Saya masak sekali gus utk juadah berbuka dan bersahur..juadah ni bila kita panaskan dan keringkan lagi bertambah sedap tau!..habis semuanya..dua kali utk berbuka dan sekali untuk bersahur..membuka selera. Saya kalau makan lauk ni tak ada lauk lain pun nasi bertambah hehehe..nikmatnya daun maman..

Alhamdulillah..


~yms~\


Wednesday, 2 March 2016

Sedapnyer Umbut Kelapa !!

Alhamdulillah..dari minggu lepas sangat teringin nak makan UMBUT..terliur sangat. Cakap hubby nak cari di Pasar Paya Jaras ahad ni, tetapi nak dijadikan cerita semalam hubby balik dari ziarah kematian ayah saudara yang meninggal dunia. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para syuhada. Ptg tu hubby singgah di Pasar Tg Karang nak beli ikan ternampak Umbut Kelapa..apa lagi sekilo hubby beli. Syukur Ya Allah, betapa Besarnya kuasa Mu hinggakan apa yang ada dalam hati hambaMu dapat didengari. Terima kasih hubby ingat dan tidak menghampakan keinginan isteri yang kadang-kadang punya selera pelik-pelik hehehe.


Malam tu juga saya masak UMBUT Masak Lemak Putih. Aduhai sedapnya..sepinggan tu saya dan hubby jer habiskan. Anak-anak masih baru lagi dengan makanan ni nak makan pun banyak soalannya. Saya pun pernah makan sekali sahaja masa kenduri kawin sepupu hubby dua atau tiga tahun yang lepas. Selepas tu saya teringat-ingat sampai sekarang. Ermm tengok di TV pulak Didie Alias masak Umbut ni dengan daging salai dimasak Lemak Cili Api aduhai memang mencabar betul. Ada ke yang tak kenal Umbut?? Haa ni dia..masa potong tu sempat saya makan mentah aduh lemaknya sedap sangat..tak sabar nak masak. 

 


Jomlah masak umbut...

RESEPI UMBUT MASAK LEMAK PUTIH

1/2 kilo Umbut dihiris nipis
2 cawan santan pekat
1 cawan air masak
1 biji cili dihiris
1/2 biji bawang merah besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Segenggam udang kecil
garam secukup rasa

Masukkan kesemua sekali dan didihkan di atas api sederhana.
Kacau sentiasa sehingga umbut empuk.
Perasakan dengan garam.
Hidangkan dgn sambal belacan oolalaa..



Alhamdulillah... Hidang juga dgn ikan goreng atau lauk lain memang terangkat lah..

::yms::

Monday, 8 February 2016

Celur Kangkung Hasil Tuaian Pertama

Cerita berkebun pagi tadi..saya petik atau tuai kangkung yg ditanam dalam pasu jer tapi dah menjalar ke serata pokok hehe..merayap ko yer kangkung..


Lupa plk nak snap kangkung tadi alahai..nak tumis tak la banyak mana..celur lah dan cicah sambal belacan.


Kebetulan hari ni masak Kari Ikan Jenahak, saya buat Sambal Belacan Limau Kasturi geram jerk tengok kulit limau yg cantik dan besar ni saya hiris dan masukkan dalam sambal belacan. Wow bikin tak boleh diet ni bila nasi bertambah aduhai..apa nak buat sedap punya pasal. 


Resepi kari ikan ni boleh carilah dalam blog saya ni yer. Sama sahaja cuma saya tumiskan halba campur biar wangi kari ikan ni. Alhamdulillah...

~yms~

Friday, 25 September 2015

Tumis Taugeh Kasar

Susah nak dapat taugeh kasar yang sedap nihh..tengok je dah dapat rasa keenakannya bila dikunyah krup krap krup krap. 



Menu yang sangat mudah, saya tumis dengan udang bersama hirisan bawang merah, cili merah dan bawang putih. Saya letakkan sos tiram sikit dan garam, masukkan udang. Bila dah layu semua bahan tumis tadi baru masukkan taugeh kasar telah dibersihkan. 

Mudah je kan..hidangkan dengan lauk-lauk lain sedap tau..

Alhamdulillah 

~yms~


Monday, 15 June 2015

Ermm sedap rupanya kari labu

Assalam, 
Labu ni favorite kami sekeluarga..selalunya saya masak lemak labu ni.
Kali ni teringin pulak buat kari labu, arwah ayah mertua suka sangat   dengan kari labu ni. 
  
Saya olah sendiri je resepinya yang pasti bahan utamanya adalah labu, rempah kari dan santan. Pertama kali buat..alhamdulillah anak-anak suka.



RESEPI KARI LABU
ymscreations

1/2 biji buah labu yang sedang
segenggam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari daging
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai diketuk

Labu dikupas dan potong kecil
Tumbuk bawang merah dan putih masukkan ikan bilis tumbuk kasar
Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau 
Masukkan serai dan rempah kari daging, masukkan air biarkan pecah minyak
Masukkan labu dan santan serta air, biarkan menggelegak dan labu empuk
Perasakan garam dan kacau jangan pecah minyak
Biarkan hingga masak dan blh dihidang

Nota : dicampur udang basah pun sedap ni..



Alhamdulillah..anak-anak saya suka sangat..

~yms~

Wednesday, 20 May 2015

Lemak Cili Api Bawal Emas Ulam Pegaga

Sukanya saya dengan ulam pegaga, dimasak lemak cili api dengan ikan memang sangat menyengat.

Leceh sikit nak bersihkan daun pegaga ni lah sebab saya suka ambil akarnya dan biji yang ada di bahagian akar tue, sedap !. 

Masak Lemak Cili Api ni mudah saja semua orang tahu kan..




RESEPI LEMAK CILLI API BAWAL EMAS ULAM PEGAGA
ymscreations

Ikan bawal emas (2 potong)
7 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang merah kecil 
1 cawan santan pekat
1 cawan cair
1 mangkuk daun pegaga yang telah dicuci dan disimpulkan
1 keping asam keping 

Cili api, kunyit dan bawang ditumbuk lumat
Panaskan periuk, masukkan 2 sudu santan pekat tumis bahan tumbuk tadi, bila sudah agak layu masukkan separuh santan pekat dan air secawan
Masukkan daun pegaga dan ikan
Perasakan garam secukup rasa
Masukkan asam keping, biarkan mendidih perlahan dan jaga santan yer



Saya sangat suka ikan bawal emas ni..rasanya jauh lebih enak dengan bawal hitam. Di masak apa pun sedap...

Nak tau tak rasa kuah masak lemak ni sangat enak disebabkan gandingan ikan tue dan pegaga..wallaa..tak percaya cuba..

Pegaga ni sanagt bagus untuk kesihatan terutama perempuan, nanti saya kongsikan khasiatnya yer..

Nampak tak biji atau buah yang dekat sgt dengan akar pegaga nih..haaa itu yg berkhasiatnye jangan dibuang akar dan batangnya di situ lah banyak khasiatnya..



Yang penting family suka Ayra siap hirup kuah yang berbaki..next time mama beli lagi pegaga dan masak dengan ikan senangin atau tenggiri pulak yer..

Alhamdulillah..

~yms~

Monday, 18 May 2015

Pecal Jawa Marbeles...


Assalam,

Semalam saya sempat buat Pecal Jawa yang marbeles (ditekak saya).
Kacang yang dah bergoreng memang dah tersedia..mudah nak masak apa sekali pun. Bila sebut pecal memang orang fikir susahnya nak buat renyah..tapi makan sekejap jer ye dak?? Hmm kita ni nak makan sedap kena la susah sikit..nak semua senang aje ada ke dalam dunia ni??
Jawapan saya tiada, nak beli pun kena cari dan perlu keluarkan ongkos kan bukan free..nak dapat yg sedap, bersih dan kena dengan tekak hmmm susah nak cakap..wuallahuaalam..



Duduk di dapur ni pun perlu ada pengurusan masa kalau tidak berjam-jamlah duduk di dapur tapi hasilnya ntah ke mana. Sepatutnya sarapan jam 8.30 pg jadi ke 10.30 pagi . Lunch jam 1.00 tghari jatuh ke 3.00 ptg sebab apa??..macamana tue haiisshh rimas makcik...

Saya pulak bila di dapur tak suka ramai-ramai sangat especially yang byk sgt komen (like a backup singer) tak cukup itu kurang ini alahai kalau betul tak apa tau tapi mmg tak betul, mmg makcik tak suka...

Memasak ni perlukan fokus dan ketenangan sebab tu hasilnya akan menjadi yang terbaik. Contoh, jika ada gangguan, masak sambal yang mudah pun ntah apa jadinya..kacau bilau.

Macam tu la juga bila nak masak pecal yang agak renyah ni, perlukan fokus, tak boleh cincai sahaja....dari mula nak goreng kacang, celur sayur, siang cili kering dan macam-macam lagilah tapi jgn putus asa pulak. Itu yg saya cuba kaitkan tulisan saya di atas,  kita perlu urus masa di dapur semuanya akan jadi mudah dan pantas !! jom cuba resepi ini..abaikan bebelan saya di atas..kikkiki


RESEPI PECAL JAWA
ymscreations

Sayur-sayuran

Pucuk ubi dan kobis dicelur (atau beberapa jenis sayur yang disukai cth kangkung, kacang panjang, taugeh)  - dicelur dan potong
Timun (sengkuang pun boleh) - dihiris memanjang
Tempe dipotong nipis dan digoreng




Kuah Pecal

Semangkuk kacang tanah -  goreng (dikisar ssedehana halus)
10 tangkai cili kering* - siang, rebus
5 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 ketul isi cekur dan 3 helai daun cekur*  (sepokok cekur)
Minyak 3 sdb minyak masak
3 sdb gula
1  sdk garam
1/2 cawan asam jawa
1 cawan air panas


Goreng bahan yang bertanda * hingga layu
Kisar bahan yang telah digoreng tadi
Masukkan air asam jawa, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.




*Nota : kuah pecal ini lebihkan rasa manis jangan terlampau manis
            sangat, cukupkan rasa garam dan asam dengan sesuai.





Ada ke sesiapa yang tak kenal cekur? hmmm kena la kenal refer kat SINI kalau nak buat Pecal Jawa kena letak kalau tidak jadi rojak pulak nanti. Kalau tak suka cekur suka hatilah yer..tapi bukan pecal jawa namanya tue..





Ermmm hidangkan dengan ikan kembong goreng yang segar dibeli di Pasar Nelayan. Memang selera makan semalam, saya juga ada masak ikan bawal emas masak lemak cili api daun pegaga (next entry yer).


Alhamdulillah..

~yms~




Tuesday, 10 March 2015

Betik Muda Tumis Lemak..sedapnya!


Aduhai..sedapnya betik muda ni dimasak tumis lemak. Beginilah saya bila rindu dengan arwah bonda dan nenda serta masakan arwah berdua saya akan masak sendiri menu yang saya ingat dan kenang sampai bila-bila.

Kali ni menu ini, betik muda dah lama ambil dok dalam peti dah lama.

Kadang-kadang saya akan tanya adik arwah mak yang masih ada di Meru, kadang-kadang saya mengagak sahaja resepinya.

Yang ini saya mengagak dan mengolah sendiri seperti saya merasainya ditekak. Itulah penangan kesedapan masakan mereka sangat menarik hati.





RESEPI BETIK MUDA TUMIS LEMAK 
yms creations


Bahan-bahan :

1/2 biji betik muda yang saiz sederhana
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil merah
1 hiris halia dan lengkuas
2 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai dititik
1 cawan udang basah
1 sudu kecil gula
garam 
minyak untuk menumis

Cara membuat :

Betik dikupas dan dicuci bersih, gunakan penyagat untuk dapatkan hirisan yang halus
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas hingga lumat
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga garing
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga betul-betul garing
Masukkan serai yang dititik, betik  dan udang
Masukkan santan cair biarkan menggelegak sambil dikacau
Masukkan santan pekat, garam dan gula
Bila betik sudah empuk sempurna boleh tutup api
Hidangkan dengan lauk pauk lain





Walla makan dengan ikan goreng dan sambal becacan pun da sedap weeiiiii

Alhamdulillah

~yms~

Sunday, 15 February 2015

Cendawan Tumis Hati


Cendawan memang sedap, memasaknyer pun mudah.

Kali ni cendawan tumis hati..memang menawan hati..hehe

Sekarang yang jumpa pun cendawan tiram, dulu-dulu saya suka sangat makan cendawan yang macam payung tu..






Susah nak jumpa dah spesis cendawan camni..boleh buat goreng dengan tepung kfc yang rangup tu..rasanya seakan ayam goreng tapi masih ada rasa cendawan laa sedap!!

Owh dalam dua tahun lepas di kampung abah saya ada tumbuh dapat banyak juga..cuma sekarang tak rajin nak gi merayap..hehe

Apa pun cendawan tiram ni pun sedap juga..terus ke resepi yer..
RESEPI CENDAWAN TUMIS HATI
ymscreations

Bahan-bahan :

Cendawan tiram - 1 paket / 1 mangkuk
Hati ayam - 2 ketul di potong kecil
Cili besar - 1 biji dihiris
Cili api    - 3 biji (ikut kepedasan masing-masing)
Bawang besar  - separuh dihiris
Bawang putih - 2 ulas dihiris
Belacan - sedikit je
Minyak utuk menumis
Garam

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau
Masukkan belacan biar hancur kemudian masukkan hati hingga masak
Barulah masukkan garam secukup rasa dan cendawan
Jika perlu masukkan air keran cendawan yang dibaruh menyerap air
Cendawan sudah layu dan sebati dengan hati bolehlah diangkat dan hidang bersama lauk lain
Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun cukup.

Alhamdulillah..




~yms~







Thursday, 5 February 2015

Sukanya Asam Rebus Ikan Belanak !


Ikan belanak memang sangat sedap!!! saya sukaaa...

Apalagi bila di masak asam rebus..Ya Allah nikmatnya dapat makan sebegini..yang penting cepat dimasak dan sangat sedap di makan dan di jambal!..haaa apa tu jambal..bahasa jawa diratah yer..dapat belajar bahasa jawakan walaupun satu perkataan. Ilmu tu hahaha...betulkan..nak tanya bahasa jawa sterusnya..rajin-rajin ziarah blog YMS Creations banyak ilmu yang anda jumpa di sini...inshaaAllah.






Tau tak sebab apa gambar ni kurang cantik dan hanya ada satu?? haaa pandai sebab tak sabo nak mamam..hehehe jom tengok resepi pastu balik kang cuba yer mudah ajer..


RESEPI ASAM REBUS IKAN BELANAK
YMS Creations

Bahan-bahan :

Ikan belanak (5 ekor)
5 biji bendi
5 biji cili api
Sebatang cili besar merah
Seulas bawang merah kecil
Seulas bawang putih 
1/2 inci belacan
Ikan bilis (agak-agakla buat perencah)
2 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
sekeping asam keping 
2-3 cawan air / secukupnya

Cara memasak :

Tumbukkan bawang, cili dan belacan, masukkan ikan bilis dan tumbuk jgn lumat sgt
Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi 
Bila mendidih masukkan ikan belanak dan daun kesum 
Masukkan asam keping, bendi yang di potong dan garam
Bila dah mendidih dan rasanya sebati boleh diangkat

Mudahkan...siapa kata hari-hari kena masak yang susah-susah untuk hidang pada keluarga..yang mudah pun sedap janji ikhlas..

~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...