Showing posts with label GARDEN. Show all posts
Showing posts with label GARDEN. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

Betik Oh Betik..


Betik depan rumah yang saya tanam dengan tangan saya sendiri sudah pun berbuah..spesies betik panjang, merah dan sangat manis..

Alangkah beruntungnya kita bila berbudi pada tanah walaupun tanah tidak sebenar mana yang penting kita gunakan sebaik mungkin..



Itu rezeki saya selepas habis berpantang, sebelum ni ada dua biji yang telah masak ranum..


Tuuu diaa sudah masak dipokok tinggal diambil sahaja..


Ermmm sedapnya betik ni...kalau kita semai dari baka yang baik hasilnya juga baik..begitu juga manusia kan..
Jom makan buah-buahan yang berkhasiat ni..yummy



Sebelum ni saya ada juga share pokok betik yang satu lagi..itu yang spesies bulat, merah dan lagi sedap sebab bila dimakan tidak lembik ada rasa rangup.
Ermm memang sedaplah..betik ni boleh melawaskan usus jadi sangat baik jika dimakan..

Nak tau khasiat betik..saya ada kongsikn sebelum ini..jom kita makan betik utk kesihatan!

Alhamdulillah..
~yms~

Friday, 16 September 2016

Manisnya Betik @ My Garden


Syukur alhamdulillah pokok betik saya berbuah cuma 2 biji sahaja setakat ni...apapun saya tetap bersyukur dari tak berbuah langsung!..

Nampak je dah kuning saya minta hubby petik dari pokok dan keesokkannya saya kupas...ermmm rupanya masih keras isinya walaupun dah bewarna merah..

Sebab tak sabar la jadi macam ni..ermmm saya simpan dalam peti..selepas dua hari wahh dah masak sepenuhnya...


Saya potong-potong dan cicah dengan kuah rojak mak bee. Saya suka lebih kacang tumbuk yang fresh!..sedap sungguh laaa tak makan lain dah...


Ni haaa rupa buah betik yang baru dipetik dari pokok..belum masak sepenuhnya tapi risau dipatuk burung
saya minta hubby petik..


Ada tinggal sebiji lagi dipokok masih hijau dan cumel...hehehe

Alhamdulillah...

~yms~

Pokok Nenas Sudah Berputik....

Senangnya dalam hati...pokok nenas yang ditanam pada akhir tahun 2014 sudah berputik..fuhh lama juga nak tunggu nenas ni berputik hati berkata-kata mandul ke pokok nenas ni...


Saya tanam sendiri menggunakan ..yang saya beli buahnya ketika saya bekerja di Kuala Selangor, ada program MAHA Peringkat Negeri Selangor ketika tu..hati teruja bila merasa potongan nenas yang dipotong dan diberi rasa kepada pelanggan berkunjung. Saya membeli sebiji kerana buahnya agak besar harga saya dan tak berapa ingat tetapi puluhan ringgit. 



Bila dikupas dan dipotong uishhh banyak juga satu bekas  tupperware yang selalu saya simpan ikan kembung sekilo.

Rasanya manis & rangup tidak berair seperti sesetengah nenas yang saya pernah makan sebelum ni..

Aduhh tak sabar rasanya nak tunggu buah nenas ni membesar huhu...berapa lama agaknya ye tu..saya ni memang penggemar nenas fuhhh bagi sebiji boleh habis tu..

Alhamdulillah bersyukur kurniaan Ilahi...

~yms~

Wednesday, 22 June 2016

Pokok Betik Berbuah Sulung....

Alhamdulillah...pertama kali tanam pokok betik dan hidup hingga berbuah...teringat arwah mak kata tangan saya panas kerana bila menanam pokok tidak subur..
Ada betulnya kerana saya perhatikan banyak putik pokok betik ni asyik keguguran hehe...baru sebiji ni yang melekat!.


Saya doakan dibulan yang mulia ini pokok betik saya akan subur dan berbuah dengan lebat..aaminn.

Saya pernah nampak pokok betik yang rendang tapi buahnya sangat banyak dan subur sekali..apa baja yang diletak agaknya yer. Saya amalkan menyiram dengan air beras sahaja. Pernah siram dengan air basuhan ikan dan letak juga sisa makanan, tetapi masalah siput pulak timbul terus saya hentikan.

Kena belajar lagi cara menjaga pokok dengan baik..inshaaAllah..

~yms~



Monday, 8 February 2016

Membelai Pokok Kesayangan di Hari CNY...

Assalam, Chinese New Year tahun ni memang kami sekeluarga tidak ke mana. Melayan anak tekak yang ada di dalam rumah ni dan saya habiskan cuti dengan membelai pokok dan tanaman kesayangan saya di halaman rumah. Pokok-pokok ni bila dibaja, disiram dengan kasih sayang hasilnya sangat menenangkan. 


Semua pokok yang saya tanam ada kenangan tersendiri..rose ni tahun lepas saya beli di Floria Putrajaya..saya menapak dari Galeria ke Floria dengan sahabat saya Ijan..hahaha kepanasan kami sebab nak parking jauh juga. Bila blk dr pejabat baru saya ambil pokok ni di pintu masuk Floria.


Kat depan pagar rmh saya tumpang jiran utk tanam pisang tapi tak menjadi pulak  pisang abu ni..yang sebelah kiri tu pokok belimbing besi ermmm sedap buat sambal hitam selain di letak dlm masakan sambal ikan, sambal sardin dan lemak cili api. Terliur lahh pulak...


Kat luar depan rumah pulak, pokok kedondong memang lebat buahnya, tak berhenti berbuah. Pokoknya memang sudah sedia ditanam sebelum kami pindah ke sini lagi. Selain tu pokok betik sedang berputik berbuah sulung hehehe, pokok pandan pulak dah brp kali tanam, saya tak kisah jiran nak ambil cuma jangan dimusnahkan la pokok ni kesian pokok kita. 

Pokok mangga epal pula baru nak naik dulu saya tanam pokok mangga cekonan aduhai buahnya sangat manis tapi sayang mati pokok ni disebabkan anai-anai. Pokok kari pun sangat menjadi, kerap juga diambil orang saya niatkan sedekah..makin banyak pulak beranak pinak. Haa jangan tak tau pucuk manis pun ada ni bibik saya yang lama dgn saya dulu yang tanam.

 
Dah berapa kali masak pucuknya ni..hari ni hubby tebang sepokok nak kasi terang sikit depan ni..




Dalam rumah pun ada pokok betik yang sedang berputik juga tu. Pandan pun ada juga dan selebihnya pokok hiasan lupa lah lamanya..durian belanda pun ada tau cuma belum berbuah lagi...


Seronok bila pokok-pokok ni merimbun dan sihat. Macam kehidupan kita bila dibaja,disiram dan dijaga semestinya akan bahagia. Semoga pokok saya berbuah, berbunga dan sihat selamanya..aaminn

~yms~

Thursday, 5 March 2015

Belimbing Buloh Mula Berbuah

Assalam,

Jom ke kebun kita hari ni..kebun yang tak berapa nak kebun sangat lah..tanah sikit sangat duduk rumah teres mana banyak sangat tanah. Apapun syukur alhamdulillah kerana Allah masih beri ruang dan peluang untuk bercucuk tanam. Hobi saya bercucuk tanam ni saya bawa ke mana saja..alhamdulillah yang lain saya konsikan kemudian ye..kali ni seronok nak cerita perihal Pokok Belimbing Buloh spesis hijau.


                              




Saya suka belimbing buloh, selalu ambil jiran saya punya Salmawati beliau pindah ke Putrajaya. Suka buat sambal hitam resepi orang Pahang. Selain dari tu masak lemak cili api, sambal tumis, sardin pn sedap bubuh belimbing ni. 

Di rumah abah saya ada juga pokok belimbing buloh ni tapi spesis lain warna kuning buahnya. Saya sukakan yang buah hijau ni lagi lembut bila di masak dan rasanya lebih masam. 

En Suami yang menanam pokok ni di hadapan rumah kami, terkejut juga sudah berbuah tidak sampai setahun. Alhamdulillah rezeki Allah S.W.T beri cepat, terima ajelah. 

Yang sempat saya masak dengan buah belimbing ni adalah Masak Lemak Cili Api Ayam di SINI..memang menyelerakan lah. Tetapi ini adalah buah yang kali kedua..yang pertama saya petik tahun lepas tetapi tertinggal dalam kereta adik masa tu saya nak keluar. Rasanya kering macam tu saja dalam kereta..takpelah tiada rezeki namanya tu.



                                

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...