Kuih Bakar...saya teringin la nak makan kuih bakar..yelah bila terkenangkan arwah bonda apa yang kita perlu buat sedekahkan ayat suci Al-Quran dan doa untuk arwah. Selain itu, memang tidak lari dari terkenangkan hasil tangan bonda. Masa kecik-kecik dulu, bila waktu petang mesti ada je kuih muih yang arwah sediakan termasuklah kuih bakar. Kuih bakar dulu dibakar atas api je dalam bekas bulat tengah tu..bila garing haaa memang part garing tu yang jadi rebutan.
Cerita kuih bakar ni..saya cukup punya confident guna resepi yang satu ni..first time buat buat banyak adunan pulak tu niat dihati untuk dibawa balik ke kampung bonda mertua kerana ada majlis kenduri tahlil arwah ayah. Dengan rasa penuh keyakinan ni..hati berkata-kata 'wahh dapat banyak ni kuih bakar ni'..tapi rezeki tidak berpihak pada saya. Dah lebih satu jam ni tak masak-masak juga..apa silap nih..rasa dah betul sukatannya..
Hmm..takpelah bawak jugaklah semua kuih tu wpun rupanya amat tidak memuaskan hati saya..aduhai..kuih bakar ku...sedih memang sedih. Yang buat hati saya berbunga bunga tu..laku juga kuih ni walaupun rupanya tidak seberapa..hehehe..alhamdulillah habis juga akhirnya.
Dalam hati saya ni..dengan bantuan dariNya saya bertekad untuk study balik adunan yang saya abk dari ternet tu..huhuhu...hmm kebetulan balik dari kursus hari pertama di ampang saya sampai awal ke rumah..apalagi wow dengan semangat yang Allah beri saya adun semula menggunakan sukatan yang saya olah dan mengikut logik dan seakan suara membisikkan ke telinga saya "lalukan dengan jari..bila agak-agak melekat dengan sekali lalu je ok la tue". Ehh bisikan dari arwah ke tue...igauan saya la tu..agak-agak faham tak apa yang saya maksudkan tadi..takpe xfaham xpe. Itu adalah naluri saya..hmm saya rasa cukup yakin untuk bakar..dan..hasilnya..tadaaaaa
Syukur Ya Allah..ammar hayyan tak sabar-sabar suruh potong..keluar dari oven merengek suruh dipotongkan..bila dah kurang sket panas hubby tolong potongkan ( ehh ayah pun tak sabar nak rasa ker..ekeke). Ish ish ish seronok betul anakanda ku itu makan dalam hangat-hangat yang tak berapa nak sejuk lagi tuh..
RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
YMS Creations
Bahan-bahan :
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula
4 biji telor gred A
2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
4 cawan santan
Secubit garam
Dua camca besar butter dicairkan
Sedikit pewarna hijau epal
Cara-cara :
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius
Pukul telor dan gula ringan sahaja
Masukkan santan dan air pandan (jika guna kelapa blend pandan dan kelapa sekali mengikut sukatan di atas)
Masukkan tepung dan garam, kacau sebati
Masukkan butter cair dan sedikit pewarna hijau
Tapiskan adunan dan masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan marjerin atau butter
Adunan boleh juga diblend ya tapi saya lebih suka dipukul untuk jaga teksturnya
Bakar sehingga satu jam dengan menggunakan api atas bawah
Cubalah ye pasti tidak kecewa.
No comments:
Post a Comment