Showing posts with label Cekodok. Show all posts
Showing posts with label Cekodok. Show all posts

Friday, 10 March 2017

Cekodok Sayur Rangup Kruk Krak..

Ya Allah...sedapnya cekodok sayur resepi Bonda Rozita Ratu Jamu Malaya..dah lama saya cari resepi cekodok rangup yang tidak menggunakan air panas!..saya tak gemar guna air panas sebenarnya sebab ianya menyerap minyak!..tapi disebabkan tiada resepi yang lebih sesuai makanya terpaksa la guna juga air panas ni..saya juga pernah guna telor dan simpan dalam peti sejuk tetap tak menjadi juga!


Alhamdulillah terima kasih Bonda Rozita semoga Allah SWT panjangkan umur bonda dan dapat berkongsi pelbagai  petua yang baik-baik selepas ini. Mulanya saya mencari menu berpantang dan petua berpantang ni..walaupun anak dah ramai tetapi tidak mahu abaikan amalan berpantang ni..lagi berumur lagi kena berpantang.

Resepi Cekodok Sayur Bonda Rozita
ymscreations

1 mangkuk tepung gandum 
kobis dihiris
karot disagat
daun sup dihiris
*sayuran ni lagi banyak dari tepung bila dicampurkan dalam 2 mangkuk
1/2 biji bawang besar dihiris
ikan bilis ditumbuk atau segenggam udang geragau
anggaran 1 cawan air sejuk yg direndam ais
garam secukup rasa
sedikit gula

Bancuh tepung dengan garam, gula, ikan bilis dan air sejuk
Masukkan sayuran dan bawang kacau hingga sebati dan bancuhannya sedikit cair yer
Panaskan minyak dan goreng dengan bentukkan leper guna sudu
Goreng garing dan hidang dgn sos cili pun da sedap sangat


Saya suka goreng lebih keperangan sikit untuk dapatkan cekodok yang rangup dan garing..ermm sedapnya..saya buat pagi dan petang sebab sedap sangat tak percaya cuba tau...bagus untuk anak-anak yang tak berapa gemar sayur bila dihidang habis licin sebabnya sedap!!


Alhamdulillah...

~yms~

Monday, 31 August 2015

Cekodok Udang Kegemaran Kesayangan

Bila tanya hubby nak sarap apa..cekodok udang lahh ok..

Jom bersilat di dapur buat cekodok udang yang garing dan lembut nihhh



Cekodok Udang Daun Kunyit

3 cawan tepung gandum 
1/2 biji bawang besar dihiris halus
Segenggam udang basah putih
Sehelai daun kunyit dihiris
1/2 biji cili merah dipotong dadu
1 cawan air panas
Sedikit air suam
1/2 sdk garam
Secubit gula

Masukkan tepung, gula dan garam, gaulkan
Masukkan air panas dan gaul sebati 
Masukkan air suam utk jadikan adunan sedikit lembut 
Masukkan bawang, udang, hirisan daun kunyit dan cili merah
Biarkan dlm 10 minit barulah di goreng dlm minyak panas
Gunakan jari utk dptkan bentuk bulat
Goreng hingga kuning keemasan

Hidang dan cicah dgn sos yg dibuat sendiri..tunggu yer


Alhamdulillah..

Friday, 23 January 2015

Cekodok Labu


Assalam, 

Saya suka Buah Labu dan automatik saya suka apa sahaja yang dihasilkan dari buah labu ni..
Labu adalah makanan Sunnah kan..sangat baik dan punya khasiat tersendiri, sila rujuk di SINI
Salah satu makanan yang sangat sedap boleh dihasilkan di sini adalah Cekodok Labu. Anak-anak , suami dan saya sendiri kalau makan taksedar dah habis sepinggan.









Sedap dan mudah..

RESEPI CEKODOK LABU
YMS Creations

Bahan :

1/4 Biji labu yang direbus dan dilenyek halus
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu teh yis mauripan 
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara :

Masukkan tepung gandum, garam, gula dan yis ke dalam mangkuk besar
Gaulkan sebati dan masukkan air suam ikut kesesuaian jangan pekat sgt auat cair sgt
Biarkan 1/2 jam sebelum digoreng dengan minyak panas
Gunakan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan comel-comel ye, goreng hingga masak kekuningan. Saya suka gelap sikit dan rangup
Hidang dengan air kopi atau teh 'o'..sedap tak terkata..






~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...