Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, 30 January 2016

Kek Pisang..ermmmm

Assalam...lama tak menulis blog ni melepaskan minggu-minggu yang sibuk.

Teringin nak makan kek pisang kebetulan My MIL bagi pisang setandan nama pisang tu tak pasti pulak..pisang selom ke apa.


Kek Pisang
ymscreation.blogspot.my

1 buku butter (anchor-salted)
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum diayak
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk soda bikarbonat
1 cawan pisang dilecek lumat
4 biji telor gred A
1/2 sdk esen vanila

Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu (low speed, medium & high)
Masukkan telor sebiji dan putar setiap kali telor dimasukkan hingga habis
Masukkan esen vanila dan pisang yg telah dilecek bersama soda bikarbonat, putar lagi hingga kembang
Panaskan oven dan sediakan bekas pembakar kek 
Masukkan tepong yg telah diayak bersama serbuk penaik, putar perlahan
Masukkan adunan dalam bekas pembakar kek dan bakar menggunakan api atas bawah selama 45 minit dgn kepanasan 170 darjah celcius

Alhamdulillah menjadi dan kek ni boleh habis tak sampai 48 jam.

~yms~






Saturday, 21 March 2015

Kek Marble Oren & Coklat

Kek Marble lagi hehe...kali ni saya perasakan dengan oren sunkist dan coklat.

Kali ni juga saya menggunakan Pure Creamy Butter SCS.  Wow hasilnya memang menakjubkan, puas hati saya menghasilkan sebiji kek yang gebu dan sangat lembut!. Alhamduillah...



Mudah jer resepi kek marble atau Kek butter ni. Sama seperti resepi sebelum ni cuma saya tambah perasa buah oren sunkist yang segar sahaja.




RESEPI KEK MARBLE OREN & COKLAT
ymscreations

Bahan-bahan :

250 gm pure butter SCS
1 cawan gula castor (saya kurangkan gula sikit tidak penuh)
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
5 biji telor gred A
1 sdk esen vanila
1 biji oren sunkist
1 sdb coklat serbuk 

Cara membuat :

Parut kulit oren yang warna oren sahaja dan perahkan airnya.
Putarkan butter hingga creamy  dan masukkan gula, putar hingga kembang
Masukkan esen vanila
Sementara itu panaskan oven 150 darjah celcius dan sediakan baking paper ke dalam tin pembakar kek serta sapukan butter ke dalam tin kek
Masukkan telor sebiji demi sebiji hingga habis dan putar lagi setelah sebati behenti putar
Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dgn cara kaup dan balik (tepung telah diayak dgn baking powder)
Ambil 1/3 bahagian, bancuh dgn warna coklat dan 2/3 dengan kulit oren dan jus oren tadi
Masukkan adunan tadi berselang seli untuk dptkan  bentuk marble yang disukai
Bakar kek hingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing



Tak sampai 24 jam kek ni hehe hubby pun tak dapat rasa anak-anak sangat suka lembut sangat kejadiannya.
Alhamdulilah..

~yms~




Wednesday, 4 March 2015

Kek Pisang Minyak Pulak!

Semangat membuat kek membuak-buak hehe..kali ni kek pisang menggunakan minyak jagung. Pernah juga gagal buat kek macam ni dulu, ketika tu saya gunakan blender seperti di dalam resepi yang saya salin. Buat kek ni kena study juga yer bukan main copy & paste je, banyak yang mempengaruhi keberhasilan kek ni. Haaa bila kek yang dibuat dah mula menjadi ni, mulalah bersemangat untuk cuba resepi- resepi pelbagai kek yang lain pulak!.

Kali ni saya kongsikan resepi kek pisang yang menggunakan minyak yer..teksturnya lembab sikit.
Biasanya saya guna butter apapun rasanya tetap enak!

Kek Pisang Minyak
yms  creations

Bahan-bahan :

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor
1 cawan pisang berangan yang telah dilecek
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila


Cara membuat :

Pukul telor dan gula hingga kembang dan masukkan gula castor. 
Masukkan minyak dan esen vanila pukul lagi hingga sebati.
Berhenti menggunakan mixer.
Masukkan pisang dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin keliling dan di atas kertas.
Masuk adunan ke dlam acuan berselang seli dan lorekkan mengikut kesukaan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.






alhamdulillah..

~yms~

Tuesday, 3 March 2015

Akhirnya Kek Marble Moist Menjadi

Alhamdulillah bila impian terlaksana hati berbunga riang..seronok sangat bila kek marble kali ni sangat menjadi. Resepi dari my twin tersayang Yuslin or Lin !.

Saya kadang-kadang dah merajuk nak buat kek marble ni disebabkan asyik tak menjadi. Minta my twin buatkan sebuku ak sampai 24 jam habis..hmm nampaknya kena buat juga sendiri. My twin whatsapp resepi pada saya dengan pesanan buatla yer lepas ni..Nak tak nak mesti cuba jaya!

Alhamdulillah akhirnya, dengan cara pukulan, step by step, sukatan resepi dan kepanasan oven kek marble saya membuahkan hasil!.

Jom saya share kan resepi..





KEK MARBLE MOIST
yms creations
My Twin Lin

Bahan-bahan :

250g butter
1 cawan gula castor
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila
2 sdb susu pekat

Cara membuat :

Pukul butter hingga hampir kembang dan masukkan gula castor. Pukul hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan yang terakhir pukul hingga sebati. Behenti menggunakan mixer.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Bahagikan adunan sama rata dan warnakan mengikut kesukaan masing- masing. Saya guna warna yang lembut jer
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin dalam acuan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.







Seronoknye anak-anak dan suami menikmati kek marble ni. Hati berbunga riang bila buat sesuatu yang disukai keluarga..moga dapat eratkan kasih sayang! Amin..

Alhamdulillah..

yms



Saturday, 28 February 2015

Kek Marble Pisang Marbeles!

Setiap hujung minggu adalah kek pisang..kek marble dan pelbagai kek lagi..hehe seronok!..Kebetulan baby Amsyar Hayy genap setahun hari ni..wahh baby Amsyar pun makan kek!.

Apa yang tak seronoknya..bila kita mula putar mixer anak-anak dah bertanya mama buat apa, Sambutan pulakluar biasa buktinya haaa tengokla gambar di bawah ni. Ammar Hayyan seorang budak penggemar kek, dia tidak sabar menunggu mamanya memotong kek. Hehe hai la anak..masih panas sudah suruh dipotong..mama tak sampai hati ikutkan jelah..

Ayah minta kek pisang, Mama nak kek marble coklat. Mama pun reka lah Kek Marble Pisang..alhamdulilah hasilnya sangat puas hati !





RESEPI KEK MARBLE PISANG 
yms creations

Bahan-bahan :

250g butter
1 cawan gula castor
1 cawan pisang berangan yang telah dilecek
2 cawan  tepung naik sendiri
3 sdb serbuk koko 
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila


Cara membuat :

Pukul butter hingga hampir kembang dan masukkan gula castor. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telor sebiji demi sebiji sehingga yang terakhir pukul hingga sebati.
Behenti menggunakan mixer.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Bahagikan adunan sama rata, satu adunan campurkan dengan pisang dan satu adunan lagi campurkan koko yang telah ditapis. 
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin keliling dan di atas kertas.
Masuk adunan ke dlam acuan berselang seli dan lorekkan mengikut kesukaan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.





 



Dapat message dari hubby..'buat lagi kek marble pisang'..hmm itu tandanya kek ini akan menjadi favorite forever..alhamdulillah

~yms~ 

Monday, 6 October 2014

Alahai Kek Marble Menduga Kesabaran

Assalam,

Sempena Hari Raya Korban tahun ni saya dan keluarga berada di rumah sahaja memandangkan kondisi suami yang tidak berapa sihat. Saya memasak juga ketupat palas dan rendang ayam serta rendang remis sebagai juadah kami sekeluarga. Di samping itu anak keempat saya Ammar Hayyan meminta saya menyediakan kek!. Aduhai la anak...mama cuba usahakan juga buat kek yang mudah- mudah sahaja namun menduga kesabaran saya...




Saya masih mencari, mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan resepi yang memuaskan hati saya untuk dikongsi dan dicatatkan di dalam blog ini. Selagi tidak memuaskan hati saya..selagi itu tidak akan saya kongsikan resepinya di sini. Apapun alhamdulillah hasil percubaan semalam sedikit memuaskan hati saya namun tidak 100% janji anak mama dapat makan kek ni dengan seronoknyer. Walaupun mama masih kecewa..

Sabarlah duhai hati..teruskan mencari, mencuba dan study resepi kek marble sebelum mendapatkan yang terbaik. Jangan putus asa ye jika kita mahukan sesuatu yang terbaik..walaupun kek ni simple sangat tetapi bagi mendapatkan hasil yang terbaik perlu dilihat dari pelbagai segi. Bermula dari bahan-bahan, jenis mentega yang digunakan, sukatan bahan- bahan, cara adunan, berapa lama diadun, kepanasan oven dan tempoh membakar atau mengukus...huh memang mempengaruhi keberhasilan kek ini. InshaaAllah sekiranya saya berpuashati..saya kongsikan segala-galanya di sini..dengan bantuan hubby sebagai pengkritik utama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...