Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Tuesday, 7 February 2017

Warung Soto Kuala Selangor

Jom jalan-jalan cari makan..selepas membeli ikan segar di Pasar Nelayan hubby singgah di Warung Soto..

Ni cerita sabtu lepas...

Selepas memborong ikan untuk sebulan hubby ajak makan di Warung Soto..ermm sedapnya terbayang dah keenakan pejal & soto di situ.

 

Ni dia soto yang sedap taugeh tu dibuat sendiri utk soto & pejal..siap ada pergedil..


Haaa yg ni bukan setakat peberet saya sahaja yang keturunan jawa yer hubby pun suka sangat nih..walaupun sedikit pedas tapi sangat sedap terasa cekur dan cukup manisnya..

Jom cuba makan digerai ini..dan nikmati keenakan makanan popular ni di Warung Soto di Kuala Selangor menghala ke Tg Karang..

Alhamdulillah

~yms~

Sunday, 15 January 2017

Sri Tambang Mee Udang di Sungai Dua P.Pinang

Saya teringat awal Januari lalu menghantar anak dara balik ke MRSM Kepala Batas Penang, kembar saya pernah beritahu cuba rasa Mee Kuah atau Mee Udang di Sri Tambang..udangnya sangat segar..rupanya bukan setakat udang sahaja tetapi ketam pun boleh dipilih sebelum memasak mee yg juga boleh dipilih untuk dimasak apa.

Wah menarik..di sini juga ada dijual cononut shake dan air kepala..ermm memang terbaik lah..

Saya memilih udang dan ketam utk dimasak Mee Kuah..haa tu diaaaa dah mai...


Kami menikmati dengan lazat sekali..alhamdulillah..harga yang sangat berpatutan dan air yang kami pilih tu pun sangat sedap. Ni memang sah singgah lagi lepas ni..tidak lepaskan peluang..


Tengok air coconut shake tu sangat sedap!..air kelapa memangla tidak dinafikan lagi..


Ayah dgn si kecil Amsyar..(setakat ni..dia la yg kecil hehe)..


Gambar di atas mama merenung masa akan datang..bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada keluarga kami..semoga kasih sayang kami suami isteri berkekalan hingga ke jannah dan anak-anak kami menjadi insan yang disayangi Allah SWT..aamin ya rabb..


Alhamdulillah keluarga besar kami..tunggu bulan mac tahun ini akan menambah ceria keluarga kami..Allahurabbi..besarnya kuasaMu Ya Allah..doaku dimakbulkan oleh Mu Allah SWT Maha Penyayang..selepas menunggu hampir 14 tahun lamanya..
Apakan penantian itu?? kita nantikan...


~yms~

Monday, 6 June 2016

Percutian ke Pulau Pinang..sambungan

Sambungan Percutian kami ke Pulau Pinang hari kedua kembar saya Lin mengajak saya stay di Hotel Equatorial Penang. Memang pancung abis hotel ni masa cuti sekolah ni..khabarnya di Batu Feringgi pun lagi mahal..

Sebelum kami check in hotel hubby bawa kami ke Balik Pulau untuk
Makan durian..ermm agak mahal
jugalah durian..tapi nak makan apa salahnya..


Ni penjual melayu tunggal..yang saya ingat kami memilih durian udang merah dan satu lagi tak ingat macam durian kampung tapi yg gred bagus sikit lah..



Seronok si bujang dan ayahnya menikmati durian..


Yang ni durian udang merah memang sedap isinya..alhamdulillah..yang lain tak mahu turun kereta jadi kami tapau dalam bekas sahaja.

Makan malam kami bersekali dengan family my twin..suaminya membawa kami JJCM ke Restoran Deen..di Gelugor ..memang sedap ayam gorengnya, kuah kari bersama bendi yang sedap tu dan kari telor sotong. Puas hati makan di situ dengan harga yang sangat munasabah.


Keesokan paginya Lin bawa kami makan nasi lemuni berdekatan dengan pasar.


Sangat sedap nasi lemuni ni mcm nasi tomato juga lauknya cuma nasi tu warna hitam tapi sangat sedap!. Hubby mengambil lauk ikan goreng yang rangup, sambal ikan bilis, jelatah dan kuah sambal dan gulai..ermm wallaa!

Nasi tu dimasak dgn daun lemuni kan..ada khasiat rupanya daun lemuni ni utk wanita..nti kita cari info yer..
Siang sabtu tu kami dah berpisah selepas sarapan..masing-masing bawa haluan sendiri..Lin berhenti makan mee udang di Sri Tambang katanya..saya belum cuba selepas raya kami akan menghantar kakak ayra ke MRSM Kepala Batas inshaaAllah kami akan singgah!..

Malam tu kami ke Gerai Aziz Pak Ngah Mee Udang..boleh tahan la rasa meenya..tapi pada saya kurang kick kalau tak letak sos cili..apapun alhamdulillah..(tekak ni cerewet sikit apa nak buat)..tapi penuh jer gerai ni.


Di kedai ni udang tak boleh pilih tetapi di Sri Tambang udang ditimbang..agak mahal sikit kata Lin tapi puas hati...ada coconut shake sedap lagi katanya..memang kena cuba ni..


Di gerai Aziz ni bukan apa..first impression saya dah spoiled sebab caea layanan yang kurang memuaskan hati saya..(walaupun ramai orang dik oiii jangan layan pelanggan mcm atas angin jer..)...will say you la after this...
..

Next time kami akan singgah ke Mee Udang Sri Tambang yang nampak lebih special ni...mari kita cuci mata hehehe..


~yms~

Sunday, 5 June 2016

Cuti-cuti di Penang dan Sg Petani...27 Mei hingga 3 Jun 2016 #RamadhanKareem


Alhamdulillah, dapat bercuti dengan tenang minggu ni..syukur kepada Allah SWT. Kebetulan saya ada tugas di Seberang Prai, Kepala Batas pada hari isnin dan selasa, cuti kami hanya di sekitar Penang sahaja. Asalnya kami ingin ke Perlis dan Alot Setar tapi tak mengapalah selepas raya inshaaAllah kami akan menetap di Sg Petani juga.
Seronok kami di Sg Petani Hotel Park Avenue tidak kurang juga selesanya..suasana yang aman damai pemandangan sekeliling sawah padi di tepi highway amat mendamaikan jiwa.


Tempat makan juga banyak di sini, gerai di atas agak popular dengan gulai kawah umbut pisang dengan harga sangat murah dan sedap sekali. Tepi jalan jer gerainya dengan ramahnya owner kedai ni membuatkan kami akan ke sini lagi ye kak yer..


Restoran di atas kami singgah utk dinner western food sebelum puasa.


Chicken grilled


Salmon grilled


Spagetthi Bolognise

Ini menu kami di Sg Petani..nanti saya sambung di Pulau dan Prai pulak yer...

Salam Ramadhan Kareem kpd semua yang sudi singgah di YMSCREATIONS..
Walaupun kita tidak pernah bertemu moga silaturrahim kita tetap utuh...rajin-rajin singgah yer..

~yms~



Friday, 29 May 2015

Bestnyer Kopitiam Kita di Kota Bharu....yummy

Tanggal 29 Mei 2015, saya cuti hari ni..mlm td baru landing dari JB dan selepas subuh kami bergerak ke Kota Bharu melalui jalan Gua Musang melalui Kuala Lipis. Rindunya dengan Kuala Lipis, hampir 10 tahun kami membesar di sana arwah mak meninggal semua pindah ke Cheras. Masa tidak mengizinkan untuk kami singgah ke Lipis, inshaaAllah dilain waktu. Sebenarnya untuk menghadiri Majlis Pernikahan adik ipar saya yang mendapat jodoh orang Pengkalan Chepa, saya ambil kesempatan untuk bertemu rakan sekolah di SMT Kuantan yang menetap di Kota Bharu. Ketika di Bentong kawan baik saya Aeza sudah bertanyakan saya sudah sampai di mana..mahu mengajak minum petang katanya. Alahai Aeza memang tak sempat, kena check in hotel dulu ni, nak luruskan kaki dulu.. mlm ni ada majlis pernikahan entah jam berapa habisnya..kita minum di Hotel Perdana ajelah yer Aeza ajak saya..kebetulan beliau ada mesyuarat di kawasan berdekatan hotel..cantik benar susunan yang Allah dah aturkan alhamdulillah. Borak-borak petang tu terlalu singkat pada kami, Aeza plan untuk bawa keluarga untuk minum pagi keesokan hari sebelum majlis persandingan adik ipar. Nak bawa makan nasi tumpang, nasi belauk dan makanan tradisi kelantan katanya. Wow bunyi pun dah menarik tu...





Esoknya kami pun konvoi ke tempat yang hendak di bawa oleh Aeza dan keluarganya. Sampai di hadapan restoran wahh banyaknya kereta, alhamdulillah ada tempat parking untuk kami. Ohh Kopitiam Kita! saya pernah baca di blog Masam Manis. Wow ramainya orang, lama juga kami nak cari meja kosong, akhirnya ada juga alhamdulillah.

Aeza dan suami membawa bakul, ohh begini rupanya nak ambil makanan. Boleh pilih dan ambil makanan yang telah tersusun cantik di atas barisan meja. Macam-macam ada makanan berat dan kuih muih.



Saya berminat dengan Nasi Tumpang dalam gambar barisan kedua atas ni yang bungkus daun pisang bentuk 3 segi tue, nampak je pun dah menyelerakan bila rasa memang Awesome !. Nasi Lauk (Air Dingin) gambar tengah yang ada ikan tu pun sedap wallaa. Pssst Air Dingin tu nama tempat rupanya..tau pun selepas borak-borak tanya itu ini dengan Aeza dan suaminya..hehe. Rupanya ramai juga yang menghantar makanan mengikut tempat rupanya. Pandai oghe kelate niage dehhh hehehe. Abang Haikal nak Nasi Dagang alamak dah habis la abang...hmm patutla Aeza ajak keluar awal sikit..takpelah apa yang ada ini pun dah cukup baik.

Ada lagi menu yang sangat istimewa di order oleh Aeza iaitu Roti Titab, haaa nampak tak roti yang ada kaya dan telor hampir masak tue. Wow memang meletoplah rasanya, sebab apa bila roti bakar tu disapukan dengan kaya dan telor hampir masak memang meletop-letop dalam mulut. Haaa memang sedap sangattt...kenyang banget kami pagi tu..

Semoga ukhuwah ini berpanjangan, rezeki melimpah ruah kepada Aeza dan keluarga dengan kejayaan bisness yang diceburi. Bersyukur mempunyai sahabat yang seperti keluarga, kita saling menyayangi..seronok sangat. Moga kita dapat bersua lagi, dengan harap dapat menjamu Aeza dan keluarga pula bila berkunjung ke KL nanti..inshaaAllah. SubhanaAllah hebat persahabatan ini...  



Kami bagi thumbs up kepada Restoran Kopitiam Kita..sesiapa yang ke Kota Bharu boleh singgah sure tak menyesal punyalah...




Alhamdulillah..

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...