Kadang-kadang terfikir mengapa ujian demi ujian diberan Oleh Nya pada kita..yer kita kita di antara insan yang terpilih untuk Dia uji. Alhamdulillah bersyukur dengan pemberianMu Ya Allah. Cuma hamba Mu ini kadang-kadang terasa lemah apabila menerima berita yang mengejutkan.
Hari khamis lepas 16 Oktober mengejutkan saya di pejabat tentang keadaan hubby yang ditahan di hospital. Pada mulanya hanya untuk minor operation sahaja..tetapi masih tidak dibenarkan balik kerana jangkitan kuman di paru-paru. Allhuakbar..saya memang insan yang mudah mengeluarkan airmata, nampak saya seorang yang keras tapi bab2 ni saya lemah sikit. Kebetulan ketika tu baru selesai mesyuarat, saya terpaksa keluar dikhuatiri yang lain perasan pulak kondisi saya ketika tu.
Saya cuba tenang kan hati, berdoa memohon pada Allah semoga setakat itu sahaja kondisi hubby tidak lebih dari itu..saya belum mampu.
Saya memang tak sempat nak ke hospital ketika itu, petang masih ada mesyuarat penting. Aduhaii dugaan datang lagi..tunggu result x-ray dari hubby dengan dada berdebar.
Sudahla kesan dari accident 3 tahun dulu masih berbaki, besi masih ada dalam kakinya dugaan lain pula tiba..simpati dengan kondisi hubby..
Alhamdulillah...result # phenomia..tidak lebih dari itu..blh pulih dgn antibiotik..
Hari ini 18 Oktober masih di Pantai Hospital menunggu urusan discharge punyalah lama. Dari semalam tidak dibenarkan balik kerana masih dlm pemantauan doktor pakar. Apapun bersyukur kerana Allah tidak menduga yang lebih hebat dari ini. Terima kasih Allah kerana beri kebahagian pada kami sekeluarga..
Ammar Hayyan tengah tunggu ayah discharge...
Hubby belum fully recover..inshaaAllah di rumah mungkin blh cepat baik di kelilingi insan-insan tersayang...aamin..
No comments:
Post a Comment