Hari ke hari berpuasa anak saya yang no 3 sudah tidak lalu makan nasi..malam kelmarin berbisik dengan saya..'mama boleh masak steak tak ? Amir dah tak lalu makan nasi laa ma..' . Tak sanggup untuk menidakkan permintaan..hari ini saya mencari lamb untuk di buat steak.
Alhamdulillah...
Saya ke Supermarket Berkat Madinah di Ampang semata-mata untuk mencari lamb yang elok kualitinya. Saya guna resepi mudah sahaja tengoklah tidak cukup korum tapi alhamdulillah licin anak-anak dan suami langsaikan..
Resepi Lamb Steak
6 keping lamb
1 sdb ketumbar biji
1/2 sdk jintan halus
1/2 sdk jintan kasar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah kecil
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 sdb sos tiram
Minyak zaitun utk memanggang
Garam secukup rasa
Semua bahan di atas kecuali minyak dikisar halus..dan diperap dengan lamb tadi selama 1-2 jam
Panaskan pemanggang ajaib dan letak minyak zaitun dan panggang hingga masak.
Saya sediakan juga coleslow ; kobis dan carrot di potong dadu, mayonis, gula, garam dan perahan lemon.
Resepi Sos Black Pepper
YMSCREATIONS
1 bawang besar dipotong dadu
kiub ayam
1 sdb butter
1 sdk serbuk lada hitam
1 cawan air
1 sdb sos tiram
1/2 sdbsedikit kicap manis
1 sdk sedikit gula
2 sdb tepung gandum.
Wow..
ReplyDeleteWow..
ReplyDelete