Assalam,
Kenal tak daun ni?...sangat sedap dibuat ulam atau kerabu..saya amat menyukai mu pucuk betik hehe
Ihsan dari google |
Bicara hari ini perihal pucuk betik yang sedap dimakan walaupun rasanya agak pahit, tapi saya suka. Pahit tu ubat kan...jadi cubalah telan kerana ianya penawar dan memberi khasiat yang sangat tinggi. Di teratak kami, saya seorang saja yang suka makan pucuk betik ni, sedap direbus hingga lembut dan cicah dengan sambal belacan atau tempoyak. Saya cuba tanam popok betik dengan menabur benih dari buah yang merah dan manis dari Pasar Tani tapi belum ada rezeki pokok betik ni hidup subur di laman kami. Baru nak hidup tercantas pulak oleh mamat yang mesin rumput di laman kami tu..hmm memang belum ada rezeki namanya.Teringat untuk menulis artikel ni bila semalan mendapat berita anak rakan baik saya Kak CT Khadijah warded di HKL kerana serangan demam denggi. Semoga Allah S.W.T beri kekuatan kepada Luqman untuk melawan virus denggi yang jahat itu..aamin.
Teruja nampak pucuk betik, saya beli di kedai pasar nelayan ambik sekali ulam-ulaman dan sayur kampung |
Petang itu juga saya rebus untuk dimakan dengan sambal tempoyak..hmmm saya seorang je yang makan..sedapp sangat!! |
Jom kita lihat apa khasiat pucuk betik ni :
Khasiat Pucuk dan Daun Betik
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Menggunakan pucuk dan bunga betik boleh menurunkan darah tinggi atau hypertension . Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Pucuk betik juga dapat memperbanyakkkan susu badan bagi yang menyusukan badan.
Jika anak atau orang dewasa demam jus betik boleh dicampur dengan air biasa dan dimandikan selama tiga hari berturut-turut. Ianya dapat menurunkan panas badan.
Selain pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah atau penyakit. Contohnya apabila diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi
1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan
sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.
Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-
1. Bersih pucuk betik/daun
2. Keratkan sepanjang 1 sentimeter
3. Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
4. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.
Daun betik yang dilayur di atas api dan dilekapkan pada bahagian yang sakit otot boleh mengubati sakit otot. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
Ihsan dari google |
Khasiat Buah Betik
Macam-macam khasiat yang terdapat pada betik. Dari daun, getah, butir semua mempunyai khasiat yang tersendiri!
Dikalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak – khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Merawat hemoroid atau buasir dan sembelit
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat buasir, memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan
Caranya, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
Mengubati tumit pecah-pecah
Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. InsyaAllah masalah tumit pecah akan dapat diatasi.
Wajah sentiasa awet muda
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah awet muda macam wajah saya nie. Barunie kawan tempat keje kabo kita baru 19 tahun. Mungkin effect makan betik jugak kot nie huahuah!
Menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit
Biji betik pula dapat menyingkirkan cacing gelang pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segenggam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut. Tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
Melegakan kesakitan gigi yang berlubang
Getah betik berguna bagi melegakan sakit gigi berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
Menghentikan pendarahan
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Buah betik memang punya khasiat yang sangat baik, bukan sahaja rasanya manis, sedap dimakan tetapi memberi kesan yang sangat baik untuk kesihatan Hiduplah pokok betik yang saya cuba tanam baru-baru ni semoga hidup dengan subur tanpa gangguan..aamin.
~yms~
Baru lepas kena denggi, makan pucuk betik pun dah terasa pahitnya.
ReplyDeleteSalam perkenalan Chedacheyu, kena selalu makan pucuk betik ni mmga banyak khasiatnya hehe
ReplyDeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring