Alhamdulillah..dari minggu lepas sangat teringin nak makan UMBUT..terliur sangat. Cakap hubby nak cari di Pasar Paya Jaras ahad ni, tetapi nak dijadikan cerita semalam hubby balik dari ziarah kematian ayah saudara yang meninggal dunia. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para syuhada. Ptg tu hubby singgah di Pasar Tg Karang nak beli ikan ternampak Umbut Kelapa..apa lagi sekilo hubby beli. Syukur Ya Allah, betapa Besarnya kuasa Mu hinggakan apa yang ada dalam hati hambaMu dapat didengari. Terima kasih hubby ingat dan tidak menghampakan keinginan isteri yang kadang-kadang punya selera pelik-pelik hehehe.
Malam tu juga saya masak UMBUT Masak Lemak Putih. Aduhai sedapnya..sepinggan tu saya dan hubby jer habiskan. Anak-anak masih baru lagi dengan makanan ni nak makan pun banyak soalannya. Saya pun pernah makan sekali sahaja masa kenduri kawin sepupu hubby dua atau tiga tahun yang lepas. Selepas tu saya teringat-ingat sampai sekarang. Ermm tengok di TV pulak Didie Alias masak Umbut ni dengan daging salai dimasak Lemak Cili Api aduhai memang mencabar betul. Ada ke yang tak kenal Umbut?? Haa ni dia..masa potong tu sempat saya makan mentah aduh lemaknya sedap sangat..tak sabar nak masak.
Jomlah masak umbut...
RESEPI UMBUT MASAK LEMAK PUTIH
1/2 kilo Umbut dihiris nipis
2 cawan santan pekat
1 cawan air masak
1 biji cili dihiris
1/2 biji bawang merah besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Segenggam udang kecil
garam secukup rasa
Masukkan kesemua sekali dan didihkan di atas api sederhana.
Kacau sentiasa sehingga umbut empuk.
Perasakan dengan garam.
Hidangkan dgn sambal belacan oolalaa..
Alhamdulillah... Hidang juga dgn ikan goreng atau lauk lain memang terangkat lah..
::yms::
No comments:
Post a Comment