Tanggal 29hb September 2014 yang baru berlalu adalah hari ulangahun arwah bonda tersayang yang ke 60. Bonda dilahirkan pada tahun 1954. Arwah pergi dipanggil mengahadap Ilahi pada tanggal 20hb Mei 2000. Satu tarikh yang sangat tragis...bila dikenang kembali airmata ini akan mengalir derassss....Sebab itu agak sukar untuk saya menulis di enti ini..namun saya gagahkan jua agar anakanda-anakanda saya dapat fahami perasaan saya ketika kehilangan seorang ibu disaat saya amat memerlukan DIA..
Ketika jam lebih kurang 12 tengah malam di Taman Cheras Utama, Cheras Kuala Lumpur..saya menerima panggilan dari Abah yang saya rasa umpama mimpi dalam mimpi. Suara dalam telefon sangat jelas walaupun kendengarannya amat sayu disampaikan oleh ayahanda Mohd Sani dari Balai Polis Kuala Lipis. "Cue, Mak dah takde", Ya Allah...handphone saya yang agak besar ketika itu berwarna hijau hitam jatuh dari gengaman saya. (Panggilan manja arwah mak dan abah ketika itu kepada saya adalah UCU maklumlah bongsu tak jadi). Saya menjerit memanggil kekanda saya 'Kak Yussss....' dan menuju ke ruang tamu. Kekanda saya bergegas ke luar dan mendapatkan saya dan bertanyakan samada saya mengigau ke apa. Saya kata padanya..'abah main-main cakap kata mak dah takde', petang tadi baru berbual dalam telefon agak lama berbincang berkenaan persiapan bunga telor menjelang hari perkahwinan saya pada bulan november tahun itu. Saya pasrah selepas itu..tiada ucapan lain lagi...kekanda saya terus menghubungi Abah semula dan bertanyakan hal sebenar. Ya...memang benar apa yang diucapkan Abah adalah benar..
Sekejap ye..emosi saya dah mula dah ni...inshaAllah anak mak ni kuatkan..
Selepas itu, kami bersetuju untuk menunggu jenazah di Tol Gombak kerana jenazah terus dibawa balik ke sini untuk disemadikan di kampung halaman kami, Meru Klang. Kembar dan seorang adik saya ada di kampung rumah nenda. Tiga lagi adik beradik saya ada di Kuala Lipis seorang balik bercuti dari UKM, dua lagi adik saya masih menuntut di Sekolah Menengah Clifford dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis. Yang bongsu darjah 5, ntahkan faham ntahkan tidak adik saya ketika itu...
Alhamdulillah jenazah sampai dengan selamat di rumah nenda di Meru Klang pada awal pagi..kami memang berjaga sedekahkan bacaan Al-Quran sementara menunggu ustazah yang menguruskan jenazah sampai. Kami berulang kali dinasihatkan untuk tidak menangis meronta-ronta kerana airmata ttidak boleh setitis pun jatuh menitik di atas tubuh jenazah. Saya tahan saja untuk memeluk erat arwah ketika tu..airmata usah dikatakan lagi..tak henti henti walaupun ramai yang menasihatkan redha dengan dugaan ini..ye..saya redha namun saya masih mentah ketika itu..dan saya sangat-sangat terkejut dengan apa berlaku di hadapan saya ketika ini. Petang semalam saya rancak berbual pasal bunga telor, arwah nak datangke KL menaiki bas sendiri dan saya berjanji akan ambil di Pudu Raya..memang tiada tanda..cuma satu..saya hairan kenapa arwah menolak pemberian hadiah sempena Hari Ibu yang saya telah sediakan. Sunguh-sungguh arwah tidak mahu..katanya saya perlu simpan duit untuk kegunaan hari-hari mendatang nanti. Saya memang pelik..dan biasalah sebagai anak saya merajuk..merajuk..dan merajuk...saya tak dapat fikir secara rasional ketika itu. Rupanya hingga terhenti nafasnya memang arwah tidak sempat menyentuh apalagi memandang hadiah yang belikan itu...apabila terpandang 'Seutas Rantai Emas' itu membuatkan airmata ini sentiasa berjuraian...saya simpan juga hingga beberapa tahun.
Apabila selesai urusan mandikan, dan memakai kain kapan..saya tetiba menjadi seolah-olah kebudak-budakan terus menerpa arwah dan memeluk erat-erat sambil mencium muka, tangan, badan dan kaki arwah yang sedang dikafankan ketika itu untuk meminta ampun..sebab saya baru dapat jawapan yang arwah ada sebab menolak pemberian saya ITU.... yang ALLAH...andai ku tahu...tidak akan ada insiden merajuk itu duhai bonda ku sayang...saya kesal yang teramat sangat. Mulianya hati mu bonda ku...
Allahuakbar...redakan emosi sekejap...
Abah menarik saya ketika saya sempat mencium kaki bonda yang sudah kaku...'sabar la cu..sabarlah cu...jangan buat macam ni tak baik...' dan saya menjawab 'mak tak nak terima hadiah dari cu bah sebab mak dah tak ada...' saya meraung bagaikan orang gila..saya tak kisah orang keliling ketika tue..dalam fikiran saya saya sangat..sangat..sangat..memerlukan dia..cu nak kawin mak bulan 11 ni...hanya tinggal beberapa bulan lagi.....
Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan, ramai sangat yang datang ziarah, rakan-rakan arwah dari Kuala Lipis ramai datang walaupun jauh..solat jenazah terpaksa dibuat diperkarangan luar rumah nenda. saya turt serta ke tanah perkuburan dengan langkah yang amat longlai..dah dipesan berulang kali jangan tangisi..jangan tangisi..ye..saya gagahi demi untuk ke perkuburan namun hati Allah yang tahu bagaikan lautan bergelora jiwa saya ketika itu..
Apapun saya redha dengan ketentuanNYA..saya mulakan hidup dan semangat baru...saya perlu berjuang melawan emosi..menghadapai hari-hari mendatang tanpa lagi ada IBU..perkahwinan saya ditunda ke tahun berikutnya...
Memori itu sangat tragis...saya perlu stop ni bagi hati saya kembali tenang..kan saya katakan tadi susah untuk menulis entri ni..ianya mengundang memori pahit untuk dikenang..saya perlu lawan..tapi saya kurang kuat...saya amat rindukan dia....semoga roh ARWAH ROHIYATI BINTI HAJI AHMAT termasuk ke dalam golongan insan-insan yang solehah dandi tempatkan di sisi ALLAH S.W.T..aminn ya rabilalamin...
Kita semua akan kembali jua tetapi bila dan bagaimana kita tidak tahu..semoga bertemu di Jannah Duhai Bonda...