Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini. Maklumlah tuan punya blog pun bukan hari-hari dapat menjengah apalagi menulis untuk perkongsian bersama. Saya curi masa rehat saya sekejap sebelum urusan lawatan tapak petang ini. InshaaAllah mohon padaNya agar diberi ruang dan peluang untuk menghilangkan rasa hati yang sunyi dan kadang-kadang rasa sedih melalui penulisan. Bila mula menaip saya cuba lari dari tumpuan kerja dunia, juga cuba lari dari dugaan dunia..jika difikirkan terus menerus tidak akan habis..itulah dunia. Apa yang penting Allah S.W.T yang perlu kita ingat No 1. Apa yang perlu kita kejar di dunia??? PANGKAT , HARTA, semua sementara namun pencarian redha ALLAH itulah kunci utama dalam kehidupan. Saya juga manusia biasa tidak punya apa-apa, saya hanya mahukan Allah S.W.T berikan saya kebahagiaan sementara saya masih bernafas di dunia ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk mencari redha Allah S.W.T. .sekadar perkongsian, maafkan saya jika saya tersilap.
Ok...jom kita bercerita berkenaan Butter Prawn atau Udang Mentega yang membuatkan hati saya girang tak terkata. Saya sediakan juadah ini untuk bersahur ketika bulan ramadhan tahun ini. Allahamdulillah selesai tanggungjawab bersujud padaNya saya terus ke dapur..teringin sangat nak makan udang mentega nih..beberapa tahun dulu saya ada cuba namun hasilnya sangat mendukacitakan saya sampai putus asa dibuatnya. Tetapi kali ni rasa sangat-sangat teringin nak buat sekali lagi hinggalah saya jumpa resepi ini di..tak lain tak bukan Azie Kitchen. kak Azie terima kasih sangat sudi kongsikan langkah demi langkah dalam penyediaan resepi ni...
Bila saya hidangkan di atas meja anak-anak saya terdiam seketika dan bertanya 'mama masak ke mama beli ni...' aduhai 'mama masak la sayang....' seronok anak-anak lagi seronok la saya. Nikmatnya dapat menikmati hidangan yang kita idam-idamkan. Terima kasih Allah..
Jom lihat resepinya.
RESEPI BUTTER PRAWN
Oleh: YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu cair)
Sedikit butter/marjerin untuk menumis (saya guna butter)
Sedikit serbuk lada hitam/putih
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak
Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk bulat tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. (saya putar ikut arah tawaf / lawan jam)
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus jer.
Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak (sekejap shj)
Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.
Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa.
Bila sudah agak kering sikit boleh diangkat dan tabur telor yang yang dibuat floss tadi
Aduhaiii sedapnya...terliur dibuatnya tengahari macam ni..hehehe
Ini resepi yang sangat menjadi dan membuatkan saya happy tak terkata. Ratah sahaja pun sedap ni...
No comments:
Post a Comment