Saya nak masukkan entri ni bukan atas dasar lain..cuma ingin berkongsi pembantu saya yang cekap di dapur ni.
Ini lah dia periuk ajaib Noxxa atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Alhamdulillah kehadirannya memudahkan saya untuk menyediakan pelbagai juadah dengan mengambil masa yang singkat. Kebenarannya terbukti bila saya menyediakan nasi arab, ketupat , nasi impit dalam masa yang menjimatkan. Nasi Arab hanya mengambil masa 7 minit sahaja, ketupat dan nasi impit hanya 30 minit sahaja. Saya syorkan kepada sesiapa yang ingin menjimatkan masa memasak cuba dapatkan periuk ini. Atau pembaca ada periuk yang lebih baik daripada ini boleh dikongsi bersama.
Diperkenalkan oleh kak CT Khadijah..hati terus terpaut dan terus membeli periuk ni. Kebetulan memang saya mencari pressure cooker tapi dek kerana cerewet asyik bertangguh nak memiliki periuk macam ni. Tetapi ini berbeza fungsi boleh menggoreng, merebus dan stim. Boleh juga bertindak sebagai slow cooker haaaaa menarik dan tertarik kan...memang berbaloi..apa taknya bila saya menyediakan ketupat di bawah ni hanya 30 minit ramai yang teruja...sekarang kembar saya Lin, adik saya Jaja, Kak Yus dan Abah juga memiliki periuk ini. Berjaya tak saya promote periuk ni hehehe
Ketupat ni kejadiannya sangat lembut, tetapi kena la juga pandai mengisi ketupat dengan kapasiti berasnya ye..saya buat dua jenis :
1. Ketupat Santan ~ direbus menggunakan santan dan garam
2. Ketupat Biasa ~ direbus menggunakan air dan garam
Yang pasti kedua-duanya menggunakan pressure cooker ini dan tempoh memasak hanya 30 minit..
Alhamdulillah setakat ini saya juga sudah menyediakan Nasi Kabsa, resepinya di SINI dua kali saya memasak nasi ini kerana first round habis anak-anak minta buatkan lagi. Merebus nasi impit untuk dibawa ke majlis tahlil di pejabat dan merebus tulang untuk dibuat mee sup tulang untuk dua ke tiga kali rasanya. Nak resepi ke???? InshaAllah saya akan cuba untuk kongsikan resepinya ye....
Ada sesiapa yang berminat???? sila cari pengedar amway mesti ada jawapannya.
Ada sesiapa yang berminat???? sila cari pengedar amway mesti ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment