Wednesday, 10 September 2014

Ayam Panggang Kabsa

Ayam panggang ni saya sediakan bersama-sama Nasi Kabsa di SINI. Mudah sahaja penyediaannya, rempah kabsa yang digunakan juga sama seperti menyediakan Nasi Kabsa iaitu jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji.

Ayam  yang telah dipotong mengikut citarasa kita direbus dahulu untuk diambil airnya bagi memasak nasi kabsa.




Ayam kemudiannya diperap dengan rempah kabsa dan bahan-bahan seperti di bawah ;


RESEPI AYAM PANGGANG KABSA
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan :
1 ekor ayam*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
Sebiji bawang besar dibelah 4
Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
Jintan manis - 1 sudu kecil*
Jintan putih - 1 sudu kecil*
Ketumbar biji - 3 sudu kecil*
Madu - 1 sudu besar  
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Sos tiram - 1 sudu besar
Garam dan sedikit gula

Cara-caranya :

Sangan dulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar  hingga wangi dan sedikit garing tapi jangan sampai hangus ye. 

Kisar bahan  yang bertanda * hingga lumat dan gaulkan dengan semua bahan di atas tadi. Perisakan dengan garam dan secubit gula . Perap hingga sejam kemudian bolehla dibakar menggunakan oven atau pemanggang ajaib sehingga keperangan. Ayam ni telah direbuskan, jadi tak perlu lama dibakar ikutlah selera masing-masing.



Nikmati keenakan ayam panggang ni dengan nasi kabsa seperti di SINI....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...