Kek Marble lagi hehe...kali ni saya perasakan dengan oren sunkist dan coklat.
Kali ni juga saya menggunakan Pure Creamy Butter SCS. Wow hasilnya memang menakjubkan, puas hati saya menghasilkan sebiji kek yang gebu dan sangat lembut!. Alhamduillah...
Mudah jer resepi kek marble atau Kek butter ni. Sama seperti resepi sebelum ni cuma saya tambah perasa buah oren sunkist yang segar sahaja.
RESEPI KEK MARBLE OREN & COKLAT
ymscreations
Bahan-bahan :
250 gm pure butter SCS
1 cawan gula castor (saya kurangkan gula sikit tidak penuh)
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
5 biji telor gred A
1 sdk esen vanila
1 biji oren sunkist
1 sdb coklat serbuk
Cara membuat :
Parut kulit oren yang warna oren sahaja dan perahkan airnya.
Putarkan butter hingga creamy dan masukkan gula, putar hingga kembang
Masukkan esen vanila
Sementara itu panaskan oven 150 darjah celcius dan sediakan baking paper ke dalam tin pembakar kek serta sapukan butter ke dalam tin kek
Masukkan telor sebiji demi sebiji hingga habis dan putar lagi setelah sebati behenti putar
Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dgn cara kaup dan balik (tepung telah diayak dgn baking powder)
Ambil 1/3 bahagian, bancuh dgn warna coklat dan 2/3 dengan kulit oren dan jus oren tadi
Masukkan adunan tadi berselang seli untuk dptkan bentuk marble yang disukai
Bakar kek hingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing
Tak sampai 24 jam kek ni hehe hubby pun tak dapat rasa anak-anak sangat suka lembut sangat kejadiannya.
Alhamdulilah..
~yms~
No comments:
Post a Comment