Tanggal 31 Ogos 2014, Ahad sempena Cuti Hari Merdeka saya menyediakan juadah Nasi Kabsa berlaukkan ayam panggang berempah, puding karamel cinta hati, kek kukus buah-buahan dan dadih mangga kebetulan Family Kak Ngah & Kak Long sebelah suami akan bertandang ke rumah kami...merdekaraya la ni...hehe. Pagi tu saya ada menyediakan lontong daun pisang namun kurang menjadi kerana saya menggunkan Pressure cooker mungkin masanya perlu ditambah. Kek buah-buahan saya pun tak menjadi kerana dikukus hanya sejam,resipi asalnya 3 jam itula kalau pandai-pandai ubah resipi asal..kononnya saya hanya buat setengah adunan sahaja tetapi dek kerana guna acuan kecik ketebalannya turut ada kesan untuk kek masak dengan sempurna..hmm takpe jangan putus asa..belajar dari kesilapan tak gitu?
Ok! saya nak bercerita berkenaan Nasi Kabsah yang dibuat sendiri rempahnya oleh saya. Seperti biasa saya akan meng 'google' untuk study resipi untuk menyediakan rempah buharat. Saya menggunakan pressure cooker yang mana hanya 7 minit sahaja. Nak tau bagaimana pembantu saya yang cekap ini..haa sila lihat di SINI
Jom layan resipi dulu, sebelum tue saya nak bagitau resipi di bawah ini saya dah olah ye..sumbernya adalah daripada blog Azie Kicthen dan blog Kongsi Resipi.
RESIPI NASI KABSA
Oleh : YMS Creations
Beras Moghul Basmathi Faiza - 1 kg
Air rebusan bagi 2 ekor ayam
Bawang Besar - dipotong dadu
Tomato -dipotong dadu
Jintan manis - 1 sudu besar*
Jintan putih - 1 sudu kecil*
Ketumbar biji - 3 sudu besar*
Lada hitam - 2 sudu kecil
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Tomato puri - 2 sudu besar
Sos Tomato - 2 sudu besar
Minyak zaitun - 2 sudu besar
Butter - 1 sudu besar
Pertama sekali sangaikan dahulu bahan yang bertanda * kemudian kisar samada kering atau gunakan air hingga halus. Panaskan butter dan minyak zaitun dahulu dan tumiskan bawang dan tomato hingga wangi dan layu masukkan bahan kisar tadi, lada hitam, serbuk kunyit, tomato puri dan tomato sos. Biarkan sedikit garing masukkan garam dan beras yang telah direndam selama 20 minit yer. sukat betul-betul sukatan air sama dengan sukatan beras dan masukkan ke dalam pressure cooker masak selama 7 minit.
Boleh dihidang bersama ayam kabsa...wallaaa...
No comments:
Post a Comment