Saya mula-mula berjinak dengan dunia ini apabila teman baik saya atau lebih mudahnya kakak angkat saya Kak Siti Khadijah merasai puding caramel yang saya sediakan ketika Majlis Khatam Quran pada tahun 2013 di sini.
Bermula dari situ, beliau selalu memujuk saya menyediakan lagi puding caramel untuk santapan beliau sekeluarga. Sudah diberikan resepi, namun beliau tidak jemu terus menerus memujuk saya bagi suatu jangkamasa berbulan jugalah. Maklumlah ketika itu saya masih membawa Amsyar cinta hati saya yang kelima. Dek tak sampai hati saya akur dengan permintaannya. Bermula dari sini saya diajar oleh beliau untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan, datang kesungguhan dan minat ianya menjadi hobi saya kerana saya dapat membahagiakan insan lain. Bila sudah mulakan dunia ni saya rasa seronok kerana apabila rakan-rakan kita happy. Niat saya ingin bantu rakan-rakan dan saya niatkan sekiranya pahala yang saya dapat saya sedekahkan untuk arwah mak tercinta. Ini kerana sepanjang hidup arwah beliau juga mengambil tempahan baik jahitan atau masakan. Harga yang ditawarkan juga sangat2 berbaloi kerana ada niat disebalik penghasilannya.. Selain caramel beliau ada juga order rendang ayam, asam pedas ikan dan juga donut ball. Berikut adalah list tempahan puding caramel yang saya ingat, sekadar rujukan dan seronok-seronok sahaja.

- Tempahan pertama # Puding caramel untuk anak-anak Kak CT yang tercinta (20++ bekas)
- Tempahan kedua # repeat order lagi oleh Kak CT untuk Majlis Hari Lahir anak beliau (100 bekas)
- Tempahan ketiga # tempahan dari Cik Jan kawan rapat saya juga di Setia Alam (60 bekas)
- Tempahan kempat # tempahan donut ball dari Kak CT juga selepas dipujuk berulang kali
- Tempahan kelima # tempahan rendang seekor ayam K. CT
- Tempahan keenam # tempahan rendang daging 3 kilo (my twin Lin)
- Seterusnya... # Asam pedas ikan senangin sekilo Kak CT
No comments:
Post a Comment