Friday, 15 August 2014

Apam Balik Yang Sangat Sedap

Saya sangat suka Apam Balik tetapi bila beli tidak menepati citarasa. Baru-baru ni my twin ada buat..mudah jer katanya..apalagi..saya cepat2 cari resepi dan terjumpa dari blog Azie Kitchen. Saya cuba buat semalam dengan mengubahsuai sedikit resepi asal...hmmm mmg seperti yang saya idamkan...alhamdulillah syukur.
Kepada sesiapa yg ingin mencuba sila rujuk resepi di bawah..enjoy..

RESEPI APAM BALIK 
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 setengah cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telor
kacang tanah yg telah di goreng dan ditumbuk kasar
jagung dalam tin
gula untuk tabur
marjerin secukupnya

Cara-cara :

1. Pukul telor dengan gula hingga kembang
2. Masukkan air
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak
4. Pukul lagi hingga sebati
5. Panaskan dalam kuali kecil yang tidak melekat
6. Letakkan bahan batter yang telah diadun tadi ke dalam kuali panas
7. Taburkan gula, kacang tanah dan jagung mengikut citarasa masing-masing
    (saya suka letak banyak2 lg sedap..*banyak dlm kuantiti yang berpatutan ye)





Apam balik yang telah ditabur dengan kacang tanah, jagung dan gula..yummy

Anak-anak mesti happy bila mama boleh buat apam balik sendiri..anak-anak saya tanya ni mama beli ke buat..seronok bila anak2 happy dan makan hasil air tangan mama mereka sendiri kan. Mama happy bila anak2 happy. Ok jumpa dientri akan datang dengan resepi yang lain pula. SATU MASAKAN SATU CERITA..

Apam balik yang telah siap..sangat lembut hingga ke petang..cubalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...