Monday, 18 August 2014

Bingka Durian Yang Enak

Bingka durian..tahun lepas punya CERITA..alhamdulillah masih diberi ruang dariNya untuk create cerita ni walaupun ianya cerita tahun 2013. Balik dari kuala kubu bharu kerana menghadiri maajlis kenduri kawin rasanya..haa ingat-ingat lupa dah..yang penting hubby belikan durian yang sangat enak dimakan. Isinya tebal bijinya nipis..lihat di bawah ni..alhamdulillah..syukur dengan nikmatNya. 


Puas anak-anak makan isi durian ni, ada lagi lebihan mulalah fikiran ni cepat je nak menghasilkan satu masakan yang dah lama terpendam nak buat. Maklumlah time ni saya membawa anak bongsu. Inilah dia bingka durian. Saya menggunakan sukatan bahan-bahan untuk membuat bingka labu cuma ditukar bahan rajanya saja iaitu labu ke durian. Saya rujuk resepi ni dari blog Azie Kitchen, hmm mesti ramai yang tahu kan blog ini memang terkenal dengan resepi yang enak-enak. Apalagi cubalah resepi ni..memang tiada tandingan hehe.


Saya tidak bercadang untuk tulis resepi di entri kali ini inshaaAllah kita shar di entri Bingka Labu yer..kerana saya lagi suka menyediakan Bingka Labu sebelum ini kerana ia merupakan favourite my hubby. Bingka durian ni kurang dapat sambutan anak-anak walaupun ianya sangat enak pada saya kerana mereka lebih suka makan durian begitu sahaja. Hmm apa-apapun setiap MASAKAN ADA CERITA tersendiri kan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...