Lihatlah gambar kuih TALAM BELAUK di bawah ni...aduhai..terasa keenakan bila di makan bersama-sama sos yang cukup rasa masam manis masin. Gambar ini diambil ketika masih di dalam kukusan lagi kerana baru ditutup apinya. Oppss sos terlupa nak snap gambar!!!
Talam belauk yang siap dikukus untuk juadah berbuka puasa |
Talam belauk ni saya sediakan ketika ingin berbuka puasa bersama keluarga saya di Meru, Klang. Suami, anak-anak dan adik beradik saya amat menggemari kuih talam ni. Talam belauk ni juga kesukaan arwah bonda saya yang tercinta, syahdu pula bila teringatkan kehilangan bonda tercinta..hanya yang tinggal pesanan arwah #walau setinggi manapun wanita punya pelajaran dan kerjaya..jangan lupa turun ke dapur..kerana ia adalah kunci kebahagiaan keluarga#..insyaAllah bonda..selagi hayat masih ada pesanan ini akan ku semat dalam hati. Apa yang penting sering mohon pada Allah S.W.T agar diberi kesihatan sepanjang hayat semoga dapat menyediakan juadah terindah untuk insan-insan tersayang...aminnn. InshaaAllah saya akan share resepi untuk entri akan datang sebab tiada gambar sos dalam enti kali ni..huh saya akan share resepi bila ada gambar sos nya sekali..siapa kenal yuslina inilah dia..semua nak complete hehehe. Semestinya talam belauk ni menjadi menu utama keluarga dalam masa terdekat. Ok kita jumpa di lain entri yerrrr....
No comments:
Post a Comment