Monday, 18 August 2014

Rendang Ayam di Majlis Khatam Al-Quran 2013

Assalam kpd semua pembaca yang disayangi,

Saya teringatkan memori indah yang terpalit dalam sejarah hidup saya ketika bertugas di Ampang. Kami berjaya khatam Al-Quran pada bulan ramadhan tahun lalu...saya baru kesempatan untuk bercerita di sini kerana bagi saya ianya kenangan terindah buat saya. Sesiapa yang bersama-sama saya ketika itu dapat merasai kepuasan dan rasa syukur pada Pencipta kerana untuk khatam Al-Quran ketika bertugas satu amanah yang amat hebat untuk dilaksanakan. Perlu ada komitmen yang kuat dari segi dalaman maklumlah dengan bebanan tugas yang perlu dipikul dan nafsu ngantuk yang perlu dibendung. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana memberi kekuatan jiwa itu kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain. Saya doakan walaupun saya telah berpindah amalan ini akan diteruskan hingga bila-bila aminn. Haaa...masih ingat SATU MASAKAN SATU CERITA...yee semestinya!! Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Rendang  Ayam yang saya sediakan ketika Majlis Khatam Al-Quran seperti yang saya ceritakan di atas tadi.


Rendang Ayam yang boleh dimakan dengan nasi, ketupat, lontong dan pulut kuning

Ayam yang sedang direndang dalam kuali...berasap...
Dalam majlis tu nasi impit disediakan oleh anak buah saya Asiken, Saya menyediakan puding caramel juga ketika ini hmm sedapnya puding caramel. Ketika majlis ini juga saya menerima mula menerima tempahan puding caramel oleh rakan karib saya yang dipanggil Kak CT. Boleh juga dianggap sebagai kakak angkatlah juga kerana kami telah lama mengenali di antara satu sama lain sejak di UTM Skudai lagi. Dek kerana di makan sejuk-sejuk hmm Kak CT ni terpesona dengan puding caramel ni dan terus mengorder untuk satu adunan. Nantikan resepi puding caramel yang akan saya kongsikan di SINI yer...jom layan dulu gambar kenangan saya bersama rakan-rakan di Ampang bagi Majlis Khatam Quran yang paling best nih..
Majlis ni di adakan di dalam bilik saya jerr,itu yang meninggalkan memori yang maniss hingga saat ini,
siap ada bunga telor tu

Haa..tu dia puding caramel yang saya katakan tadi..hmm sejuk diuliti dengan ais hehe
Inilah di geng mengaji kami..suka sangat tengok gambar ni..terima kasih sahabat ku kerana kita sama-sama dpt menjayakan majlis ini wpun kecil-kecilan tapi sangat meriah siap ada bunga telor lagi..alhamdulillah
Terasa amat rindu sekali dengan rakan-rakan dan anak buah..bila lagi dapat bersama-sama seperti ini..
Ok! jom kita merendang pula..lihat resepi di bawah.

RENDANG AYAM
Oleh : YMS Creations

Bahan bahan :

2 ekor ayam (ayam daging/ayam kampung/ayam pencen)
15 ulas bawang merah *
1 labu bawang putih *
2 inci halia*
2 inci lengkuas - diketuk 
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai *
3 senduk cili kisar - ikut suka pedas
3 kg santan 
3 helai daun kunyit - dihiris 
3 helai daun limau purut
1 senduk kerisik 
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang (agak-agaklah jgn banyak sgt)
Garam 
Gula

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar serta lengkuas yang diketuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Pastkan benar-benar kering ye, baru dimasukkan santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan daun limau purut, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak dan taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.


Mudahkan..cubalah untuk insan tersayang, makanlah dengan nasi impit, ketupat dan lontong hmm memang menjilat jarilah hehe..boleh dihidangkan untuk apa-apa jamuan sekalipun memang sesuai. Di jadikan santapan untuk nasi pun meletop!. Apa yang penting masak kena ada jiwa dan sabarrr itu penting bagi menjaga keaslian rasa yang enak!..jangan lupa...SATU MASAKAN SATU CERITA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...