Tuesday, 26 August 2014

Kuih Bakar Labu Kegemaran My Hubby


Bingka Labu ni ada ceritanya tersendiri..hubby sangat suka kuih bakar ni. Asalnya ada lebihan labu ketika saya membeli di pasar untuk di masak lemak labu. Saya sangat menggemari sayur labu ni, lagipun ianya makan sunnah. Rasullullah amat menggemari labu, apa salahnya kita sebagai umatnya turut menyukai apa yang nabi suka kan. Cuma saya tidak boleh makan dengan kerap kerna labu ni angin. Teringat saya tahun lepas ketika membawa si kecil dalam kandungan kerap sangat saya menyediakan hidangan berasaskan labu. Boleh dikatakan sentiasa ada stok labu ni di rumah. Sehari selepas saya rasa menikmati keenakan labu ni saya diserang Bell's Palsay atau lebih dikenali minor stroke di muka. Itu kenangan yang saya tidak boleh lupa sepanjang hidup saya. Namun demikian saya redha, Allah Taala akan menguji pada hambaNya yang mampu. Itu janji Allah Taala, saya percaya disebalik ujian itu saya perolehi nikmat sebaliknya. Allah Maha Besar kan. InshaAllah saya akan kongsikan kenangan saya itu untuk perkongsian pembaca blog sekalian dalam ruangan MEMORIES yang akan wujud tidak lama lagi. Sekarang kita layan dulu resepi kuih bakar labu ni yang saya ambil dari blog Azie Kitchen, the famous blog pada saya. Terima kasih Kak Azie, seronoknya kalau saya dapat jumpa bertentang mata dengan Kak Azie.



RESEPI KUIH BAKAR LABU
Oleh : YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

2 biji telor
1 setengah cawan santan ( 1 santan + 1/2 cawan air)
1cawan tepong gandum
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar minyan sapi (saya tukar kepada butter yang dicairkan)
1 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
sedikit bijan untuk tabur (saya tak letak kerana anak-anak tak suka)

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius

Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu dan kacau guna whisk hingga semua bersatu

Tapiskan adunan tadi baru masukkan labu yang telah dilecek.

Masukkan butter yang telah dicairkan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing, saya gunakan api atas bawah.

Bila dah masak boleh keluarkan, biarkan sejuk baru dipotong.


Saya sediakan sudah berulang kali alhamdulillah sangat-sangat menjadi, setiap kali dihidang akan menjadi rebutan. Seronok bila apa yang kita hasilkan dinikmati bersama-sama insan tersayang. Hujung minggu ni menu ini sudah ada dalam kepala untuk disediakan sebagai minum petang kami sekeluarga. Labu pun sudah dibeli dari minggu lepas lagi, namun belum diberi kesempatan lagi untuk menyediakan menu ni maklumlah setiap hujung minggu di bulan syawal ni sibuk memenuhi undangan kenduri kawin dan jemputan rumah terbuka disamping menyediakan juadah tempahan selain puding caramel, rendang juga menjadi menu yang suka ditempah. Nantikan resepi rendang versi YMS Creations yer...inshaaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...