Alhamdulillah syukur...si bongsu Amsyar Hayy genap dua tahun hari ni. Saya teringat arwah mak selalu buat bubur candil ni bila ada sesuatu yang baik-baik berlaku umpamanya tanda kesyukuran.
Sedap tau candil ni bila dikunyah liat- liat gitu..
Candil ni di buat dari tepung pulut, air masak dan sedikit garam. Saya bancuh agak-agak jer tidak terlalu keras dan yg pasti tidak lembik untuk dibentuk bulat kecik seperti gambar di atas. Sebelum direbus ke dalam air panas yg diletak daun pandan adunan yg dibentuk kecik tadi ditekan tengahnya.
Rebus hingga timbul dan toskan, begitu juga keladi yg dipotong dadu direbus dahulu dan tos.
Keladi kuning ni memang sedap dan empuk sekali ditambah dgn lemak.
Bahan untuk bubur santan pekat dan santan cair, gula pasir dan sekeping gula kabung. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga kuah mendidih perlahan sebelum masukkan candil dan keladi tadi. Rasalah ikut tekak masing-masing tambah mana yang perlu. Saya dan hubby memang tak suka bubur yang manis. Tekak kami suka yang sedang-sedang sahaja itu susah sikit nak bagi sukatan. Arwah mak pesan kita ni orang perempuan kena pandan agak-agak.
Ini dia anakanda yang cumel dimata mama sangat petah bercakap bahasa dia. Suka menyanyi Pak Atan ada kucing nama dia Bingo dan suka berjoget ikut rentak lagu. Nyanyi-nyanyi juga sayang mama doakan Amsyar jadi anak yang soleh dunia akhirat. Aaminn...
::yms::
No comments:
Post a Comment