Sunday, 28 February 2016

Spagetthi Bolognise Meat Ball

Assalam..jom sarapan spagetthi bolognise..kat rumah saya ni semuanya penggemar spagetthi..hubby yang dulu tak suka pun jadi suka.

Saya pulak bila anak-anak minta tak sampai hati tak tunaikan permintaan mereka.


Alhamdulillah mudah jer buat spagetthi ni..sama je resepinya cuma kali ni saya tambah meat ball. Ermm sedap!, saya suka lebihkan bawang cincang, kali ni saya letak serbuk lada putih dan bawang hitam. Tambah sos cili selain dari tomato kimball 2 botol. 

Tak susahkan..janji ada keinginan nak buat..

::yms::


Bubur Candil Keladi..Kesyukuran Amsyar 2 Tahun...

Alhamdulillah syukur...si bongsu Amsyar Hayy genap dua tahun hari ni. Saya teringat arwah mak selalu buat  bubur candil ni bila ada sesuatu yang baik-baik berlaku umpamanya tanda kesyukuran. 


Sedap tau candil ni bila dikunyah liat- liat gitu..


Candil ni di buat dari tepung pulut, air masak dan sedikit garam. Saya bancuh agak-agak jer tidak terlalu keras dan yg pasti tidak lembik untuk dibentuk bulat kecik seperti gambar di atas. Sebelum direbus ke dalam air panas yg diletak daun pandan adunan yg dibentuk kecik tadi ditekan tengahnya. 


Rebus hingga timbul dan toskan, begitu juga keladi yg dipotong dadu direbus dahulu dan tos. 


Keladi kuning ni memang sedap dan empuk sekali ditambah dgn lemak.


Bahan untuk bubur santan pekat dan santan cair, gula pasir dan sekeping gula kabung. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga kuah mendidih perlahan sebelum masukkan candil dan keladi tadi. Rasalah ikut tekak masing-masing tambah mana yang perlu. Saya dan hubby memang tak suka bubur yang manis. Tekak kami suka yang sedang-sedang sahaja itu susah sikit nak bagi sukatan. Arwah mak pesan kita ni orang perempuan kena pandan agak-agak.


Ini dia anakanda yang cumel dimata mama sangat petah bercakap bahasa dia. Suka menyanyi Pak Atan ada kucing nama dia Bingo dan suka berjoget ikut rentak lagu. Nyanyi-nyanyi juga sayang mama doakan Amsyar jadi anak yang soleh dunia akhirat. Aaminn...

::yms::

Saturday, 27 February 2016

Kisah Roti Jala..

Roti jala ni ada kisah sendiri disebalik kejadiannya...teringat hari isnin lepas saya berpuasa dan hadir mesyuarat di Putrajaya. Dalam mesyuarat tu dihidangkan roti jala..aduhaii tergoda la pulak dugaan betul puasa hari tu hehehe. Hari ni juga jiran dan hubby saya telefon berkali- kali kerana Ayra tak keluar rumah utk ke sekolah. Satu lagi kejadian yang membuatkan saya runsing, baca whatsapp yang minta saya respon cepat dari hubby dan jiran saya Nur rupanya mereka sedang susah hati Ayra tak menjawab walaupun pintu diketuk dengan kuat berkali-kali. Hubby minta saya balik kebetulan saya yang membawa yang membawa kereta. Saya keluar awal dari bilik mesyuarat alhamdulillah sudah selesai. Berjalan dengan cepat dan sebaik masuk kereta saya pecut untuk segera sampai ke rumah.. Allahuakbar semoga Dia melindungi anak perempuan tunggal saya dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Dipendekkan cerita Nur dapat membuka pintu rumah dan Ayra elok tido dengan lena...aduhailaaa anak !!!. Saya tetap pulang ke rumah dan ke pejabat semula aduhai memang dugaan puasa saya hari ni..

Balik dari pejabat memang saya nekad nak menjala petang ni..alhamdulillah memang menjadi!  Walaupun sempat menjala 5 keping sahaja sebelum berbuka, saya sambung selepas solat maghrib.
Ermm macam biasa laa macam kilat habis dipinggan, hubby minta saya bancuh lagi alamak penat donggg. Next time buat banyak fuhh penat tau dengan kejadian petang pagi tadi...tapi camane tak abis tengok warnanya..mengodakan hahaha


Resepi Roti Jala
ymscreations 

2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung kastard
1 biji telor
1 1/2cawan air ( saya agak-agak jer jgn cair dan pekat sgt)
1 sdb mentega cair

Gaulkan semua bahan untuk jadikan adunan seperti lempeng dan tapis agar tiada berbintil-bintil.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan jala menggunakan acuan jala.
Api jangan terlalu panas dan perlahan.
Biarkan hingga garing dan sedikit terangkat boleh lah diangkat.


Letak atas pinggan lebar dan gulung seperti gambar di bawah.
Lipatkan ke dalam kiri dan kanan kemudian gulung dari atas ke bawah.


Hidangkan dengan kuah kari ayam dan kentang yang dipotong kecil.
Kuah kari yang pekat lagi sedap, kuah saya ni tepaksa dicairkan untuk sarapan keesokan pagi tu saya sambung menjala. 


~yms~

Tuesday, 9 February 2016

Roti Cheese lagi...

Bila anak2 minta lagi roti cheese macam ni ermm saya tidak kata tidak sebab membuatnya memang senang kebetulan ada lebihan kuah spagetthi..

Mudah sahaja cuma sapukan planta di atas roti dan sapukan sos spagetthi kemudian taburkan cheese mozarella.

Panaskan oven dan bakar dgn kepanasan sederhana hingga cheese masak. 



Haa kalau ada lebihan sos spagetthi jom kita buat roti macam ni sedap sangat..


Jangan fikir yang susah yg mudah2 jer..

::yms::

Biskut Dahlia Sempena Cuti CNY..ermm menjadi

Assalam..selamat bercuti semua...rasa nak buat biskut laa. Bila anak2 asik sebut    ' ma buatlah biskut upin ipin..' Owhh biskut dahlia..


Tahun lepas memang saya tak buat langsung biskut raya..tetiba tahun ni bersemangat pulak nak buat.
Alahai tak sempat tunggu raya aidilfitri, raya cina dah sibuk mem'baking' hehehe.


 Alhamdulillah kali ni menjadi biskut dahlia saya menjadi hehe..saya cedok resepi dari CMG..terima kasih Che Mat yer..
Macam biasalah saya olah sikit jerr sebab nak kurangkan manis dan tambah susu pekat. Seingat saya dulu arwah mak memang buat biskut dahlia ni menggunakan susu pekat.
Jom tengok resepi..

Resepi Biskut Dahlia
ymscreations

300 gram butter cup 
120 gram gula icing
3 sudu besar susu pekat manis
160 gram tepung gandum
160 gram tepung kastard
100 gram tepung jagung
2 biji kuning telor
1 sdk esen vanila

Putar butter perlahan hingga tidak berketul masukkan gula sedikit demi sedikit
Putar lagi dgn kelajuan sederhana
Masukkan esen vanila, susu pekat dan telor kuning, putar lagi hingga nampak gebu
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yg telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis
Kaup hingga sebati dan masukkan dalam acuan.
Panaskan oven hingga panas 130 darjah guna api atas bawah
Hiaskan dengan hiasan yg anda suka
Bakar 15-20 minit bergantung kepanasan oven masing2.


Saya suka perang2 sikit errmm rangup..



Alhamdulillah boleh guna resepi ni untuk penyediaan biskut raya tahun ni..inshaaAllah.

::yms::

Monday, 8 February 2016

Celur Kangkung Hasil Tuaian Pertama

Cerita berkebun pagi tadi..saya petik atau tuai kangkung yg ditanam dalam pasu jer tapi dah menjalar ke serata pokok hehe..merayap ko yer kangkung..


Lupa plk nak snap kangkung tadi alahai..nak tumis tak la banyak mana..celur lah dan cicah sambal belacan.


Kebetulan hari ni masak Kari Ikan Jenahak, saya buat Sambal Belacan Limau Kasturi geram jerk tengok kulit limau yg cantik dan besar ni saya hiris dan masukkan dalam sambal belacan. Wow bikin tak boleh diet ni bila nasi bertambah aduhai..apa nak buat sedap punya pasal. 


Resepi kari ikan ni boleh carilah dalam blog saya ni yer. Sama sahaja cuma saya tumiskan halba campur biar wangi kari ikan ni. Alhamdulillah...

~yms~

Membelai Pokok Kesayangan di Hari CNY...

Assalam, Chinese New Year tahun ni memang kami sekeluarga tidak ke mana. Melayan anak tekak yang ada di dalam rumah ni dan saya habiskan cuti dengan membelai pokok dan tanaman kesayangan saya di halaman rumah. Pokok-pokok ni bila dibaja, disiram dengan kasih sayang hasilnya sangat menenangkan. 


Semua pokok yang saya tanam ada kenangan tersendiri..rose ni tahun lepas saya beli di Floria Putrajaya..saya menapak dari Galeria ke Floria dengan sahabat saya Ijan..hahaha kepanasan kami sebab nak parking jauh juga. Bila blk dr pejabat baru saya ambil pokok ni di pintu masuk Floria.


Kat depan pagar rmh saya tumpang jiran utk tanam pisang tapi tak menjadi pulak  pisang abu ni..yang sebelah kiri tu pokok belimbing besi ermmm sedap buat sambal hitam selain di letak dlm masakan sambal ikan, sambal sardin dan lemak cili api. Terliur lahh pulak...


Kat luar depan rumah pulak, pokok kedondong memang lebat buahnya, tak berhenti berbuah. Pokoknya memang sudah sedia ditanam sebelum kami pindah ke sini lagi. Selain tu pokok betik sedang berputik berbuah sulung hehehe, pokok pandan pulak dah brp kali tanam, saya tak kisah jiran nak ambil cuma jangan dimusnahkan la pokok ni kesian pokok kita. 

Pokok mangga epal pula baru nak naik dulu saya tanam pokok mangga cekonan aduhai buahnya sangat manis tapi sayang mati pokok ni disebabkan anai-anai. Pokok kari pun sangat menjadi, kerap juga diambil orang saya niatkan sedekah..makin banyak pulak beranak pinak. Haa jangan tak tau pucuk manis pun ada ni bibik saya yang lama dgn saya dulu yang tanam.

 
Dah berapa kali masak pucuknya ni..hari ni hubby tebang sepokok nak kasi terang sikit depan ni..




Dalam rumah pun ada pokok betik yang sedang berputik juga tu. Pandan pun ada juga dan selebihnya pokok hiasan lupa lah lamanya..durian belanda pun ada tau cuma belum berbuah lagi...


Seronok bila pokok-pokok ni merimbun dan sihat. Macam kehidupan kita bila dibaja,disiram dan dijaga semestinya akan bahagia. Semoga pokok saya berbuah, berbunga dan sihat selamanya..aaminn

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...