Sunday, 3 January 2016

Seri Muka Yang Tak Berapa Nak Berseri di Awal Tahun 2016

Salam Tahun Baru 2016...alhamdulillah kita dah tinggalkan tahun 2015 dengan beribu kenangan indah dan pahit. Gembira, sedih, suka dan duka kita tinggalkan..dan sekarang menjengah ke tahun baru pelbagai onak dan duri perlu ditempuh dengan penuh kesabaran. Apa yang penting kebahagiaan dan kesihatan yang saya cari. Pastinya umur semakin meningkat..saya cari redha Ilahi..

Ok jom buat kuih di tahun baru..sesekali boleh buat kuih manis macam ni.. Yang penting ini kuih tradisional yang sangat saya suka tetapi nak buat memang mencabar kesabaran saya.



Walaupun kejadian permukaan seri muka ni kelihatan berseri tetapi tak menyerikan hati saya sebab lapisan tengahnya sedikit cair aduh..


Takpe saya dah kaji dan hasilnya seperti resepi yang saya akan kongsikan seperti di bawah ini. Kesinambungan  resepi dari blog Azie Kitchen dan Sinar Kehidupanku. Saya akan jadikan rujukan untuk menyediakan kuih ini untuk masa akan datang..inshaAllah ianya akan menjadi ikut kata hati saya..

Kuih Seri Muka
ymscreations.blogspot.my

Bahagian bawah :
2 cawan pulut direndam  3-4 jam
2 cawan santan (1 cawan santan pekat + 1 cawan air)

Bahagian atas :
4 cawan santan (3cawan santan pekat + 1 cawan air)
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum padatkan 
1 sudu besar tepung beras
2 biji telor gred A
8-10 helai daun pandan 

Kukus pulut  dan santan hingga masak
Tukarkan ke loyang atau acuan lain, saya guna bekas 4 segi dilapik plastik
Tekan hingga padat & gores utk lekatkan bahagian atas
Kisar sebahagian santan dan daun pandan dan perahkan
Bancuhkan tepung, gula, santan dan air daun pandan tadi dengan menggunakan whisk
Pukul telor perlahan dan tapis sebelum dimasukkan ke dalam adunan tadi
Selepas sebati panaskan di atas api yang perlahan hingga berwap dlm tempoh 3 minit
Tuang ke atas pulut tadi dan kukus dengan api kuat selama 10 minit dan teruskan kukus dgn api biasa hingga 30 minit
Buka penutup kukus yg dibungkus kain dan terus kukus selama 5 minit utk keringkan air di atas permukaan kuih
Sejukkan baru dipotong 

InshaaAllah saya akan gunakan resepi ini utk masa akan datang dan pastikan ianya menjadi.
  

Kali ni mungkin saya guna 4 biji telor gred A dan tidak campur tepung beras. Pulut di bawah menjadi cuma agak tebal dan kurang masin sikit.

Takpe saya akan cuba hingga berjaya.
Alhamdulilah 

~yms~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...