Kebetulan ada kuah kari daging lebihan semalam...saya uli doh roti canai ni..
Masa saya remaja dan kami sekeluarga menetap di Kuala Lipis dulu..menu ni memang pilihan kami bila semua balik bercuti saya uli sehingga sekilo jenuh juga laa..sekarang tiada alasan jika ada alat yang memudahkan utk kita menguli!
Saya pernah kongsikan resepi roti canai sebelum ni...cuma kali ni saya letak telor sebiji dan gunakan air suam.
Resepi Roti Canai
ymscreations
4 cawan tepung
2 sdb planta
1 1/2 cawan air suam
1 sdb susu pekat
1 sdb gula
1 sdk garam
Masukkan kesemua bahan dalam bekas mixer dan kemudian adun gunakan mixer.
Biarkan mixer hingga 10 minit nampak adunan lembut dan licin boleh dikeluarkan
Bulatkan seperti gambar no1 di bawah dan sapukan dengan planta di seluruh adunan yang dibulatkan tadi, buat satu persatu.
Perapkan..saya perap sejam sahaja (kalau nak lg lembut uli malam dan tebar pagi).
Tebar di atas dulang hingga nipis spt gambar no2 lipat 4 spt no3.
Panaskan kuali leper dan leperkan spt no 4 gunakan api kecil ketika menggoreng (goreng ertinya letak sedikit minyak dan planta atas kuali leper). Balik2 kan hingga masak spt no 6.
Boleh di angkat dan dimakan panas2
dengan kari daging
No comments:
Post a Comment