Assalam..
Hari-hari cuti macam ni mesti ramai yg blk ke kampung kan..saya ni kampung dekat saja tak gaduh nak blk jauh-jauh. Hati-hati di jalan raya ketika musim cuti ni..byk kemalangan yang kita dengar. Rancang cuti kita dgn sebaiknya..nak bergerak jangan waktu tengah malam..biarlah menjelang ke pagi. Pengalaman mengajar saya sentiasa beringat..
Cuti empat hari sempena cuti hari pekerja dan cuti hari wesak diisi dengan menghadiri jemputan kenduri dan rewang. Haaa gambar saya dengan si kecil Amsyar tu ketika menghadiri kenduri anak jiran kami diadakan di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya.
Masa ni dah tak ramai orang sebab tu ada ruang utk posing sementara My Hubby sedang mengambil makanan tue kat belakang hehe, beri laluan untuk Hubby menjamu dahulu..kami lewat sampai dalam jam 3 ptg kerana ada tetamu dari Bumi Kenyalang.. Shhh awal lagi nak cerita di sini kita tunggu entri seterusnya yer...
Mood anakanda saya masa ni sangat baik..cuma mulutnya yang asik menyebut nak nak nak bila nampak makanan heheh..sayang anak mama..nak bagi makanan kenduri ni pun kena hati-hati takut perut meragam nanti almaklumlah org tua pun kadang2 tak tahan dengan kualiti hidangan apalagi bayi kan. Tapi tak semua yang tak berkualiti kita kena bijak lah utk mengambil diet kita apabila menghadiri majlis mcm ni..
Itu kisah di dewan, haaa ni nak citer yang best bila rewang di rumah pakcik saya yang menerima menantu lelaki. Maklumlah anak perempuan seorang, keluarga kami berketurunan jawa jadi kenduri ni agak meriah dengan pelbagai hidangan juadah jom tengok ni...oowh gambar di bawah ni yang diberi sebagai berkat utk kendarat..utk yang menolong rewanglah kiranya..ada juga bubur somsom tapi tak sempat snap dah licin sebab sedap sangat. InshaaAllah jika saya buat saya share..Ayra suka sangat bubur ni..dah janji untuk buatkan bila-bila nanti.
Sayur kobis tu nampak simple tapi enak banget ada suhun yang banyak mmg meletop lah. Haaa siap ada taucu lagi tu mmg sedap lah..gambar yg ada di atas tu di antara makanan yg enak bg tekak saya lah banyak lagi menu lain spt dalca, tumis kuning nenas, nasi minyak, tauhu sumbat. Malamnye pulak nasi ayam, utk makanan kendarat pulak ada hidangan makan tghari sehari sebelum majilis kenduri ni asam pedas, kerabu, tenoe goreng dan macam2 lah. Ada kuih sedap sangat rupa macam nagasari tetapi diletak cendol mmg sedap sangat I like!!!
Ada satu menu yang saya dan yang lain-lain ligat menolong di belakang apa dia nak tau mmg menyihatkan dan saya nak tiru hidangan ni bila saya buat makan-makan di rumah saya InshaaAllah..
Siap ada ais tu memang sedap betul & hidangan paling laris hari tue..
Semoga Farahin sepupu saya ni dan suaminya kekal berbahagia hingga ke akhir hayat..aamin ya rabb
Alhamdulillah
~yms~
No comments:
Post a Comment