Assalam...
Semoga Jumaat Penghulu Segala Hari ini semuanya dilimpahi kerahmatan dari yang Maha Esa. Jom baca dan dengarkan ayat-ayat suci dari Surah Al-Kahfi...fahami maksudnya semoga kita beroleh kemanisan dalam apa jua yang kita kerjakan InshaaAllah.
Hidup di dunia ini jika tidak disulami dengan ilmu akhirat tak rasa manisnyakan..jom kita cari sama-sama ilmu yang bermanfaat dan dikongsikan dengan insan di sekeliling kita.
Umpamanya bila makan nasi dengan lauk-lauk lain perlu ada sambal belacan kan dah tekaknya orang melayu. Sambal belacan ni pulak macam-macam versi boleh buat. Ada yang sambal belacan biasa sahaja perahkan limau kasturi, kulit limau tu biasanya saya hiris halus dan letak dalam sambal tu memang sedap sangat.
Kali ni saya buat sambal belacan kuinin, kebetulan gi pasar sabtu yang lepas saya ada beli tiga biji kuinin ni. Aduhai harumnya bau kuinin ni...
Makan dengan sambal camni memang bertambahlah En Hubby saya hehe. Saya tak ingat dah lauk apa yang saya hidangkan hari tu, tetapi yang saya ingat sambal ni memang licin berebut dengan anak-anak lagi..
Memang sedap tau..jom saya kongsi resepi yang mudah aje ni..
SAMBAL BELACAN KUININ
1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 biji buah kuinin (dihiris memanjang)
1/2 sdk gula
1 sdk garam
Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan kuinin yang dah diris tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati
*Nota : Jika tak cukup garam atau gula sila tambah yer sebab ikut kemanisan buah kuinin.
Alhamdulilah....
~yms~
No comments:
Post a Comment