Assalamualaikum..
Balik dari melawat kawasan berkaitan projek di Sg Burong, Tanjong Karang dan kebetulan during lunch hour saya singgah di Pasar Nelayan, LKIM Pasar Nelayan. Langit dah mulai gelap, cuaca mendung kedai Hasni tak buka lagi.hmm cuba pergi kedai hujung ni la..wahh alhamdulillah ada udang galah besar cuba tengok gambar bawah ni. Terujanya saya..lama tak makan sejak Athirah dari Rompin datang bawa ke Ampang tahun lepas. Saya tidak lepaskan peluang, bak mai 1/2 kilo hubby sangat suka ni..anak-anak tak berapa suka sebab susah sikit nak makan. Selain udang ni saya nampak ikan belanak kecik yang masih hidup..wah best ikan ni sangat manis di masak asam rebus (nanti saya share ye). Petang sikit saya message hubby nak masak apa udang galah ni ye..saya tanya tp saya yang bagi idea huhu Rendang!! huh..sudahnya memang hubby setuju sangat la..udang galah memang favorite dia & of course the rendang..
Apa yang buat saya terkejut..anak-anak biasanya tak mahu makan udang galah ni susah nak makan katanya..tapi kali ni Abang Haikal & Kakak Ayra punya lah suka. Saya pulak masak tiga ekor sahaja itupun dah penuh satu pinggan. Takpelah makanlah anak-anak, macam biasa mama mengalah..inshaaAllah nanti masak lagi.
Fresh kan udang galah ni... |
Resepi Rendang Udang Galah
YMS Creations
Bahan-bahan :
Udang galah - 3 Ekor Besar
1 sudu besar ketumbar biji*
1 sudu teh jintan halus*
1/2 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
Sedikit air masak
1 sudu besar
Minyak untuk menumis
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - di hiris halus
Cara-caranya :
Panaskan kuali dan minyak masak
Kisar semua bahan-bahan yang bertanda* dan tumiskan hingga garing
Masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing masukkan sedikit air dan santan.
Masukkan serai biarkan mendidih, kecilkan api.
Masukkan daun limau purut, masakkan dengan api yang perlahan.
Masukkan udang galah dan kerisik, gaul biarkan sebati.
Masukkan daun kunyit yang dihiris halus
Jangan biarkan lama sangat ye nanti udang keras dan tak sedap, agak-agak dah masak boleh angkat dan di hidangkan dengan nasi panas.
masak rendang kena sabar..hehe |
dah siap..boleh hidangkan.. |
Saya hidang lauk ni dah tak perlu lauk lain,,hubby tak sentuh pun yang lain tu. saya ada sediakan sayur cendawan tumis dengan hati..yang ini disentuhla..
Alhamdulillah seronok sangat tengok hubby dan anak-anak makan, kecuali Amir dia memang tak suka udang. Ammar makan ikan belanak goreng dengan rempah rendang tu aje..sudahnya memang licin rendang udang galah ni..tak ada saki baki rencah pun yang tertinggal hehe..first time masak rendang udang..boleh masak lagi lepas ni..
Cubalah..memang tak rugi..
~YMS~
No comments:
Post a Comment