Tuesday, 21 July 2015

EID Mubarak 1436H

Assalam,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1436H...Kepada SEMUA Readers saya ucapkan Taqobbalallaahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu. Ameen..

Maafkan andai ada silap dan salah dalam penulisan saya..sudikanlah sentiasa menjenguk resepi yang saya kongsikan..maaf kiranya tidak menepati citarasa readers sekalian...semoga jalinan di alam maya ini terus berkekalan....


Raya kali ni saya sambut dengan paling sederhana sekali..tidak membeli kain pasang hanya menjahit kain yang telah dibeli sebelum ni bertahun tidak berjahit hanya membeli jubah utk dipakai pada hari raya pertama...hubby pun sama tidak membeli langsung baju raya baru kecuali anak-anak.

Biskut raya pun saya tak sempat sediakan, terasa sangat sibuk dan letih berpuasa kali ini...inshaaAllah jika ada ruang mahu juga saya sediakan biskut yang lazat...tunggu yerr

Raya kali ni saya rasa biasa-biasa sahaja..kebetulan keluarga sebelah arwah mak (adik arwah) ada yang terlibat dengan kemalangan dan dua keluarga lagi beraya di hospital kerana demam denggi. SubhanaaAllah...sesungguhnya ini ujian..

Abah pulak mengalami masalah kesihatan buah pinggang dan perlu buat dialisis dan temujanji dengan doktor pada minggu hadapan...

Hari Raya perlu disambut juga dengan kegembiraan namun gembira itu terbatas dek kerana ada yang bersedih...Allahurabbi..

Pagi Raya seperti biasa kami menziarahi pusara arwah bonda Hjh Rohiyati Hj Ahmat, arwah kanda Maya Safira Mohd Sani, arwah atuk dan nenek tersayang..hanya doa kami kirimkan semoga rohnya tenang di sana..aamiinn

Ptg raya saya sempat sediakan Rendang Daging bersama Paru dan Limpa...nti saya share resepi yee...Alhamdulillah habis licin rendang yang saya sediakan.

Jom layan sedikit gambar kami beraya Teratak Ayahanda saya di Jalan Kempas, Meru Klang dan Rumah Mertua Parit 3 Tg Karang...





Selfie dengan My Love...









Selfie dengan anak dara tunggal....

Syukur Alhamdulillah...semua urusan ziarah berjalan lancar..


Wednesday, 8 July 2015

Sambal Belacan Nenas..


Assalam,

Tak sempat nak kongsi pelbagai resepi di bulan mulia ni..masa sangat pantas pergi di rumah macam-macam aktiviti nak buat, perlu tido awal untuk bangun sediakan sahur awal pagi. Tak mengapa saya kongsi menu yang mudah janji boleh dijadikan panduan untuk pembaca kesayangan sekalian yer.

Saya nak kongsi menu mudah yang penting pembuka selera maklumlah bila berpuasa selera pun berkurangan.

Jom kita buat sambal belacan nenas...



SAMBAL BELACAN NENAS
ymscreations

1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 potong nenas atau lebih ikut suka 
1/2 sdk gula
1 sdk garam

Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan nenas yang dah potong kecil tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati


Nota : Jika nenas dah manis tak perlu tambah gula banyak.

Silalah cuba yeaa..

Alhamdulillah..

~yms~

Rendang Daging & Ayam Panggang Masak Merah Express


Assalam Ramadhan ke 21 hari ni..cepatnya masa berlalu..begitulah waktu berlari tanpa menunggu kita yang lalai terus lalai janganlah kita termasuk dikalangan insan yang lalai..Jom kejar malam yang memberi ganjaran berganda Allahuakbar..

Hari-hari berlalu juga pantas sedar-sedar dah jam 4.30 ptg saya memang kena bergegas pulang bila lambat memang lambat sampai ke rumah kesian anak-anak nak berbuka dengan air tangan ibunya.
Saya sanggup bersusah payah demi anak-anak saya yang tercinta..moga kasih sayang ini berpanjangan dan doa saya ketika memasak semoga Allah SWT melindungi anak-anak dari kejahatan syaitan dan manusia..diberikan rahmat semoga menjadi insan yang berilmu dan taat dengan perintah Allah SWT..aaamin.

Semalam tiba-tiba teringin nak masak rendang daging kerana sahabat saya Izan belikan ketupat palas.

Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan untuk sediakan rendang kegemaran keluarga..kebetulan saya memang beli daging lembut mahal sikit takpe janji jimat masa dan ternyata sedap. Resepi boleh rujuk di SINI ..sama je macam rendang ayam yang penting keringkan air daging baru masuk santan yer..



Saya sediakan juga Ayam Masak Merah yang sangat mudah..kebetulan Ayam Panggang ada berbaki saya goreng semula biar sedikit garing Sambal tak susah mana pun hanya tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan serai ketuk. Bila sudah garing masukkan cili kisar, garam, gula, cili sos, tomato sos. Tumis dengan sempurna dan masukkan sedikit air.




Hidangkan Rendang Daging dan Ayam Masak Merah bersama Nasi Lemak dan Timun serta Ketupat Palas.. 


   Alhamdulillah.....

Tuesday, 7 July 2015

Aduhai...Agar-Agar Santan ku...

Alhamdulillah........

Terubat rindu...bila dapat makan Agar-agar Pandan..
Menu terindah yang sangat saya rindu..mengingatkan kenangan berbuka dengan arwah bonda...



Allahuakbar..jangan sombong dan bongkak bila kita masih punya ibu dan bapa lagi di dunia ini..kadang-kadang rasa cemburu tapi tabahkan hati..semua akan pergi..tiada yang kekal abadi di dunia yang sementara ini. Percakapan kita jangan takabur, jangan bangga diri, jangan cari kesalahan orang lain, jangan rasa apa yang kita dan keluarga kita tuturkan semua betul, jangan terlalu taksub dengan manusia...
kerana..
manusia adalah manusia punya khilaf, alpa dan serba kekurangan. 

Bertuturlah perkara yang baik-baik terutama dengan anak-anak kita dan jangan ucap perkara yang tak baik dengan anak-anak. jangan sesekali kita sebagai ibu atau bapa kita lah yang hebat segala-galanya ingatlah walaupun kita berstatus ibu atau bapa kita juga punya khilaf..tidak semua apa yang keluar dalam mulut kita benar belaka..jika itu yang berlaku betapa angkuhnya kita bkn di sisi anak malah di sisi Allah SWT.. (peringatan untuk diri sendiri)

Jom semak resepi...



RESEPI AGAR-AGAR PANDAN
ymscreations

1 paket agar-agar
1 paket air (sukatan plastik agar-agar)
1 biji telor
1 cawan santan pekat + 1/4 cawan air
6-7 helai daun pandan
Gula ikut kemanisan masing-masing
Secubit garam

Rendam sekejap dalam 10 minit agar-agar
Rebus dengan sukatan sepaket air tadi hingga hancur (1/2 jam)
Kisar daun pandan yang dopotong pendek dalam seinci bersama telor, santan dan air
Tapis dan perah bahan yang dikisar tadi
Masukkan bahan tapisan ke dalam periuk
Jaga api sederhana dan kacau, bila agak sudah masak kuatkan sikit api agar sedikit menggelegak (tujuan untuk dptkan lapisan atas yang cantik)
Setelah 45 minit bermula dari rebusan pertam tadi boleh ditutup api
Letakkan sedikit air dlm acuan dan tapis sekali lagi
Biarkan sejuk dahulu dan masukkan ke dalam peti sejuk

Wallaa...hmmmm nyamannyer tekak ni...


Alhamdulillah
~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...