Alhamdulillah pengunjung YMS Creations silih berganti walaupun empunya blog tak sempat nak update setiap hari. Betapa berharganya masa itu, sangat diperlukan walaupun Allah SWT beri masa 24 jam sehari namun jika tidak pandai mengurus sebaiknya masa akan berlalu begitu sahaja. Terima kasih kepada pengunjung setia, jika ada masa tinggalkan lah sedikit kata-kata perkenalan diruangan komen boleh kita eratkan silaturrahim..
Gambar bawah ni Ayah, Abang, Ammar dan Amsyar..Kakak Ayra takde mood masa ni hehe Amir biasalah tak suka bergambar dan Mama sebagai camerawoman hehehe..ini di Felda Residence Kuala Terengganu.
Dah tinggal beberapa hari lagi kita akan berpuasa dan anak-anak akan cuti sekolah. Teringat percutian bulan mac yang lepas, kami bercuti ke Terengganu dan Kelantan. Tujuannya mengisi masa cuti sekolah anak-anak dan memujuk kakak kerana belum dapat keputusan ke mana-mana sekolah asrama penuh. Alhamdulillah berita gembira kami dapat ketika berada di Kelantan..tanah suci di Malaysia lah katakan..
Alhamdulillah syukur pada ketentuannya..sejak itu saya sangat sibuk hingga blog ini umpama terhenti..umpama sahaja...
Apa yang menarik di Kuala Terengganu kami tak pernah tinggal Keropok Lekor 008 di Pantai Kelulut..memang sangat sedap. Kami makan keropok ni di Pantai Tok Jembal terasa tenang dan damai.
Di Terengganu kami hanya ke Pasar Payang sahaja cari nenas sedap (baby nenas saya ada share sblm ni..)
Saya paling tak boleh lupa dan aktiviti paling seronok makan di Kota Bharu Kelantan kami makan di Restoran Burger Mat Salleh, rakan saya Aeza yang perkenalkan tempat ni sangat sedap menunya..
Ini burger yang sangat sedap sebabnya daging tu dibuat sendiri dan bahan-bahan ditumis sebelum daging tu dibakar..alahai sangatlah sedapnya burger ini..
Ini ABC yang sangat sedap aisnya halus dan diletak aiskrim yang berkualiti. Waffle di bawah ni sangat rangup dan diletakkan aiskrim yang sangat sedap..ermmm tak puas makan hehe.
Kami order spagetthi tuna, seafood & daging aduhhh memang sangat sedap..masih dapat rasa kesedapan di lidah ini walaupun sudah 2 bulan yang lalu..sangat sangat sedap saya bagi 5 bintang.
Spagetthi Tuna..
Spagetthi Daging
Spagetthi Seafood (Lala/Shell)
Nama kedai ni BURGER MAT SALLEH..kedainya kecil sahaja di tepi jalan berhadapan dengan Petronas. Tanya Google pasti ada jawapannya..
~yms~