Assalam pagi ahad semua pelayar di blog ymscreations!!. Alhamdulilah masih diberi nafas dan waktu untuk saya berkongsi citarasa di dalam alam maya ini. Kepuasan tercapai apabila saya dapat publish perkongsian di sini. Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya ini, walaupun kita belum berkenalan tetapi saya menganggap sesiapa sahaja yang singgah di sini adalah sahabat saya.
Sarapan apa pagi ni sahabat?? . Alhamdulilah saya sempat menyediakan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang di depan rumah!!
Daun pisang memang menarik dan menjadi bahan pelaris kpd sesiapa yang menjual nasi lemak. Pasar pagi semalam menyaksikan orang ramai berebut nak beli nasi lemak yg dibungkus daun pisang. Sampai saya batalkan order dek kerana tak suka menunggu panjang. Kebetulan pulak saya perhatikan hanya nasi lemak, telor, sambal & kacang tanah sahaja. Timun dan ikan bilis tiada, tak berbaloi saya nak menunggu lama. Dalam hati esok lah saya buat sendiri boleh lengkap apa yang kita mahukan.
Resepi Sambal Sotong
ymscreations
1 pinggan sotong yang telah digoreng dgn sedikit minyak (masak sekejap shj dlm 3 minit)
1/2 biji bawang merah besar dihiris kasar
4 ulas bawang merah kecil dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci belacan dikisar
2 biji cili merah dikisar
3 sdb cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul-betul garing ( minyak kena lebih sikit saya guna 1/2 cawan)
Masukkan garam dan gula biar hingga garing
Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan hingga pekat baru masukkan sotong.
Perlahankan api dan biar sambal pekat dan naik minyak barulah tutup api.
Masak sambal kena sabar utk dptkan hasil yang mantap!
Sambal ni nak rasa sedap kena cukup rasa masin, manis sedikit dan masam sikit. Barulah ummphh bila bergaul dengan nasi lemak (nasi lemak saya suka letak hirisan halia, bawang merah dan daun pandan).
Lengkapkan dengan ikan bilis goreng, timun berkupas dan potong serong juga telor rebus. Ermmm..bila nampak cantik pastikan rasanya cukup enak!! Baru lah meletop dalam mulut!!
Haah!! Siap sambal sotong, nasi lemak, ikan bilis, telor rebus dan timun. Daun pisang!! Yes! Suami pagi-pagi lagi dah ambilkan daun pandan dan daun pisang.
Sesi membungkus pun bermula...haaa tu dia nasi lemak daun pisang sudah sedia untuk disantap!
Alhamdulilah boleh dibawa untuk picnic
atau bekal untuk ke mana-mana mudahkan. Bab membungkus ni memanglah saya suka hehe. Resepi nasi lemak boleh rujuk dalam resepi yang saya pernah ke kongsi sebelum ni yer.
Tu dia..jumlah nasi ni pulak mesti akan ditbah oleh anak-anak. Kalau beli alamat tak cukuplah jawabnya. Rajinkanlah diri bila nak bagi anak-anak dan suami kita bahagia apabila menikmati nasi lemak hehehe..
::yms::
No comments:
Post a Comment