Assalamualaikum w.b.t,
Semalam Allah S.W.T berikan rezeki untuk saya menikmati keenakan Lontong di Warung Ibu Jannah yang lokasinya tidak jauh dari pejabat saya di Kuala Selangor. Lontongnya memang asli menggunakan daun pisang. Dulu saya hairan bila nasi impit dimakan bersama kuah lodeh dipanggil lontong. Pada saya nasi impit, nasi impit lah lontong adalah lontong daun pisang tu. Bila dipotong jadi seperti gambar di bawah ini.
Dah lama saya simpan gambar kesayangan ni, Lontong ini dibuat oleh ayahanda saya adik saya menghantar ke rumah ketika Hari Raya Haji Tahun Lepas kerana saya tidak pulang ke kampung kerana kesihatan suami tidak mengizinkan.
Sejak arwah bonda saya tiada ayahanda saya saya yang mengambil alih tugas untuk membuat lontong apabila tiba musim perayaan. Bersyukur kerana masih dapt makan Lontong yang sedap ni. Sejak kecil kami memang diperkenalkan dengan masakan jawa dan tradisional ni. Arwah moyang sebelah atok saya memang berasal dari Sumatera, Indonesia. Lontong memang makanan kami apabila Hari Raya. Teringat di kampung sebelah arwah bonda dan ayahanda memang meriah lauk pauknya tetamu yang datang memang dijamu dengan pelbagai makanan yang lazat. Begitu juga kenduri kendara huh memang penatlah tukang masak ada sahaja menu yang akan disediakan untuk tetamu. Apa pun saya sangat bersyukur lahir dan hidup dalam keluarga saya yang berketurunan jawa. Kami memang dididik untuk melayani tetamu dengan makanan yang enak dan pelbagai, selepas makan tengahari menu hi-tea pula, begitu juga malam selepas makan malam minum kopi pulak..hehe kenyang perut suka hati. Berusaha untuk jamu tetamu dengan makanan yang bagus-bagus aja...enak atau tidak ngikut tekak masing-masing yang menikmatinyaa...hahaha cam indon la pulak.
Ok jom jangan melalut..apa lagi resepinya.
LONTONG DAUN PISANG ASLI
YMS Creations
Bahan-bahan :
Daun pisang secukupnya (anggaran kelebaran dalam 35cm)
Acuan kayu
Tali untuk mengikat daun pisang
Beras dibasuh dan tos
Air untuk merebus
Cara membuat :
Gulungkan daun pisang menggunakan acuan kayu
Ikat dengan tali di hujung atas daun dengan kemas
Isikan beras separuh bawah sikit kedalam daun pisang yang digulung tadi
Ikat lagi sebelah bahagian daun dengan tali
Buat sehingga daun pisang habis
Goncang sebelum di susun berselang seli ke dalam periuk
Isikan air melebihi paras susunan lontong tadi
Rebus selama 6 jam untuk kuantiti yang banyak
(selepas 3 jam di tukar air dengan yang air yang baru dan rebus lagi hingga 3 jam berikut)
Boleh juga direbus 4 jam sahaja untuk kuantiti yang sedikit
Selesai rebus boleh di angkat dan susun secara berdiri di dalam bakul agar ianya sejuk dan mengeras.
Nota : Rebusan yang lama boleh buat lontong tahan lama.
Aduhai...teringat-ingat baunya sangat harum dek kerana daun pisang tu.. Sedap dimakan bersama kuah lodeh, rendang, serunding, kuah kacang.
InshaaAllah jika tiada aral melintang saya akan buat lontong sendiri..sampai bila nak harapkan ayanhanda kan..pokok pisang nipah yang kami tanam pun dah banyak daunnya. Saya akan kongsikan step by step cara penyediaanya yer inshaAllah.
~yms~
Terrrbaik..sy pun org jawa..arwah nyai sy je yg pandai buat..makpun x pndai..insyaallah sy nk Cuba..thanks ye kongsi kat sini
ReplyDeleteSalam Perkenalan `Cikrumah'...alhamdulillah orang jawa kita ye..jawa mana tu CikRumah?..silakan mencuba yer..
Delete